Part 11

874 85 18
                                    


"KELUAR!!!!!!!!"

Puan Yeon menolak tubuh Aerri keluar dari rumah. " eomma.. Aerri minta maaf eomma.. Jangan buat macam ni.. Eomma mianhae.. " Aerri melutut kepada eommanya. Sakit bila mendengar kata Puan Yeon.

" Eomma jangan macam ni la eomma.. Dia anak eomma.. Dia eonnie Amber! " Amber cuba memujuk Puan Yeon. " anak? Aku tak de anak yang macam ni.. Aku tak mengaku dia sebagai anak aku! " Puan Yeon menjerit.

" Aerri tak buat semua ni eomma.. " Aerri sedaya upayanya untuk memberitahu Puan Yeon. Malah Puan Yeon menolak Aerri keluar pintu. Begnya dicampak keluar. "mulai hari ni kau jangan balik! Kau bukan lagi anak aku! " Puan Yeon menjerit lantas dia menghempas pintu.

" E..eo..eomma.. " Aerri menangis dihadapan pintu. Selepas satu-satu masalah menimpanya. Mengapa dunia ini terlalu kejam baginya?











" macam mana perempuan tu tak mati lagi. Tak guna! Ni mesti semua kerja Yongguk! " Mingyu mundar mandir memikirkan hal itu. Mengapa Aerri masih hidup? Sedangkan dia telah minum serbuk itu?

" ARGHH! BODOH! " Mingyu menyerabutkan rambutnya. Fikirannya kusut. Dia takut Aerri melaporkan kejadia itu kepada pihak polis. Dia tidak mahu meringkuk di dalam penjara untuk seumur hidupnya.

Tanpa berfikir panjang, Mingyu mengapai telefon pintarnya. Dia terus menghantar mesej kepada Yongguk. " jumpa aku dekat tempat biasa kita minum Soju " Mingyu memberi arahan kepada Yongguk.

" Mingyu? " Kai menyentuh bahu Mingyu. Mingyu sedikit terkejut. " HYUNG! boleh tak jangan ganggu Mingyu! Serabut tahu tak serabut! " Mingyu menengking hyungnya yang tidak bersalah.

" Eh kau kenapa? Hyung cuma panggil jer.. Nak ajak kau makan yang kau menengking ni apehal? " Kai memarahi Mingyu. " Diam arh! Bingit ! " Mingyu menyarungkan sweaternya lalu dia menuruni anak tangga.

" Mingyu! Kau nak pergi mana? " Kai menyoal. " Keluar! " Mingyu menjawab ringkas. " kau dah buat apa dengan Aerri? Hyung nampak dekat sekolah tadi dia menangis.. " Secara tiba - tiba Kai berkata begitu.

Dia memang cukup kenal perangai adiknya itu. Dia tahu ini semua salahnya. Kalau tidak kerena dia, mesti Mingyu tidak mengikut perangainya. Tapi itu kisah lama, dia sudah berhenti membuat perkara itu.

Mingyu terhenti seketika. Nafasnya turun naik. Menahan geram kepada abangnya Kai. " bodoh! Macam mana dia boleh tahu! " Mingyu mengenggam penumbuknya.

" kenapa diam? " Kai menyoal kembali. Mingyu hanya mengendahkannya. Pintu depan dikuak kemudian dia terus keluar. Pintu dihempas dengan kuat sehingga membuatkan Kai sedikit terkejut dengan perbuatan adiknya Mingyu.











Aerri keluar dari pintu pagar rumahnya. Dia memandang lama ke arah rumah. Dia juga tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Semua jiran memandangnya. Malu. Semua orang sudah tahu bahawa dia adalah perempuan yang kotor.

Dengan air mata masih bersisa dia terus berjalan. Dia seperti tiada halatuju. Mata-mata banyak melihatnya. Dia hanya mengendahkannya. "Ailee.. " Hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulutnya.

Ailee. Ya Ailee. Kawan baiknya yang boleh membantunya. Perutnya juga berasa sakit namun ditahannya. Dia terpaksa berjalan ke rumah Ailee walaupun jarak antara rumahnya dan rumah Ailee agak jauh.

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now