Part 31

712 92 3
                                    

" EI KAU NAK MATI KE HAH PEREMPUAN?! "

" Aunty.. Ji..Jihoon ta..takut.. "

" kya.. Jihoonie.. uljima.. aunty ada.. "

" JAWAB LAH BODOH AKU HUPS! TANYA NI! "

" kyah! Kenapa ni?! kau ! jangan berani nak tengking diorang! "

Yongguk tergesa-gesa keluar dari rumah apabila mendengar pekikan Mingyu serta Ailee. Dahi Yongguk mula berkerut seribu. Seperti dia kenal sahaja siapa yang berada dihadapannya ini. " Mingyu.. " bisiknya dengan perlahan.

" Eh! Hups! Kau nak hups! Jadi hups penyelamat lah ni hah bodo? " Mingyu menunding jarinya kearah Yongguk. Badannya terombang ambing akibat kesan wine yang diambil secara berlebihan. " kau tu jangan cari pasal! " Jerit Ailee yang sudah pun hilang rasa sabarnya.

" pangg "

Tangan Mingyu mendarat betul-betul di pipi kanan Ailee membuatkan Ailee jatuh terduduk. " argh! Aunty.. Sakit.. " Jihoon menangis teresak-esak apabila kepalanya terhantuk pada lantai. " sakit? Mianhae.. Uljima.. Aunty ada.. Kau tak guna punya jantan! " Marah Ailee lagi.

Yongguk menarik baju Mingyu sehingga muka mereka betul-betul bertentangan. " Kau jangan nak cari pasal dekat sini.. Kau tahu budak lelaki tu siapa? " kata Yongguk.

BUK! "

Muka Yongguk ditumbuk kuat oleh Mingyu. Sah Mingyu tidak sedar akan perbuatannya. " korang semua memang nak mati! Saja kan cari pasal dengan aku?! " Jerit Mingyu. Disepaknya perut Yongguk buat beberapa kali sehingga Yongguk tidak dapat bangun untuk membalas.

" Aunty.. Jihoon takut.. Papa!!! " Jerit Jihoon yang semakin takut melihatnya. " POLIS!! POLIS!!! POLIS!!!! " laung Ailee. Dia tiada jalan lain. Dia buntu untuk mencari jalan untuk membantu Yongguk. Jika dia melawan lelaki itu, sudah pasti dia mengalami nasib yang sama. Malah lebih teruk.

Mingyu berhenti menyepak perut Yongguk. Dipalingnya ke seluruh tempat mencari takut-takut kata kata Ailee itu benar. " POLISS!!! POLIS!  TOLONG!! PALLI! " jerit Ailee lagi. Mingyu mula cemas. Dalam keadaan gelap itu, dia terus melarikan diri. Ailee menarik nafas lega.

" Papa!!! " teriak Jihoon yang masih lagi  berada dalam dakapan Ailee. " arghh " Yongguk memegang perutnya yang sakit akibat ditendang kuat oleh Mingyu. Darah dari mulutnya juga keluar. Peritnya rasanya ditahan. Hampir keluar air mata Yongguk kerana kesakitan.

" Yongguk! " Ailee tergesa-gesa bangun sambil mendukung Jihoon lalu berlari kearah Yongguk. " Yongguk? " Panggil Ailee. " Papa.. Papa... " panggil Jihoon sambil menggegarkan bahu Yongguk.

" ok je sikit je ni.. " Yongguk mengagahkan dirinya untuk berdiri. Yongguk tersenyum tipis kepada mereka berdua. " kau tak apa-apa ke Ailee? Jihoon? " tanya Yongguk dengan suara yang lemah. " Tak cuma pedih sikit je pipi ni.. Kau ok tak ni? Kau punya mulut berdarah.. " Kata Ailee sambil menilik muka Yongguk.

Yongguk menggelengkan kepalanya dengan perlahan. " Mingyu tak guna.. " katanya dengan perlahan. Ailee mengerutkan dahinya. " Apa kau cakap tadi? " tanya Ailee untuk mendapat kepastian. Yongguk menggeleng lagi. Matanya dialihkan kepada Jihoon.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now