Part 34

690 75 10
                                        

" aku rindukan kau .. Kami rindukan kau.."

" si..siapa sebenarnya ni? "

Suaranya tiba-tiba menjadi ketar. Dia takut. Yeoja itu memusingkan badan Aerri mengahadapnya. Perlahan-lahan topeng mukanya dicabutkan. " Eonnie.. " Panggil Amber. Aerri menekup mulutnya.

Tidak sangka dia akan berjumpa semula dengan Amber setelah beberapa tahun lamanya mereka langsung tidak mendengar khabar masing-masing. Aerri tersenyum. Tubuh Amber mula ditarik dan dipeluk searat-eratnya yang mungkin.

" Saeng.. Eonnie rindu.. " Ucap Aerri didalam pelukan mereka. Belakang Amber digosok dengan lembut. Pelukan mereka berdua semakin dieratkan. " mana kau pergi selama ni? Aku cari kau.. " tanya Amber. Kedua-dua orang adik beradik ini sudah pun mengalirkan air mata.

Air mata yang membawa perasaan sedih, gembira dan rindu. " aku tak pergi mana-mana.. Aku hanya lari.. Lari dari semua masalah walaupun aku tahu dia tak akan selesai sampai bila-bila.. " Jawab Aerri sambil meleraikan pelukan antara mereka.

" kau memang betul-betul lari? Kau tak fikir perasaan kami? "

" tapi dia dah buang aku.. "

Wajah Aerri ditundukkan ke tanah. Amber mengeluarkan keluhan yang berat. " eomma rindu kau.. Sebab tu aku sampai ke sini untuk cari kau balik.. " kata Amber. " e..eomma r..rindu aku? " soal Aerri yang tidak percaya. Amber mengangguk.

" dia nak jumpa kau sebelum dia pergi.. "

" maksud kau ? "

" eomma sakit.. Bila-bila masa je dia boleh pergi.. " Jawab Amber dengan perlahan dan menahan sebak di dada. Aerri terkesima seketika. Betul kah apa yang didengarnya? Eomma sakit? Kenapa sekarang dia baru tahu? Memang dia anak tak guna.

" t..tapi dia sanggup ke nak jumpa anak dia yang dia dah buang ni? Yang banyak berdosa dekat dia? Yang tak guna macam aku? "

" dia tak pernah anggap kau macam tu.. Masatu dia terlalu marah sehingga dia terlalu ikutkan perasaan.. Selepas kau pergi.. Hidup kami kosong.. Eomma merana.. Hari-hari ingat kau.. Hari-hari risaukan kau.. Sampai lah satu hari dia di sah kan jantung dia lemah dan terpaksa ditahan dalam hospital sehingga sekarang.. "

Tanpa disedari air mata Aerri mula jatuh ke pipi dengan deras. " t..tapi.. "

" tolong lah.. Aku nak kau jumpa dia... Aku nak keluarga kita macam dulu.. Aku rindu nak macam dulu.. Aku tak nak kehilangan eomma.. "

Amber menggengam erat tangan Aerri. Dia betul-betul merayu. Untuk mendapat simpati dari Aerri. Dia tahu Aerri juga mahu berjumpa dengan Puan Yeon. Tapi hatinya masih takut. Takut tidak diterima semula.

Jungkook berdiri betul-betul di tembok belakang bangunan tersebut. Jaraknya antara Aerri dan Amber tidak jauh. Setiap perbualan mereka boleh didengarinya. Dan Jungkook sudah pun mendengar semuanya. Perasaan simpati mula timbul di lubuk hatinya.

Dia mahu menolong Aerri. Tetapi tidak tahu bagai mana caranya. Jungkook mengeluh. Dia berfikir seketika. Dan akhirnya dia telah pun membuat keputusan. Jungkook melangkah keluar dari tempat persembunyiannya.

Love Made From HeavenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang