Part 20

858 84 8
                                    


" WONWOO NAK HYERA! SEBAB WONWOO CINTAKAN DIA! DAN APPA DENGAN EUNICE LAH PENYEBAB HYERA JADI MACAM TU! "

" WONWOO!! "

" ARGH! SUDAH LAH KAU! "

Teriak Wonwoo membuatkan Encik Jeon terkejut dengan perbuatan anaknya. Nafas Wonwoo turun naik dengan cepat. Air matanya bertakung. Tangannya digenggam bagi menahan amarah yang telah membuak-buak.

Badannya dipalingkan kebelakang. Tidak mahu dia melihat muka Encik Jeon. " Kau anak kurang ajar Wonwoo.. " Encik Jeon bersuara. Wonwoo terserentak. Bibirnya diketap. Langkahnya untuk keluar dari situ terbantut seketika.

" Kau yang buat aku macam ni.. " Jawab Wonwoo. Menitis sudah air mata Wonwoo. " kau dengan dia sama je! tak pernah nak dengar cakap aku! " Tengking Encik Jeon. " kau nak salahkan kami? huh? kau yang buat kami macam ni.. suka hati kau je nak salahkan aku? " Jawab Wonwoo lagi.

Wajahnya berpaling kehadapan semula. Menghadap Encik Jeon. Matanya betul-betul memandang mata Encik Jeon. Encik Jeon memegang dadanya yang sakit. Terasa geramnya terhadap Wonwoo. Tergamak dia melawan kata-katanya.

" BUK! "

Satu tumbukan hinggap di pipi Wonwoo. Wonwoo terjatuh di atas lantai. Dipegang bibirnya. Berdarah. Bibirnya berdarah akibat ditumbuk oleh ayahnya sendiri. " Tumbuklah lagi.. memang aku kurang ajar.. tapi aku tetap anggap kau sebagai appa aku.. tapi kau? " Kata Wonwoo.

" kau jangan berani lawan cakap aku lagi.. " Jawab Encik Jeon. Lantas dia merebahkan dirinya di atas sofa. Terasa bagaikan mimpi. Adakah dia sudah memukul anaknya sendiri? " Wonwoo pergi dulu.. " Lantas Wonwoo bangun dari jatuhnya. Wonwoo tunduk hormat kepada Encik Jeon lalu melangkah keluar.

" Kalau kau tak ambil Eunice.. aku tak akan benarkan kau jumpa dia lagi.. aku akan ambik balik kereta kau dan sekat semua duit dalam bank kau.. " Kata Encik Jeon. Wonwoo merengus perlahan. Mahu atau tidak dia mesti turuti. Dedaun pintu itu dikuak perlahan. Wonwoo melihat Encik Jeon semula sebelum dia melangkah keluar.

" Mana appa yang dulu? Wonwoo rindu.. "

Wonwoo mengeluh.

" Wonwoo pergi dulu.. Jaga diri.. jangan lupa makan ubat.. jangan terlalu stress.. kalau ada apa-apa call wonwoo.. nanti Wonwoo datang.. "

" Appa... Wonwoo sayang appa.."

Pintu itu ditutup semula. Kali ini Wonwoo betul-betul pergi dari situ. Encik Jeon hanya melihat kelibat Wonwoo yang semakin menghilang. Kepalanya diurut perlahan. Tiba-tiba terasa pening. Encik Jeon meneguk air dan terus memulakan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Wonwoo memandu keretanya ke tempat yang Encik Jeon menyuruhnya. Ya, ke kolej Eunice. Sesampai sahaja Wonwoo disana, dia terus memakir keretanya betul-betul dihadapan kolej. Dijenguknya kedalam. Eunice masih belum keluar.

Jadi Wonwoo mengambil keputusan untuk menunggunya seketika. Matanya dialihkan di cermin. Bibirnya dipegang. Pedih rasanya. " Ah.. " Wonwoo mengaduh kesakitan. Berkerut mukanya apabila lebam dipipinya dipegang. Begitu juga dengan bibirnya.

Tiba- tiba Wonwoo ternampak susuk badan dua orang manusia yang baru keluar dari kolej. Wonwoo melihatnya dengan teliti. Wonwoo merengus kecil. Dia ternampak Eunice sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Huh. Memang dasar perempuan mata duitan.

" Kalau appa nampak, baru appa tahu perangai sebenar Eunice.. " Kata Wonwoo dengan perlahan. Mata Eunice beralih ke kereta Wonwoo. Terkejut dia melihat kehadiran Wonwoo. Lantas dia menarik tangannya dari dipegang lelaki itu dan disuruhnya lelaki itu pergi.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now