Part 48

487 71 6
                                    


" engkau lah pengganti Hyera dalam hati aku.. "


Aerri terdiam sambil matanya masih lagi memandang ke dalam mata Wonwoo. " aku tahu kita memang baru kenal. Aku pun tak sangka. Sebab aku ambil masa yang singkat untuk sukakan kau macam mana aku sukakan Hyera dulu " kata Wonwoo lalu matanya dialihkan kebawah.

Aerri turut mengalihkan pandangan matanya. Mereka berdua terdiam seketika sambil menikmati kesejukan angin malam disitu. Wonwoo membelek cincinnya yang dipakai dijari kirinya.

Satu adalah miliknya dan satu lagi adalah milik Hyera. Wonwoo memandang Aerri sekilas disebelahnya. Cincin milik Hyera mula ditanggalkan dari jarinya lalu dia memegang lembut tangan Aerri.

Aerri tergamam seketika. " kau mesti dengar apa yang aku ceritakan pasal Hyera tu kan? " soal Wonwoo. Aerri membalas dengan anggukan. " cerita tu bukan berakhir dekat situ sebab appa aku masih paksa aku lagi " air muka Wonwoo mula berubah.

" dia paksa apa? " suara lembut Aerri mula menerpa ditelinga Wonwoo membuatkannya tersenyum walaupun terpaksa. " dia paksa aku kahwin dengan orang yang aku tak suka " jawab Wonwoo lemah.

Aerri mengeluh serta mengetap bibirnya. " Wonwoo.. " panggil Aerri membuatkan Wonwoo mengangkat mukanya semula. " saya pun ada perasaan yang sama macam awak tap- "

Wonwoo memeluk tubuh kecil Aerri dengan erat sebelum Aerri sempat menghabiskan kata-katanya. Tubuh badan Wonwoo yang tinggi lampai itu ditundukan sedikit bagi menyamakan aras tinggi mereka berdua. Dagu Wonwoo diletakkan di atas kepala Aerri lalu rambut panjang Aerri diusap dengan lembut.

" aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang buat kali yang kedua.. " bisik Wonwoo. Perlahan-lahan Aerri membalas kembali pelukan Wonwoo. Mereka berpelukan lama sehinggalah Aerri terdengar suara tangisan yang agak perlahan daripada Wonwoo.

" Wonu.. " panggil Aerri lagi. Wonwoo langsung tidak menjawab lalu Aerri semakin ditarik rapat ke dalam dakapannya. Aerri hanya membiarkan perbuatan Wonwoo itu kepada kerana dia berasa cukup selesa dan selamat ketika bersama Wonwoo.

Tanpa mereka sedari, Jungkook memerhatikan mereka berdua daripada jauh. Kedua-dua belah penumbuknya digenggam erat untuk menahan amarah. " Wonu.. Kau memang pengkhianat " desis hatinya.

Wonwoo melepaskan pelukannya diantaranya dan Aerri. Tangan kanan Aerri ditarik lembut lalu memasukan cincin ke dalam jari manisnya. Aerri mengerutkan dahinya. " apa ni Wonwoo? " Soalnya. " mungkin dulu cincin ni milik Hyera, tapi sekarang dia milik kau "

" Aerri.. "

" janji, jangan pernah tinggalkan aku? "

Kedua belah tangannya dipegang kemas. Mereka saling bertentangan mata membuatkan detak jantung meraka juga laju serta tidak keruan. Aerri menjadi semakin bingung dengan perasaannya serta kisah silamnya. " Wonwoo.. Awak tak kenal saya siapa.. Kisah silam saya terlampau buruk. Saya tak rasa awak boleh suka saya kalau awak dah tahu semua ni " jawab Aerri.

Wonwoo merengus kasar. " semua orang ada kisah silam tersendiri. Aerri.. " kata Wonwoo lalu memegang dagu Aerri lalu didongakan keatas agar Aerri dapat terus melihat ke arah wajahnya. " Wonu saya tak boleh.. "

" Aerri.. Tolong.. "

Aerri memejamkan matanya serta menghembuskan nafas yang dalam. Di dalam hatinya gembira kerana Wonwoo mempunyai perasaan yang sama seperti dirinya tetapi adakah dia akan bahagia jikalau Mingyu sedang memburunya sekarang.

Dan jikalau Wonwoo tahu tentang semua ini. Pasti dia akan dibenci buat selama-lamanya. Wonwoo mengesat air mata Aerri yang mula mengalir dipipi tanpa disedarinya. Dagu Aerri diangkat lagi lalu bibirnya mula di dekatkan pada bibir Aerri dihadapannya.

BUK!


Wonwoo jatuh ke tanah selepas mukanya ditumbuk kasar oleh seseorang. Wonwoo mengaduh kesakitan lalu berpaling keatas. " jungkook? "

Jungkook tertawa sinis. Kolar baju Wonwoo ditarik kasar lalu dihempaskan tubuh Wonwoo di dinding. " arghhh Jungkook apa kau buat ni?! " jerit Wonwoo sedaya upaya untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Jungkook.

Aerri menekup mulutnya kerana terkejut. " Wonwoo.. Jungkook " desis hatinya. " kita kawan kan? Tapi kenapa dari dulu asyik kau je dapat apa yang kau nak?  Kau tahu tak kau pembawa malang? Kalau tak disebabkan Hyera tu tak jatuh cinta dengan kau, dia tak akan kahwin dengan kau dan dia juga tak akan mati!!! " jerit Jungkook.

Wonwoo memandang tajam kearahnya. " Tu semua bukan salah aku! Dah memang takdir kami ! "

" oh, jadi sekarang ni kau nak cakap takdir jugalah yang kau sekarang ni sukakan noona? Aku cintakan noona dulu! Noona milik aku! "


BUKK!



Jungkook jatuh ke lantai akibat serangan secara tiba-tiba daripada Wonwoo ke mukanya. " aku tak sangka kau macam ni Jungkook " jawab Wonwoo lalu mencengkam kembali baju Jungkook lalu ditarik kuat. " Wonwoo! Jungkook! Sudahlah jangan gaduh! " jerit Aerri ketakutan.

Mata Wonwoo beralih ke arah Aerri sebaik sahaja mendengar suaranya. Baju Jungkook dilepaskan kembali. " jangan sesekali kacau Aerri "














Mingyu berjalan keluar sebaik sahaja pintu lif itu dibuka. Matanya mula tercacap pada seseorang yang sedang tertidur dikerusi. " Ailee " getus hatinya. Dia mula berjalan kearah bilik bernombor 765.

Perlahan-lahan pintu itu dikuak. Matanya mula meliar ke dalam ruang bilik itu. Sunyi. Dan akhir sekali matanya berhenti apabila dia mula ternampak Jihoon yang terbaring lemah di atas katil. Pintu itu ditutup kembali lalu langkahnya diaturkan kearah Jihoon.

Wajah anak kecil itu dipandang lama. Tanpa disedarinya, dia mengukir senyuman gembira. Wayar-wayar yang disambungkan pada tubuh Jihoon membuatkan Mingyu berasa sayu.

" Jihoon.. Appa datang " Mingyu mula bersuara perlahan. Tiba-tiba dia terasa badannya ditolak seseorang sehingga ke dinding. Yongguk mengacukan pistol kearah Mingyu membuatkan tersenyum sinis. " kau nak bunuh aku ke Yongguk? "



" berani kau tunjuk muka kau dekat sini Mingyu "















TBC


Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now