Part 46

593 68 59
                                    

" yang penting kau nak tahu tak siapa Aerri yang sebenarnya sekarang ni? "

Mereka berdua bertentangan mata agak lama. Pandangan mata Wonwoo nampak dingin sementara Mingyu sudah pun tersenyum jahat kerana agenda tersembunyinya akan terbongkar jua sebentar lagi.

" Kau kenal Aerri? " Soal Wonwoo dengan suaranya yang kedengaran yang agak marah. Mingyu mengangguk kepalanya. " lebih daripada kenal. Dulu dia 'bersama' dengan aku " jawab Mingyu sambil menyilangkan tangannya kedada.

Mulut Wonwoo terbuka sedikit sementara air mukanya masih lagi tegang. " bersama dengan kau? Apa maksud kau sebenarnya? " Wonwoo masih lagi tertanya-tanya. Mingyu tersenyum sinis lalu menyeluk tangannya kedalam poket seluarnya.

Telefonnya dibawa keluar manakala Wonwoo hanya melihat perbuatan Mingyu yang semakin aneh itu. Tiba-tiba telefonnya juga bergetar. Lantas dia menjawab panggilan tersebut sebelum Mingyu sempat berkata-kata dengannya.

" Nae? "

" ok saya datang sekarang suruh dia tunggu "

Talian itu ditamatkan oleh Wonwoo terlebih dahulu. Muka Mingyu dipandang semula. " lupakan pasal tadi. Aku ada hal. " kata Wonwoo lalu memusingkan badannya ke belakang lalu berlari ke arah lif untuk keatas. Mingyu menguak rambutnya kebelakang.

Dia merengus kasar sambil menggenggam telefonnya. " tak pe. Mungkin hari ni tak sesuai. Tapi aku akan beritahu kau pada hari yang lain. Jangan harap kau akan bahagia dengan hak milik aku yang dulu "






Pintu kayu itu diketuk secara perlahan sebelum Wonwoo membukannya. Dedaun pintu itu ditutup semula setelah dia melangkah kedalam bilik di mana Puan Jeon berada. Langkahnya diaturkan perlahan ke arah eommanya yang masih terbaring.

Mata Puan Jeon dibuka sedikit selepas dia mendengar bunyi derapan kasut Wonwoo yang masuk kedalam. Dia tersenyum lemah. Alat pembantu pernafasan dimulutnya dibuka dengan perlahan. " Wonu anak eomma.. " dia bersuara.

Wonwoo tersenyum. Lantas tubuh eommanya dipeluk dengan erat. Puan Jeon menggosok kepala anak lelakinya dengan lembut. Sesungguhnya dia rindu akan Wonwoo. Jikalau dahulu Wonwoo selalu berada disisinya semasa dia kecil.

Tapi kini, Wonwoo sudah pun meningkat dewasa. Sudah semestinya dia mempunyai impian. Dan impian Wonwoo juga sudah membuatkan Puan Jeon gembira. Wonwoo mengucup dahi Puan Jeon dengan lembut. " Eomma dah ok ke? " soal Wonwoo lalu merebahkan punggungnya kesebelahan Puan Jeon.

Senyuman Puan Jeon mati sedikit setelah mendengar soalan yang diajukan oleh anaknya. Tiba-tiba sahaja ada cecair jernih yang mula mengalir dari matanya. Wonwoo terkejut lalu mengelap air mata eommanya.

" waeyo eomma? " Soal Wonwoo. Puan Jeon menggelengkan kepalanya. " eomma takut kehilangan anak eomma.. Eomma takut kehilangan Wonu.. " jawab eommanya. Wonwoo mengerutkan dahinya. " kenapa eomma cakap macam tu? Kan Wonu memang tak akan tinggalkan eomma. Wonu janji tu dengan eomma sejak kecil kan? "

Semakin lama semakin deras air mata Puan Jeon mengalir membuatkan Wonwoo semakin gelisah. " sebenarnya Wonwoo. Eomma punya paru-paru dah teruk.. Doktor kata eomma kena buat pembedahan untuk terus hidup "

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now