BAB 44

393 15 0
                                    

MASUK hari ini, sudah seminggu aku di rumah Mama dan Papa. Ash pula hanya akan ke sini selepas waktu maghrib kerana dia perlu sering ke rumah kami untuk memeriksa keadaan rumah itu. Rupa-rupanya selama aku di hospital sebelum ini, Ash tidak pernah sekali pun tidur di rumah kami. Dia hanya mengemas sahaja di sana dan selepas itu, dia akan pulang ke rumah Umi dan Walid.

Ikutkan kata kedua mentuaku itu, Ash sering bermimpi buruk selama mana aku masih dalam koma dan selalu juga dia meracau dalam tidur. Aku hanya mampu menggeleng apabila mendengarkan kata-kata mereka.

Selama seminggu di sini, selalu juga Ash berulang alik ke balai polis untuk mendapatkan maklumat terkini tentang siasatan polis. Buat masa ini, Aidan masih lagi tidak kelihatan dan Zahra pula tidak mahu memberi kerjasama kepada pihak penyiasatan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Zahra tahu di mana Aidan, tetapi dia masih lagi mahu melindungi abangnya itu.

Ikutkan hati, memang aku pergi ke rumah Zahra dan kerjakan dia sekali kerana sekarang ini, dia sudah jadi rakan subahat dengan jantan tak guna itu. Mujurlah aku tidak tahu dia tinggal di mana, kalau tidak memang sudah lama aku tenyeh kepala sampai jadi sewel. Ish, geram!

"Tengok tu, mengelamun lagi." Suara Mama memecahkan kebingitan suara hatiku.

Mama duduk di sebelahku seraya memegang tanganku kemas dan dengan penuh kasih sayang.

"Tak adalah, Ma. Ija sebenarnya tengah bosan ni. Tak tahu nak buat apa." Balasku.

Tipu sikit, tak apa kan? Cukuplah aku dan Ash sahaja yang banyak fikir sekarang ini. Aku tidak mahu Mama, Papa, mahupun kedua mentuaku bertambah risau dengan keadaan aku.

"Bosan? Kalau macam tu, Mama nak minta tolong Ija siram pokok bunga dekat luar tu." Ujar Mama.

Aku menjenguk ke luar pintu. Tengah hari terik ini Mama suruh aku keluar? Hm... apa-apa jelah. Bosan sangat dah tak buat apa dekat rumah ni. Nak kerja, Kak Min tak bagi. Katanya, aku perlu berehat sebulan sebelum boleh mula bekerja kembali. Haih, pening aku memikirkannya.

"Kejap lagi Ija pergi. Terik sangat sekarang ni. Mama dah makan tengahari ke?" Aku alihkan pula pandangan ke arah Mama.

Mama mengangguk kepalanya perlahan. "Ija sekarang macam mana? Okey?" Soal Mama.

Wajah tua Mama aku tatap. Walaupun sudah hampir berumur enam puluh tahun, wajah Mama masih bersih dan cantik. Kalau boleh, aku mahu lihat wajah itu sentiasa tersenyum dan gembira. Tetapi, disebabkan aku, ianya semakin pudar.

Aku meramas tangan Mama untuk memastikan bahawa Mama sedang bertenang.

"Ija okey, Ma. Benda dah jadi dan kalau boleh, Ija tak nak fikir dah. Ija redha, Ma." Aku senyum lebar. Sejujurnya, rasa perit dan pedih itu masih berbekas di hati. Namun, sebolehnya aku mahu mengusirnya. Perkara pertama perlu aku lakukan adalah dengan menuturkannya. Lama kelamaan, insyaAllah, aku akan lupakan segala yang terjadi keatas aku.

Kening Mama bertaut dan tidak lama kemudian, setitis air mata jatuh ke pipinya. Aku menarik nafas panjang dan terus saja aku menyelubungi diri dengan pelukan daripada Mama. Mendengarkan tangisan Mama, air mataku jatuh jua.

"Ija ambillah masa berapa lama pun, nak. Kami semua akan buat yang terbaik untuk pastikan apa yang jadi, takkan bebani Ija. Anak Mama kuat. Mama sayang Ija." Kata Mama seraya sebuah kucupan singgah di sebelah dahiku.

"Ija pun sayangkan Mama." Balasku perlahan.

Tiada suara untuk dikeluarkan dek kerana pelukan Mama yang penuh kasih dan sayang untukku. Jika aku cuba untuk bercakap sedikit pun, pasti lagi banyak air mata berjujuran jatuh keatas pipiku ini.

POKOK bunga Mama yang sedang disiram oleh aku itu, aku perhatikan lama. Sudah lama rasanya aku tidak menyiram tanaman Mama. Di rumah kami, terdapat kebun kecil di sebelah rumah namun Ash sudah siap-siap membayar pekebun untuk menjaganya. Takut pula aku ingin menyentuhnya. Silap hari bulan nanti, semua tanaman di situ mati kerana tidak dijaga mengikut jadual.

MR. ASH SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now