" argh.. Sakit.. "Aerri memegang bibirnya yang terasa pedih. Tiba-tiba lampu diseluruh kawasan itu bernyala semula membuatkan Aerri terkejut. Apabila diteliti semula, Mingyu sudah tiada. Apa yang dia nampak adalah tubuh badan Wonwoo yang sedang berlari kearahnya.
Dan juga Jungkook muka mereka nampak cemas. " Kau ok Aerri? " soal Wonwoo sambil mengangkat tubuh Aerri lalu diletakkan pada pehanya. Aerri menggelengkan kepalanya sambil memegang bibirnya.
Wonwoo mengerutkan dahinya. Bibir Aerri diteliti lama. " bibir kau luka kenapa? " Soalnya lagi. Perlahan-lahan Wonwoo menyentuh bibir Aerri dengan perlahan membuat Aerri mengaduh kesakitan.
Memang pelik. Baru sahaja bibir Aerri mendarat dibibir Wonwoo tetapi kenapa tiba-tiba boleh jadi luka? Dia langsung tidak berkasar semasa bibir mereka mendarat bersama. Badan Aerri menjadi terketar-ketar akibat ketakutan. " d..dia ada dekat sini.. " kata Aerri sambil menangis.
Wonwoo mengerutkan dahinya lagi. " Siapa noona? Siapa dia tu? " Soal Jungkook dengan penuh kerisauan. Aerri tidak dapat menjawab apa-apa. Dia terlalu takut pada waktu itu. " Aerri? Aerri! " jerit Wonwoo.
Penglihatan Aerri semakin lemah. Matanya semakin lama semakin layu lalu tertutup dengan sendiri. Tanpa disedari air mata Jungkook juga mengalir. " Bawa noona pergi hospital! " jerit Jungkook sambil mendukung badan Aerri lalu dibawa keluar daripada situ.
Wonwoo terkaku seketika. Dia perasan, Jungkook sangat cintakan Aerri sama seperti dirinya sekarang.
✨
Yongguk's POV
Lampu dipentas itu dipadamkan untuk kali kedua. Aku pasti, itu sudah semestinya giliran Aerri membuat persembahannya. Jihoon yang berada diribaku tersenyum girang. Sama seperti Ailee dan Amber yang berada disebelah aku.
Bukan sahaja mereka, aku turut gembira. Lama aku tak melihat wajah Aerri. Rasa rindu sudah semestinya ada. Aku tak dapat tipu diri aku lagi. Aku masih suka Aerri sehingga sekarang walaupun aku tahu cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan.
Tapi itu semua sudah cukup bagiku. Cintakan Aerri membuatkan aku rasa bahagia dan sedar atas perbuatan aku yang dulu. Lampu pentas itu mula bernyala semula.
Aku nampak Aerri bersama-sama dengan seorang lelaki disebelahnya. Mungkin mereka akan berduet. Tiba-tiba muzik itu mula dimainkan. Suara merdu Aerri mula bermain ditelinga semua. Aku mula tersenyum melihat Aerri.
Jihoon yang berada diriba aku mula teruja dan turut menggoyangkan kepalanya. Aku tahu Jihoon rindu pada Aerri. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk membawanya kesini. Aku menatap wajah Aerri lama. Tanpa disedari aku mengukir senyuman.
Tiba-tiba senyuman aku mati sebaik sahaja muzik itu hampir tamat. Kerana dari situ aku sudah nampak lelaki yang berada disebelah Aerri mula menggerakkan tubuhnya kearah Aerri. Tangannya mula bergerak menyentuh pipi Aerri.
" Siapa tu papa? Kenapa dia pegang pipi eomma? " Soal Jihoon. Aku hanya menggelengkan kepala aku. Ailee dan Amber juga terkejut. Tiba-tiba sahaja Ailee mula bersuara. " Yongguk, kau tak rasa ke Aerri dan namja tu saling suka antara satu sama lain? " kata Ailee.
Aku terkejut lalu menganggukkan kepala aku dengan perlahan. Entah kenapa hati aku terasa tidak tenang. Dan betul apa yang Ailee katakan tadi. Mereka memang suka antara satu sama lain. Pandangan mata mereka lain daripada biasa.
Tiba-tiba sahaja dunia aku terasa terhenti seketika apabila melihat bibir lelaki itu melekat pada bibir Aerri. Lama. Aku terus menundukkan wajah aku kebawah. Ya aku kecewa. Ailee melihat kearah aku seperti dapat membaca apa yang aku fikirkan sekarang ini.
" masih ramai lagi yeoja lain kan Yongguk? " Ailee menyentuh lembut bahu aku. Aku hanya tersenyum kaku lalu mengangguk. Tiba-tiba aku ternampak susuk badan seorang yeoja yang berpelakuan aneh. Dia berjalan laju kearah belakang pentas bersama-sama gunting ditangannya.
Dari situ aku sudah pun berasa pelik. " Ailee pegang Jihoon. Pegang betul-betul jangan bagi dia hilang " arah aku dan Ailee hanya menganggukkan kepalanya. Aku mula bangun dari duduk dan terus menjejaki yeoja tadi.
Tapi belum sempat aku menjejaki yeoja itu, lampu diseluruh pentas itu terpadam dengan sendirinya. Dan aku terdengar ada suara perempuan menjerit. Aku kenal suara itu. Itu suara Aerri. Tak salah tekaan aku. Yeoja tadi mempunyai muslihat lain.
Dan semasa dalam keadaan gelap itu juga aku ternampak ada lelaki yang sedang mengheret tubuh Aerri kebelakang pentas. Aku membesarkan mataku. Yeoja yang berkelakuan pelik tadi terus aku endahkan. Yang penting sekarang ni keselamatan Aerri.
Aku berlari dimana lelaki tadi mengheret Aerri. Aku tidak dapat melihat perbuatan mereka kerana keadaan terlalu gelap. Aku hanya bersembunyi disebalik dinding. Setelah beberapa minit aku menunggu, akhirnya lelaki itu keluar dari situ.
Dan aku terdengar Aerri mengaduh kesakitan. Aku menggenggam penumbuk aku dan terus menjejaki lelaki tadi. Tiba-tiba langkah aku terhenti apabila melihat lelaki tadi itu berhenti kerana ada seseorang yang menahan perjalanannya.
" Kai? " mulut aku sedikit terbuka. Aku mengeluarkan perakam suara untuk merakam percakapan mereka. Mana tahu boleh jadi sebagai bahan bukti.
" apa kau nak ? Halang aku? " Mingyu menolak bahu Kai dengan kasar. Kai hanya mendiamkan diri seketika. " Gyu, kau tak boleh buat macam ni.. Aku tahu kau nak balas dendam dekat Aerri kan? " Kai cuba meneka.
Mingyu ketawa jahat. " kalau kau dah tahu kenapa kau tanya ? Bodoh! " jawab Mingyu kembali. " dengar Mingyu. Kau lari daripada penjara. Dan bila-bila masa sahaja kau akan dipenjarakan semula. Ingat tu. Aerri baru nak bahagia. Tolong jangan dekati dia. " rayu Kai.
" ada aku kesah dia nak bahagia ke dia nak menderita? Aku yang meringkuk dalam penjara kerana dia dulu? Ada dia kesah ke aku menderita ke bahagia? Sekarang dia dah ada depan mata aku. Dia perlu mati "
" Dan aku dah jumpa dua mangsa aku sekarang ni.. "
" Yeon Aerri dan Jeon Wonwoo "
Mingyu menepuk bahu Kai sambil ketawa sinis. Kai terkejut mendengar kata-kata adiknya tadi. " Tak kau tak boleh " Kai terus menggelengkan kepalanya. " aku Mingyu. Semuanya boleh selagi aku masih hidup. "
Mingyu mengatur langkahnya pergi kearah sebuah kereta berwarna merah. Aku mula menamatkan rakaman suara tadi. Yeoja di dalam kereta merah itu aku perhati dengan teliti. " tu yeoja tadi. " tanpa membuang masa aku terus mengelurkan kamera aku lalu fokuskan kearah yeoja itu.
Klik!
Gambarnya berjaya aku tangkap. " maknanya Mingyu dah kembali untuk cari Aerri balik . "
" tapi mangsanya dah jadi dua orang. "
" aku mesti selamatkan mereka " aku memasukan kembali kamera itu kedalam poket seluar aku. Aku mula mengatur langkahku pergi. " Tunggu! " jerit Kai. Aku berpaling semula kearahnya. " kau inspektor Yongguk kan? " Soal Kai.
Aku mengangguk. Dia melepaskan keluhan yang panjang.
" Inspektor Yongguk. Saya perlukan bantuan inspektor "
Tbc
Nightmare is start to begin ~
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt