" kenapa takut? Kau takut aku buat kau macam dulu ke Aerri? "Mingyu meniup nafasnya kearah telinga Aerri sehingga Aerri terkejut. Kepalanya digeleng dengan laju. " jangan.. " kata Aerri perlahan. Mingyu tersenyum. Ikatkan tangan Aerri dilonggarkan agar Aerri dapat duduk dibangku.
" kenapa tak nak bukan kau suka ke? " soal Mingyu lagi. Aerri menggeleng lagi. Dalam suasana gelap itu susab dia mahu meneka pergerakan Mingyu. Dia seperti berada dimana mana dengan suaranya selalu kedengaran di telinga.
Pada bila-bila masa sahaja Mingyu dapat membuat apa-apa kepadanya. Termasuklah bunuh. " kenapa senyap? Aku tahu kau mesti dah banyak kali kena tebuk dengan Wonwoo tu kan? " rahang Aerri dipegang kasar lalu dialihkan pada mukanya.
Tangan Mingyu mula terasa basah dengan air mata Aerri yang mula mengalir dari tubir matanya. " s..saya bukan macam perempuan yang awak sangkakan Mingyu.. Lepaskan saya " jawab Aerri.
Mingyu merengus kasar. Rahang Aerri dilepaskan kembali. Wajah Aerri yang comot itu diteliti. " Kau ahu kan Wonwoo akan kahwin dengan Eunice esok? Dan Eunice suruh aku bunuh kau supaya kau tak akan ganggu hubungan dia dengan Wonwoo "
" jadi sebelum kau mati.. Kau tak nak ke rasa seronok dengan aku " mukanya didekatkan kembali pada Aerri. Aerri berpaling daripada Mingyu. Mulutnya tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata. Hanya esakkan yang kuat sahaja yang kedengaran di seluruh ruang gelap serta sunyi itu.
Mingyu menjauhkan mukanya kembali. " kau tetap sama macam dulu " kata Mingyu lalu meninggalkan Aerri disitu. Aerri menangis lagi. Bukan takut mengenang nasibnya yang bila-bila sahaja boleh mati di dalam tangan Mingyu.
Apa yang dirisaukannya sekarang adalah Jihoon.
Dia dapat rasa bahawa anaknya sedang menderita sakit.
Dan itulah pada sakit daripada menanggung derita yang lain.
✨
" ikut penyiasatan kami, mangsa kali terakhir dijumpai disini sebelum kamera rakaman ini dipecahkan "
Lapor seorang pegawai anggota polis kepada Yongguk yang masuk bertungkus lumus melihat telefon bimbit milik Aerri yang pecah berkecai di atas jalan. Ia seperti dipijak oleh seseorang. " ada yang lain? " soal Yongguk. " buat masa ni tiada lagi tuan "
Yongguk mengeluh. Tiba-tiba Kai menyentuh bahu Yongguk secara tiba-tiba. " Kai.. " kata Yongguk seolah-olah lemah suaranya. " dah dapat bukti kukuh? " soal Kai lalu Yongguk menggeleng. " tapi aku tetap syak perkara ni ada kaitan dengan Mingyu dengan perempuan yang aku nampak hari tu " jawab Yongguk.
" kalau betul Mingyu yang buat.. Kita kena cari dia "
" tapi aku tak tahu nak cari dekat mana.. Langsung tak ada petunjuk ke mana Aerri dibawa lari "
Kai mengeluarkan telefonnya lalu ditunjukan pada Kai. " aku dapat jejak Mingyu, dengan gunakan GPS yang ada dekat telefon aku dan dia.. Kau tengok dimana lokasi dia berada sekarang.. Dia macam berada dalam hutan.. Kau rasa apa motif dia buat dekat situ semalam sehingga pagi ni dia langsung tak bergerak dari lokasi tu? "
Yongguk mengerutkan keningnya lalu merampas telefon itu daripada Kai. " melainkan kalau Mingyu ada jaga sesuatu dekat sana " kata Yongguk. " so? "
" kita kena pergi sana.. Kai kau kena ikut aku "" yang lain bila aku buat kod merah, korang segera kesana. Faham? "
" baik tuan "
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt