Part 40

777 59 11
                                        

" Aerri? Kau ok? "

Wonwoo bersuara cemas. Aerri menekup mulutnya. Jantungnya juga berdegup kencang. Seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. " Ji..jihoon.. " tiba-tiba sahaja nama itu terkeluar dari mulutnya.

Kening Wonwoo dikerutkan. Nama yang disebut oleh Aerri tadi seperti pernah dia dengar sebelum ini. Baru dia teringat, bukan ke Jihoon adalah budak lelaki kecil yang memanggil Aerri dengan panggilan eomma?

Wonwoo memang mahu bertanyakan tentang hal itu tetapi keadaan tidak mengizinkan. Aerri terketar-ketar memandang kaca yang berderai di lantai. Perlahan-lahan dia tunduk untuk mengutipnya kembali. " Aerri, tak payah kutip. Biar aku yang kutip. Kau duduk sana " arah Wonwoo sambil memegang bahu Aerri.

Aerri akur. Dia melabuhkan punggungnya keatas kerusi meja makan. Wonwoo mula mengutip kaca-kaca tersebut. Selepas itu dia mengambil penyapu untuk menyapu sisa-sisa kaca yang kecil dan akhir sekali dia mengelap lantai itu dengan kain basah air kaca itu hilang.

Cawan di rak dapur diambilnya lalu dituangkan air buat Aerri. " Minum.. " arah Wonwoo sambil duduk berhadapan dengan Aerri. Aerri meneguk laju air kosong itu sehingga habis. Dadanya dipegang lagi.

" siapa Jihoon? " tanya Wonwoo.

Aerri membesarkan matanya. Wajah Wonwoo dihadapannya dipandang lama. Adakah dia perlu berterus terang? Tak. Dia masih tidak boleh mempercayai orang disekelilingnya. " a..anak sedara.. " tipu Aerri.

" kenapa kau sebut nama dia tadi? Dan kenapa hari tu aku dengan dia panggil kau eomma? " tanya Wonwoo lagi. Mukanya agak serious berbanding tadi. Aerri mengetap bibirnya. " e...eomma dia dah tak ada.. Sebab tu dia panggil saya eomma.. Mungkin s..saya rindukan dia..sebab tu saya tersebut nama dia tadi "

Jelas Aerri. Wonwoo merengus kecil. Mata Aerri direnung. Tangannya mula dialihkan keatas kepala Aerri. Ubun-ubun Aerri diusap lembut membuatkan Aerri terkaku. " Lain kali jangan buat aku risau " kata Wonwoo.

Wonwoo tersenyum tipis. Lantas dia bangun dari duduk kemudian menyarungkan sweaternya. Aerri masih lagi kaku. Inilah kali pertamanya dia melihat Wonwoo senyum padanya. Dan kenapa dia berdebar?

Tiba-tiba bahu Aerri dicuit oleh Wonwoo. " kau nak duduk sini ke? " soal Wonwoo. Lantas Aerri menggeleng. " dah tu cepatlah keluar pergi studio " kata Wonwoo lagi. " oh nae " segera Aerri mengatur langkahnya keluar dari dorm itu.

Wonwoo mula mengunci bilik tersebut. Tanpa meminta izin, tangan Aerri terus digenggam olehnya. Lagi sekali Aerri terkejut.

" kajja .. "


" Jihoon ok pada waktu sekarang ni.. Cuma dia terlampau penat.. Saya nasihatkan agar encik dapat mengawasi Jihoon. Jangan bagi dia penat. Dan makan ubat mengikut waktunya. " jelas doktor lelaki itu dengan panjang lebar.

Mingyu menganggukan kepalanya. Jihoon yang terbaring di atas katil dipandang sekilas. " kalau macam tu, encik boleh keluar untuk membuat bayaran "
Mingyu tersenyum tipis. " gomawo doktor " tubuhnya ditundukan. Tubuh kecil Jihoon terus didukung dan dibawa keluar dari bilik rawatan. " Ajusshi.. " panggil Jihoon lemah. " kau sakit apa sebenarnya? " tanya Mingyu.

Langkahnya diatur keluar selepas membuat bayaran. Mingyu berjalan sambil mendukung Jihoon pulang ke rumah. " Jihoon pun tak tahu Jihoon sakit apa.." Jawab Jihoon. Mingyu melepaskan keluhannya.

Love Made From HeavenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang