"KAU NI JENIS IBU APA HAH?! SANGGUP KAU NAK BUNUH ANAK KAU SENDIRI!? KAU MEMANG IBU TAK GUNA! IBU YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB! BAIKLAH KALAU KAU NAK BUNUH DIRI KAU BUNUH LAH! TAPI JANGAN LIBATKAN JIHOON! BUNUH LAH DIRI KALAU RASA MASALAH TU BOLEH SELESAI! BUNUH LAH! AKU MENYESAL ADA KAWAN MACAM KAU! "" BAMMM "
Aerri menghempaskan pintu lalu menguncinya. Pisau ditangannya masih digenggam erat. Matanya merah akibat bengkak menangis. Rambutnya juga serabai serupa seperti dengan orang yang sudah hilang akal.
Perutnya dipegang untuk menahan sakit. " Sebelum aku mati.. Aku nak kau semua mati dulu! " Aerri menghalakan pisau ke arah Ailee. Dahi Ailee sudah berpeluh. Dia gerun melihat Aerri bersikap seperti itu. Jihoon masih lagi tidak berhenti menangis.
" Aerri! Kau gila ke!?! " Ailee bergerak kebelakang untuk mengelak dari Aerri. Terketar-ketar badannya. " kau tahu tak betapa seksanya aku.. " Aerri berkata dengan suaranya serak seperti mahu mengeluarkan air matanya.
" a..aku faham kau.. Tapi kau tak boleh buat macam ni.. " Jawab Ailee yang cuba meredakan keadaan. " kau tak rasa apa yang aku rasa... " Aerri bersuara lagi. Ailee terdiam. Dia tidak menyangka akan jadi seperti ini.
" semua orang yang aku sayang dah hilang.. Kau tahu betapa sakit aku tanggung semua ni.. Aku tanggung rasa sakit hati aku dengan Mingyu satu-satunya lelaki yang aku percaya yang telah khianati aku.. " Aerri menggenggam rambutnya.
Ailee kaku. Dia tahu Aerri tidak sedar apa yang dilakukan olehnya sekarang ini. " bukan tu je.. Aku terpaksa tanggung rindu dekat eomma.. Orang yang aku ingat boleh percayakan aku sepenuhnya.. Tapi tak.. Dia tak terima aku.. Kau tahu tak seksa.. "
Air mata Aerri sudah pun mengalir. Tangannya juga sudah berdarah akibat terkena pisau.
" aku pah-- " Ailee tidak sempat menghabiskan kata-katanya. " Tak! Kau tak faham! Aku terpaksa tahan 9 bulan mengandung kan budak tu! Dan sekarang ni kau kata aku tak berguna!! AKU BENCI SEMUA ORANG! AKU BENCI!! Dan kau! Aku yakin mesti satu hari kau akan tinggalkan aku juga.. "
Aerri terduduk di lantai. Mukanya ditundukkan kebawah. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
Ailee memerhatikan Aerri yang terduduk di lantai. Terasa kesal pada dirinya kerana melepaskan kata-kata itu kepada Aerri. Dia sudah mengalami jalan hidup yang teruk. Sepatutnya diberikan semangat.
" kenapa begitu berat ujian yang diberi kepada Aerri.. " Gumam hati Ailee.
Air matanya turut menitis. Dia tahu betapa seksanya Aerri sekarangnya ini. Ya, Aerri memang orang yang kuat. Kalau tidak Jihoon tidak akan dilahirkan ke bumi. Dan mungkin Aerri sudah pun membunuh diri sejak awal lagi.
" eo..eomma.. Min..mingyu.. " kata Aerri yang sedang teresak - esak memanggil. Ailee memberanikan dirinya untuk mendekati Aerri. Dia duduk bercangkung.
Perlahan-lahan Ailee meletakkan tangan kirinya kebahu Aerri manakala tangan kirinya masih mendukung Jihoon.
" k..kau ..ri..rindu mereka? " Tanya Ailee dengan nada suara yang perlahan dan lembut. Tiba - tiba sahaja Aerri ketawa. " HAHAHAHA aku? Rindu? " Aerri mengalihkan pandangannya ke Ailee. Ailee terkejut.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt