Part 22

862 77 6
                                    


" appa...? "

Panggil Jihoon. Lelaki itu memandang ke arah Aerri. Aerri tersenyum tawar " Mungkin dia rindu.. " Kata Aerri dengan nada suara yang agak perlahan. Lelaki itu mengangguk. Dipalingkan semula wajahnya kepada Jihoon. Rambut lembut Jihoon diusap dengan penuh kasih sayang.

" Jihoon boleh panggil uncle, Papa Yongguk .. " Kata Yongguk sambil tersenyum. Terkebil-kebil mata Jihoon. Dia langsung tidak mengerti. " Eomma.. " Panggil Jihoon. " yer sayang.. " Jawab Aerri. " kenapa Jihoon tak boleh panggil dia appa? dia buka appa Jihoon ke? " Tanya anak kecil itu.

Sekali lagi Aerri tersenyum. Dia tahu susah bagi Jihoon faham keadaan sekarang. " Tapi Jihoon boleh panggil dia Papa Yongguk kan? sebab appa berkawan baik dengan dia.. " jawab Aerri dengan rasa sebak dihati. " jjinja? kalau macam tu mesti Papa tahukan appa dekat mana? " tanya anak kecil itu dengan keriangan.

Jelas wajahnya nampak gembira. Gembira kerana ingin berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Sejak lahir lagi Jihoon tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar appa. Yongguk tertunduk.

" Papa tak tahu dia dekat mana sekarang ni.. " Jawab Yongguk. Aerri melihat kearah Yongguk. Jelas muka Yongguk nampak kecewa. Mungkin kerana tidak dapat memenuhi kehendak Jihoon?. " ahh.. tapi tak apa lah.. Jihoon kan ada papa.. " Jawab Jihoon.

Sungguh senang bagi kanak-kanak itu mesra dengan seseorang walaupun baru sahaja dia kenali. Yongguk mengangguk. " anggaplah uncle ni papa kedua Jihoon nae? " Yongguk melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil Jihoon.

" nae.. " Jihoon tersenyum keriangan. Sungguh gembira Jihoon kerana dapat bermesra dengan seorang lelaki yang bergelar papa walaupun bukan papa kandungnya. " Gomawo Yongguk.. " Aerri bersuara. Yongguk tersenyum tipis. " kalau aku tak terlambat.. mungkin kau tak macam ni.. mungkin kita dah ada keluarga sendiri.. dan aku sudahpun bergelar appa kandung kepada anak kau.. jadi kau tak perlu berterima kasih.. ini memang jadi tanggungjawab aku.. " Jawab Yongguk.

Aerri terpena. Masih dia ingat pengakuan Yongguk terhadapnya dahulu. Adakah Yongguk masih menyimpan perasaan tersebut? Aerri mengeluh. Namun senyumannya muncul apabila dia melihat telatah Jihoon yang sedang bergurau senda dengan Yongguk.

" Hahahaha papa gelilah.. "

" Jihoon ni comel lah.. papa nak geletek lagi lah.. "

" ahahaha.. jangan! hahaha sakit sakit.. hahahaha "

" Haha.. janji dengan papa Jihoon mesti kuat nae? jangan sampai jatuh sakit lagi.. "

" Nae papa.. "

Aerri tersenyum tipis. Siapa sangka yang dulunya Yongguk adalah murid yang paling terganas dan paling ditakuti disekolahnya sekarang bertukar menjadi seorang yang penyanyang dan mempunyai sikap sayang kepada kanak-kanak. Semua manusia berubah.

Dan setiap perubahan mempunyai sebab yang tertentu. Adakah Yongguk berubah semata-mata kerana dia berasa bersalah kepadanya ataupun...

Perasaan Yongguk terhadapnya?


" Aerri? " panggil Yongguk. Aerri tersedar dari lamunannya lalu terus berpaling ke arah Yongguk. " nae? " jawab Aerri. " aku kena pergi dulu.. esok aku datang lagi.. " kata Yongguk. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu. " tapi esok Jihoon dan tak ada dekat hospital.. kami dah balik ke rumah.. " jelas Aerri.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now