" AKU CAKAP DIA BUKAN ANAK AKU!!!!! KAU TAK FAHAM KE?!!! "Tengking Aerri yang membuatkan bayi dan Ailee terkejut. " Aerri.. What's wrong with u? Kau tak kesian ke dekat anak kau ni? " kata Ailee. Hampir jatuh airmatanya.
Sampai begitu sekali Aerri tidak menerima anaknya. Apakah nasib bayi yang tidak bersalah ini?. " Aku tak nak dia... Dia bukan anak aku... D..dia anak Mingyu... " Jawab Aerri dengan tangisannya mula turun. Ya, dia masih tidak dapat melupakan Mingyu walaupun telah banyak dinasihati dan dikaunselingkan.
" Anak Mingyu.. Anak kau juga.. " kata Ailee perlahan. Takut-takut pula Aerri mengamuk selepas mendengar kata-kata itu. " Tak.. Aku tak nak.. Aku tak nak.. " jawab Aerri sambil menekup wajahnya sambil memegang perutnya yang masih sakit.
Tetapi baginya hatinya lebih terseksa dengan kisah silamnya dahulu. Hatinya berderai. Walaubagaimana pun,dia tetap dapat mempertahan bayi itu sehinggalah bayi itu dilahirkan dengan selamat.
" aku akan tolong kau.. Tapi please.. Tolong jangan buat anak kau macam ni.. Kau tahu tak.. Macam mana kalau kau ada di tempat dia? Eomma kau tak terima kau.. Selepas lahir saja dia buang kau dalam tong sampah.. Ada? " Kata Ailee.
" disebabkan bayi tu jugalah aku tak diterima oleh keluarga aku.. " Jawab Aerri dengan nada suaranya dinaikkan satu level. Ailee mengeluh. Nampaknya dia memang tidak boleh mengubah apa-apa sehinggalah Aerri betul-betul sedar dengan kesilapan yang dilakukan.
Apa yang boleh dibantu hanyalah menasihati kawan baiknya itu. Ailee mengeluh. " kalau kau tak dapat terima lagi tak apa.. Aku faham.. Aku cuma nak tanya satu je.. " Ailee memandang ke wajah Aerri.
Aerri hanya tertunduk. Tidak mahu dia memandang wajah anaknya itu. Terasa geram dan keji. " apa? " Aerri bertanya. " Kau nak letak nama apa dekat anak kau? " Ailee bertanya dan berharap Aerri akan menjawabnya.
Aerri terdiam. Tiba-tiba otaknya teringat kembali mimpi-mimpinya mengenai seorang budak lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Jihoon dan memanggilnya eomma.
" Eomma.. Jihoon sayang eomma.. Eomma jangan gugurkan Jihoon tau.. Jihoon nak hidup dengan eomma biarpun Jihoon tak ada appa.. Jihoon sayang eomma.. "
Kata-kata itu terngiang di kepala. Ailee semakin pelik dengan perbuatan Aerri yang tiba-tiba sahaja mendiamkan diri. Adakah dia sakit? " Aku tak tahu.. " jawab Aerri sambil menekup wajahnya.
Sudah Ailee mengangak jawapan itu akan keluar dari mulut Ailee. Jadi terpaksalah dia yang memberi nama kepada bayi itu, memandangkan doktor dan staff dihospital itu hendak menguruskan surat serta dokumen tentang bayi itu dilahirkan.
" aku yang akan bagi nama.. Tak payah risau.. " Ailee mendukung bayi itu keluar. Takut-takut kalau ditinggalkan lain pula jadinya. Sudahkan Aerri tidak dapat menerima bayi itu, tidak akan kita jangka Aerri akan berbuat perkara yang tidak diingini.
Ailee memulas tombol pintu dan mengatur langkahnya untuk keluar. Tiba-tiba sahaja kedengaran suara Aerri berkata-kata. " Jihoon.. " Kata Aerri dengan perlahan namun tetap didengari oleh Ailee.
Terukir sedikit senyuman di bibir Ailee. Dia tahu Aerri bukanlah seorang yang begitu. Kasih sayangnya tetap ada walaupun dia tidak sedar. Mana ada orang yang bergelar ibu tidak sayang kepada anaknya sendiri. Ada pun itu mungkin jarang.
Ailee berpusing menghadap Aerri semula. " Kau nak namakan dia Kim Jihoon? " Tanya Ailee lagi. Aerri tidak menjawab. Wajahnya seperti mendatar dan tidak menunjukkan sebarang riaksi bahawa dia setuju ataupun tidak.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt