" Jadi Jihoon tu anak aku? "
Mingyu mengerutkan dahinya. Jadi betul lah tekaannya selama ini bahawa Aerri telah melahirkan anaknya? Dan jikalau Jihoon berada disini mungkin sahaja Aerri tidak berada jauh dari sini.
Gambar Aerri di dalam genggamannya dipandang lama. Lama sungguh dia tidak melihat wajah Aerri. Satu-satunya yeoja yang terselamat dari seksaannya. " Tapi Jihoon tinggal dengan 'ajusshi' ? " kata Mingyu seorang diri.
Baru dia ingat, Jihoon pernah memberitahunya bahawa dia bukan tinggal bersama Aerri. Malahan bersama-sama dengan seorang lelaki yang dipanggil 'papa'. " Kalau macam tu.. Lelaki tu Yongguk? "
" Aerri kahwin dengan Yongguk? "
Sekali lagi keningnya dikerutkan. Tak, tidak mungkin Aerri akan kahwin dengan orang macam Yongguk. Buku diari itu diselak lagi. Secara tiba-tiba senyumannya terukir. Seperti tidak percaya dia mempunyai seorang anak. " Aku akan simpan diari ni. "
" Annyeonghaseyo encik "
Mingyu terkejut apabila terdengar suara perempuan dihadapannya. " maaf mengganggu, saya cuma nak bagi encik kertas ni.. " yeoja itu menghulurkan kertas kepada Mingyu.
" Kolej kami ataupun pun lebih dikenali Syarikat Golden Entertainment akan mengadakan satu persembahan pada hari esok pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Tiket masuk adalah percuma. Persembahan akan dilakukan oleh 3 orang trainee syarikat ini. Harap encik berminat untuk datang untuk memeriahkannya lagi. Kamsahamnida. Saya minta diri dulu "
Yeoja itu menundukan badannya lalu beransur pergi. Mingyu melihat kearah kertas iklan tersebut.
Selamat datang ke Golden Entertainment!
Pada Ahad ini kami akan mengadakan satu persembahan yang amat mengujakan bagi semua penduduk yang berminat dengan muzik mahupun tarian!
TEMPAT ; Kolej Golden Entertainment
MASA ; 8 pm - 10 pmPERSEMBAHAN KHAS DARIPADA ;
- Jeon Wonwoo
- Jeon Jungkook- Yeon Aerri
Jemput hadir beramai-ramai!
" Yeon Aerri? " Mingyu bermonolog seorang diri. " dan Jeon Wonwoo " kata Mingyu lagi. Mingyu tersenyum jahat. Dia sudah tahu apa yang perlu dibuat. Dan semuanya akan tamat tidak lama lagi. Yeon Aerri akan jatuh ke tangannya semula.
Mingyu meletakkan semula gambar Aerri di dalam diari tersebut. Kertas edaran tadi juga dilipat lalu dimasukkan kedalam poketnya. Jam tangannya dikerling sekilas. Sekarang sudah masuk waktu kerjanya.
Tangannya diseluk masuk kedalam poket seluarnya untuk mengambil telefon lalu didailkan kepada nombor seseorang.
" Hello Eunice "
" aku ada dapat maklumat "
" malam ni. Aku datang apartment kau. "
" dan ingat. Sediakan bayaran aku.. "
" bye "
✨
" badan dia makin panas lah Yongguk. Macam mana ni? " Ailee kelihatan resah. Dahi Jihoon disentuh menggunakan belakang telapak tangannya. Suhu badan Jihoon semakin meningkat tetapi Jihoon menggigil seperti kesejukan.
Yongguk merengus kasar. Dari tadi dia memikirkan siapakah yang ambil diari kepunyaan Jihoon? " Amber.. Tolong eonnie tukarkan air ni.. " arah Ailee. Amber hanya menurut. Bekas air itu dibawa turun lalu digantikan dengan air yang baru.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt