" aku benci kau Aerri.. "Jungkook menggengam penumbuknya untuk menahan rasa marah yang terbuku di dalam hati. " Jung..jungkook.. Maafkan noon- "
" diam. Aku tak kenal kau siapa " jawab Jungkook lalu melangkah keluar daripada bilik itu meninggalkan Aerri berseorangan. Aerri menekup mukanya pada kedua belah kakinya.
Dalam sekelip mata orang yang disayanginya hilang dalam sekelip mata. Sama seperti kejadian hitamnya pada tahun lalu. Hatinya terasa sakit kerana menanggung penderitaan yang dia tidak mahukan.
Semua ini kerana seseorang yang membuatkan hidupnya huru hara. Aerri mengenggam rambutnya dengan kuat. Rasa kecewanya tidak dapat ditahan lagi. Ini semua kerana Mingyu.
" eomma.. Tolong Aerri eomma.. Aerri tak kuat nak tampung semua ni eomma.. "
✨
Empat hari sudah berlalu. Tetapi kesalahannya tidak dapat padam. Mungkin sampai bila-bila. Hidup sebagai pendosa yang tidak bernoktah. Empat hari itu juga hidup Aerri terasa kosong. Dia kehilangan dua orang yang amat dia sayangi dalam hidupnya kini.
Wonwoo dan Jungkook seringkali menghilangkan dirinya apabila terserempak dengan Aerri. Hubungan mereka juga tegang dan tidak seperti dahulu lagi. Semuanya sudah menjadi lain. Lain seperti yang dulu.
Wonwoo melihat Aerri di sebalik cermin dibilik nyanyiannya. Aerri nampak tidak bersungguh-sungguh dalam latihannya. Wonwoo mengalihkan pandangannya kembali.
Hari ini merupakan hari terakhir dia hidup sebagai bujang sebelum dia berkahwin dengan Eunice pada keesokan harinya. Puan Jeon juga telah berjaya membuat pembedahannya dan sekarang dia direhatkan di hospital.
Wonwoo mengeluh panjang lalu bersandar pada dinding. Adakah ini adalah keputusan yang terbaik baginya? " haih.. " wajahnya diraup kasar. Wonwoo meninggalkan bilik itu sebaik sahaja dia terdengar dedaun pintu itu dikuak oleh seseorang.
" kalau awak tak bersungguh-sungguh esok! Saya tak teragak-agak untuk buang awak sebagai pelatih disini! Arraseo? "
Aerri mengangguk laju kepala. " nae arraseo seongsaenim.. " kata Aerri lalu menundukkan badannya. Pintu itu ditutup dengan lembut. Matanya mula meliar mencari seseorang. Dia mengeluh lagi. " kau kena terima takdir Aerri.. " gumam hatinya. Langkahnya diaturkan keluar dari studio itu.
Aerri berjalan sehingga ke belakang blok bangunan. Langit yang redup itu dipandang dengan lama. Fikirannya melayang jauh. Dirinya terasa sedih apabila mengenang nasib dirinya sendiri. Kenapa kehidupan ini sungguh kejam?
Aerri menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba untuk kuat. Dia cuba untuk tidak menangis untuk perkara yang sama. Tetapi dia gagal. Air matanya tetap jatuh ke pipi. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Lantas Aerri menjawab panggilan itu.
" yeoboseyo Ailee? " jawab Aerri. " Aerri.. Kau kena datang hospital cepat " kata Ailee dengan nada suara yang cukup cemas. " w..wae? Kenapa kena datang hospital? "
" Jihoon.. B..badan dia lemah.. Dia perlu penderma darah.. Aerri palliwa.. Keadaan Jihoon dah teruk! "
Aerri menekup mulutnya kerana terkejut. Bergetar-getar tangannya semasa memegang telefon. " Aerri! Cepat datang! "
Aerri menganggukan kepalanya. " Aku datang sekaran- Arrghhhh!! "
Tit...tit..tit..
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt