" kahwin dengan Eunice dalam masa terdekat ini "Wonwoo membesarkan matanya serta keningnya dikerutkan. " kau tak boleh paksa aku. Aku tak suka dia! " jerit Wonwoo. Tuan Jeon tersenyum sinis. Tongkatnya dicapai lalu berjalan kesebelah anaknya. " macam yang aku cakap, kalau kau tak nak kahwin dengan Eunice. Eomma kau juga akan mati. "
" nak harapkan kau? Kau mana ada duit nak bayar semua kos hospital untuk dia kan? "
" kerja macam kau mana boleh bawa kebahagiaan. Sebab tu sekarang kau masih nak minta tolong aku? "
Penumbuk Wonwoo digenggam. Nafasnya turun naik dengan laju. Muka Tuan Jeon dipandang dengan tajam serta menyimpan perasaan yang marah membuak-buak di dalam hatinya. " ini hidup aku. Aku tak nak orang aturkan kebahagiaan aku. Cukuplah kau dah bunuh Hyera dulu. Jangan kau bunuh eomma aku " jawab Wonwoo.
Tuan Jeon tertawa. " sebab kau tak ikut kehendak aku. Sebab tu semua tu terjadi. Cuba kau ikut cakap aku. Aku pasti kau akan hidup gembira "
" aku tak akan gembira selagi kau macam ni. Dari kecil lagi aku kena tengok kau pukul eomma. Walaupun kau dengan dia bersama atas kehendak cinta. Tapi kenapa kau layan eomma macam tu? Kau hantar dia ke rumah orang-orang tua. Kau tahu tak walaupun kau buat dia macam tu dia tetap ingat kau. Selalu tanya pasal kau "
" sebab eomma sayang kau. Kalau kau rasa kahwin sebab atas kehendak cinta boleh jadi macam tu? Ni lagikan aku yang kau paksa kahwin dengan Eunice tu! Aku langsung tak ada perasaan suka pun dekat dia "
" aku menyesal ada appa macam kau. Kau bukan manusia. Kau manusia bertopengkan syaitan! "
BUK!
" kurang ajar kau! " tengking Tuan Jeon. Wonwoo memegang pipinya yang terasa perit. Dia merengus kasar. " kau yang ajar aku jadi kurang ajar macam ni! Sebab orang tua macam kau ni tak perlu dihormati! Mati je bagus! " Wonwoo mengangkat penumbuknya lalu dihayunkan pada wajah Tuan Jeon.
Tuan Jeon hilang keseimbangannya lalu jatuh terduduk diatas sofa. " pengawal! "
Pintu pejabat itu dibuka dengan pantas lalu tangan Wonwoo dipegang kuat sehingga menghalang perbuatannya terhadap Tuan Jeon. " kau memang tak takut mati kan Wonwoo? " Tuan Jeon bangun dengan bantuan pengawal. Mulutnya yang berdarah dikesat menggunakan tisu.
" memang.. Memang aku tak takut mati. Lagi-lagi mati dalam tangan kau " jawab Wonwoo. Tuan Jeon mengangguk. " lagi sekali aku nak cakap. Kau ikut arahan aku? Ataupun kau nak tengok eomma kau mati "
" bukan tu sahaja "
" aku juga tak akan teragak-agak untuk bunuh kau juga "
Pipi Wonwoo disentuh kasar oleh Tuan Jeon. " dan juga pilihan hati kau "
" Yeon Aerri. "
Mata Wonwoo membesar. Dia sedaya upaya untuk melepaskan genggaman pengawal itu dari mengunci pergerakannya. " macam mana kau kenal dia? " soal Wonwoo. Tuan Jeon ketawa lalu duduk diatas kerusinya semula. " tu tak penting. Jadi kau pilih lah. "
" syurga "
" ataupun.. "
" neraka ... "
Wonwoo memejamkan matanya. Air matanya juga sudah bertakung. Dia tidak sangka bahawa Tuan Jeon sanggup buat begini. Sanggup bunuh darah dagingnya sendiri kerana duit. Semata-mata semuanya sebab duit. " aku memang bukan manusia " kata Wonwoo.
Tuan Jeon tersenyum sinis. " pengawal! Bawa dia keluar.. Jangan bagi dia masuk ke kawasan ni lagi " arah Tuan Jeon. Pengawal-pengawal itu mengangguk faham. Tubuh Wonwoo mula ditarik keluar dari pejabat itu. " kalau kau benci aku sekali pun.. Kau fikirlah isteri kau.. Dia sayang kau.. Dia eomma aku.. Aku tak nak kehilangan dia. " kata-kata terakhir yang sempat Wonwoo ucapkan sebelum dia dihalau keluar daripada situ.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt