Wonwoo meletakkan mukanya diatas katil sementara menunggu Aerri sedar daripada pengsannya. Tangan Aerri digenggam dengan erat lalu diusap dengan lembut. Tiba-tiba Wonwoo ternampak Aerri mengalirkan matanya secara tiba-tiba.Tangan Wonwoo digenggam kuat dan peluhnya mula menitik dari dahinya. Aerri seperti meronta- ronta untuk dilepaskan sedangkan matanya masih dipejam rapat.
Wonwoo sudah pun gelisah melihat keadaan Aerri seperti itu. Pipi Aerri diusap lembut. " Aerri-ahh kau dah sedar ke? " soal Wonwoo. Aerri masih tidak menjawab panggil Wonwoo malahan rengekannya semakin kuat.
" Lepas kan aku! "
" Lepaskan aku Mingyu "
" lepaskan aku Mingyu.. Aku merayu Mingyu.. Lepaskan aku "
Aerri mula meronta-ronta. Wonwoo mengerutkan dahinya. " Mingyu? " katanya sendiri. Wajah Aerri dipandang lama. Wajahnya nampak sungguh takut. Sudah semestinya Mingyu adalah mimpi ngerinya waktu terdahulu. " Aerri.. Aku ni Wonwoo " Rambut Aerri dibelai lembut.
" jangan takut Mingyu tak ada dekat sini Aerri " Ubun-ubun Aerri dicium lembut oleh Wonwoo. Perlahan-lahan rengekan Aerri mula hilang dan wajahnya menjadi tenang semula. Peluh yang mula mengalir di dahi Aerri ditolong lap dengan menggunakan ibu jarinya.
Wonwoo mengeluh. Kata-kata yang keluar dari mulut Aerri tadi mula diingat kembali. Siapakah Mingyu? Kenapa Aerri takut sangat dengan Mingyu? Adakah orang yang buat Aerri pengsan sekarang ini adalah orang yang sama? " Mingyu.. "
Tiba-tiba telefonnya mula bergetar di dalam poket seluarnya. Lantas tangannya diseluk kedalam untuk menjawab panggilan tersebut.
" yeobosaeyo? "
" nae saya Jeon Wonwoo "
" bila? "
" ok saya datang sekarang "
Talian itu mula diletakan. Wajahnya mula bertukar menjadi semakin risau. " eomma "
Tok tok tok
Pintu bilik itu mula diketuk. Jungkook menguak perlahan dedaun pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam. " Noona dah sedar ke Wonu? " soal Jungkook. Wonwoo menggelengkan kepalanya. Matanya mula tertumpu pada bunga ros yang dipegang oleh Jungkook.
Dia mengetap bibirnya untuk menahan rasa marah. Nafasnya dihembuskan dengan perlahan. " aku kena keluar Jungkook " Wonwoo bersuara dingin. Jungkook mengangkat keningnya tanda hairan.
" kau nak pergi mana? " soal Jungkook. " aku nak pergi hospital. Eomma aku sakit. Pihak hospital baru call tadi " Wonwoo mengaturkan langkahnya kearah pintu. Jungkook menunjukkan riak wajah yang agak terkejut. " aku harap eomma kau tak apa-apa Wonu " bahu Wonwoo dipegang lembut.
Wonwoo merengus kecil lalu mengangguk. Wajah Aerri dipandang semula sebelum dia melangkah keluar. " bagitahu Aerri sorry aku tak ada masa dia sedar "
" dan jangan cakap aku pergi hospital "
" cakap dekat dia yang aku ada hal yang perlu diselesaikan. "
✨
" ada apa nak jumpa ajusshi ni Eunice? " Tuan Jeon yang baru sahaja sampai di cafe itu terus duduk berhadapan dengan Eunice. Tali lehernya dibuka lalu diletakkan diatas meja. Eunice tersenyum. Kakinya disilangkan sebelum dia bersuara. " ajusshi.. " Eunice memuncungkan mulutnya kehadapan.
Tuan Jeon melihat gerak geri Eunice dengan muka yang ketat. " Bila Eunice boleh kahwin dengan Wonwoo? Dah lama Eunice tunggu tau " kata Eunice. Tuan Jeon menghembuskan nafasnya. " bukan Eunice dah cuba pikat dia? Tak kan la dia tak tergoda " suara garau Tuan Jeon mula menerpa di telinga Eunice.
Eunice mengeluh. " Memang lah Eunice dah cuba goda. Tapi dia selalu abaikan Eunice. Dia buat Eunice macam sampah. Semua disebabkan perempuan ni " Eunice mencampakkan beberapa keping gambar Aerri yang diambil secara senyap-senyap kepada Tuan Jeon.
Lantas Tuan Jeon mengambil gambar itu dan diperhatikan dengan teliti. " siapa perempuan ni? " tanya Tuan Jeon. Eunice tersenyum sinis. " Eunice tak tahu apa hubungan dia dengan perempuan ni "
" nama perempuan ni Yeon Aerri "
" dia juga pelatih di syarikat GoldenDisk tu. "
" dan apa yang Eunice pasti. Perempuan ni lah yang cuba merosakkan hubungan Eunice dengan Wonwoo "
" mereka berdua ni memang rapat. Dan Eunice pernah nampak mereka berdua ni bercium. Dan Eunice yakin, Wonwoo tak akan anggap perempuan ni sebagai kawan biasa. "
Terang Eunice. " jadi Eunice nak suruh ajusshi buat apa ? " soal Tuan Jeon. Gambar Aerri masih ditatap lama olehnya. " Eunice nak ajusshi tolong Eunice " Senyuman jahat Eunice mula terbit dibibirnya.
" Eunice nak ajusshi buat..... "
✨
Wonwoo membuka topi keledarnya sebaik sahaja motornya dipakir betul-betul di hadapan hospital. Rambutnya dibetulkan lalu mengangkat sweaternya naik keatas. Langkahnya mula diaturkan masuk kedalam kawasan hospital.
Mingyu tersenyum melihat Wonwoo yang sudah pun berada di hadapan matanya. Secawan air kopi panas dipegang erat lalu berjalan mendekati Wonwoo. Mingyu sengaja melanggar bahu Wonwoo membuatkan cawan air yang dipegangnya itu tertumpaj dibaju Wonwoo.
Mingyu membuka kaca mata hitamnya. Wonwoo menggengam penumbuknya. Wajah Mingyu mula dipandang tajam. " kau buta ke hah bodoh? " soal Wonwoo geram. Mingyu mengelengkan kepalanya. Tangannya mula diangkat kearah Wonwoo. " sorry bruh aku tak sengaja tadi. Aku nak cepat. Sorry " pinta Mingyu
Wonwoo memejamkan matanya untuk menahan geram. " ok " jawab Wonwoo sepatah lalu memusingkan badannya untuk melangkah pergi. " Kau Jeon Wonwoo kan? " suara Mingyu mula bergema disitu membuatkan langkah Wonwoo terhenti.
Kepalanya dipusingkan sedikit. " macam mana kau tahu? Kita pernah kenal ke? "
Mingyu tersenyum jahat. " tak kan la aku tak kenal dengan orang yang kutip sampah aku? " sindir Mingyu. Lantas Wonwoo memusingkan badannya semula.
" apa maksud kau? "
" Kau kan yang cium Aerri? "
Soalan Wonwoo dibalas dengan soalan semula. " ya aku " jawab Wonwoo sepatah. " jadi tak salah la aku nak cakap yang kau suka Aerri kan? "
Wonwoo mengerutkan keningnya lagi. Sekarang ini dia betul-betul bingung dengan kata-kata lelaki dihadapannya ini. " kau siapa sebenarnya? "
" hahaha kau tak perlu tahu "
" yang penting kau nak tahu tak siapa Aerri yang sebenarnya sekarang ni? "
Tbc
Maafkan Lyn sbb bab ni hambar ಥ_ಥ sbb menaip dalam kereta macam ni la jadinya ╥﹏╥
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt