Part 12

922 96 2
                                    

" Berdasarkan pemeriksaan tadi.. Dia mengalami tumpah darah yang teruk... Ini boleh menjejaskan keadaan bayi... Dan kandungnya sekarang dalam keadaan kurang stabil " kata Doktor itu.

Terkejut Ailee apabila mendengar kata-kata doktor itu. " Bwo? Boleh saya tahu kenapa dengan kandungan dia? " Muka Ailee jelas tampak risau.

" keadaan kandungan dia agak teruk.. Dia selalu mengalami tumpah darah semenjak ini.. Ini mungkin ada sedikit impak kepada bayi yang dikandungkan. " Doktor itu menjelaskan dengan muka yang agak serious.

" aigoo.. Erm doktor macam mana saya nak bantu kawan saya dalam keadaan macam ni? Bukan apa saya risaukan dia.. " kening Ailee sedikit berkerut.

" saya akan beri ubat.. Tapi dia juga perlukan sokongan. Awak kena awasi dia daripada melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatannya. Mungkin saya rasa fikirannya agak kusut dan terganggu dengan masalah sekitar dia. Jadi awak boleh bantu dia untuk mengatasinya. " Kata Doktor itu dengan panjang lebar.

Ailee hanya mengangguk tanda dia faham. " saya tahu susah untuk kita kawal orang seperti ini.. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba.. Untuk menggelakkannya. Kalau perkara ini berlaku lagi..Kemungkinan anak yang dikandungkan itu akan berpenyakit. Serta kawan awak Aerri akan hilang nyawanya ketika melahirkan anak. Jikalau bernasib baik mereka akan hidup. Kalau tidak salah seorang akan mati mungkin kedua-duannya. " Sambung doktor itu lagi.

Mata Ailee serta merta membesar. Terkejut mendengar kata-kata doktor itu tadi. Soal "mati" dan hidup. " Terima kasih doktor.. Boleh saya tengok kawan saya? " Pinta Ailee.

" baiklah silakan.. " Doktor itu menyelak langsir yang menutupi katil Aerri. Muka Aerri pucat seperti mayat. Mungkin kehilangan banyak darah. Badannya lesu. Matanya juga berasa sangat berat apabila mahu dibuka.

" Eomma.. Mingyu... " kata - kata itu keluar dari mulut Aerri yang masih separuh sedar.

" KAU! JANGAN NAK CUBA BUNUH DIA! " Yongguk menjerkah Mingyu. Kolar baju Mingyu ditarik kuat. Akibat itu, semua pelanggan di dalam itu terkejut melihat perbuatan Yongguk. Dan ada juga yang keluar dari kedai kerana takut.

" KAU PEHAL?! AKU MEMANG NAK BUNUH DIA! " Mingyu menengking Yongguk. Sungguh tidak berpuas hati apabila Yongguk membela Aerri. Apa yang ada kepada Aerri sehingga Yongguk sanggup bersikap sebegitu dengan kawan baiknya sendiri?

" BUKK "

Satu tumbukan padu telah hinggap betul-betul di pipi Mingyu. " kau tahu kan.. Sebelum kau couple dengan dia aku dah suka dia? " Yongguk marah. Mingyu mengesat darah yang mengalir dari mulutnya.

" kalau kau suka kan dia kenapa kau tak cakap?! Dasar pengecut! " Mingyu meninggikan suaranya. " dia tak layak untuk aku.. " Yongguk tertunduk. Mingyu ketawa sinis.

" memang dia tak layak untuk kau! Sanggup kan kau buat kawan baik kau macam ni? Mana Yongguk yang dulu?! " Mingyu bangkit dari jatuhnya dan berdiri betul-betul dihapan Yongguk.

" memang aku tak layak untuk dia.. Kau pon tahu perangai aku.. Aku pon mengaku yang aku bukan kawan yang baik ah untuk kau! " Jawab Yongguk. Matanya sungguh tajam apabila melihat Mingyu.

Mingyu menepuk tangannya. " HAHA! bravo! Pandai kau buat drama.. Tapi aku akan tetap bunuh Aerri. Dia tak boleh hidup! " Kata Mingyu.

"BUK! "

Mingyu rebah ke tanah. " kau sekali lagi kau sebut kau nak bunuh Aerri siap kau! " Yongguk memegang kuat rahang Mingyu. " apa kau nak buat? " Mingyu cuba mencabar Yongguk yang sedang marah.

Yongguk mendekati mukanya ke arah telinga Mingyu. "Kalau kau bunuh Aerri kau mati.. " Yongguk berbisik. Hampir sahaja Mingyu mahu menumbuk Yongguk tapi ditahannya.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now