Part 21

764 82 5
                                    


" Aerri.. akhirnya aku dapat jumpa kau... "

Pemilik suara itu berkata lagi. Meremang bulu roma Aerri apabila mendengar suara itu. Adakah titik hitamnya akan bermula kembali setelah bersusah payah dia berusaha untuk melupakannya.

" tak tak.. " Aerri menggeleng-gelengkan kepalanya. " Aerri pandang aku.. " Arah pemilik suara itu lagi. " tak dia bukan Mingyu.. bukan ... bukan!!! " Jerit hati Aerri. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin. Perlahan - lahan tubuhnya dipusingkan menghadap pemilik suara tersebut.

Pandangannya dialihkan betul-betul ke wajah lelaki itu. " K..kau? " Aerri terkejut. Lelaki itu melemparkan senyumannya. Senyuman yang amat ikhlas baginya. " Aku percaya kau masih hidup Aerri.. " Kata lelaki itu lantas menundukkan tubuhnya yang tegap itu lalu tubuh kecil Aerri dipeluknya dengan erat.

Aerri terpena. Kakinya dijinjitkan sedikit.Dia bingung sama ada mahu membalas pelukkan lelaki itu mahupun tidak. " aku lah orang yang pertama akan berasa bersalah kalau kau mati Aerri.. " Kata lelaki itu lagi.

Aerri masih terdiam. Dia juga dapat mendengar esakkan dari lelaki itu. " d..dia menangis? " desis hati Aerri. Tersentuh hatinya buat seketika. " Aerri say something.. jangan buat aku rasa bersalah macam ni.. mianhae.. " bisik lelaki itu sambil mengeratkan lagi pelukkannya.

Rambut Aerri diusap dengan lembut. Rindu dia kepada Aerri sudah pun terubat. Aerri tersenyum tawar. Dibalasnya pelukkan lelaki itu. Digosok-gosok belakang lelaki itu supaya hilang esakkannya. " Aku tak sebodoh tu.. aku tak akan bunuh diri sendiri.. sebab aku ada tanggungjawab.. Jihoon.. dia lah penyelamat aku.. dan.. a..a..aku dah lama maafkan kau.. "

Kini Aerri pula yang bersuara setelah lama berdiam diri. Entah kenapa hatinya terasa sebak. Lelaki itu menyeka air matanya. Dileraikan pelukkan mereka berdua. Mereka berdua saling membalas senyuman. " betul ke kau dah maafkan aku? " Tanya lelaki itu untuk mendapat kepastian.

Aerri tersenyum lalu menanggukkan kepalanya dengan perlahan. " Aku rindu kau.. " Wajahnya ditundukkan sedikit. Nafasnya dihembus dengan berat. Aerri hanya terdiam semula. Tidak menyangka lelaki itu akan merindui dirinya sampai ketahap ini.

" Oh yer.. Jihoon? errr nama dia ke ? " Tanya lelaki itu. " Nae.. Kim Jihoon.. mari kita pergi tengok dia.. mesti dia gembira.. " Ajak Aerri sambil menarik tangan lelaki itu dengan lembut. Lelaki itu akur. Dia hanya mengikut Aerri dari belakang untuk ke wad dimana Jihoon berada.

" ish lambat pula air ni nak keluar.. " Omel Jungkook seorangan. Matanya meliar melihat sekelilingnya. " eh? berapa lama lagi ni? kalau dorang nampak kita macam mana? aku dah tak larat dah nak lari.. " Kata Wonwoo yang berdiri di sebelah Jungkook.

" kejap.. air tin tak nak keluar.. aku dah masuk duit dah ni.. " Jawab Jungkook sambil mengetuk-ngetuk mesin air tersebut. Geram. Sudah masuk duit, tetapi tidak mahu keluar. " aduh.. masa ni jugak lah nak buat masalah.. " Wonwoo menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Topeng mulutnya dibuka sedikit. Susah dia mahu bernafas jikalau topeng itu berada di wajahnya. " Aishhh!!! " Jungkook mula geram.

" BAM BAM BAM "

Jungkook mengetuk-ngetuk mesin air itu dengan kuat. Rambutnya diserabutkan. " aihh.. kau ketuk bukannya jadi apa.. dah la.. kita beli nanti.. " pujuk Wonwoo yang dari tadi bosan menunggu. " aku dahaga laaaa.. " Jungkook mula menarik muncung. Kakinya dihentakkan sedikit.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now