" aku nak tengok anak aku "
" aku nak dermakan darah untuk dia "
" aku nak dia hidup. Aku nak dia jagakan Aerri masa aku tak ada lagi dalam dunia ni "
" tolonglah.. Aku merayu.. "
Kepala Mingyu tertunduk ke bawah lantai sambil menahan tangisannya daripada keluar dari tubir mata. Kai dan Yongguk memandang kearah sesama sendiri. " macam mana? " tanya Kai dengan nada suara yang perlahan.
Yongguk menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sambil matanya memandang kearah Mingyu. Lemah sahaja badannya. Mungkin kerana terlampau sedih kerana Jihoon. Dan juga takut akan hukuman yang akan dikenakan kepadanya nanti.
" aku tak boleh keluar kan dia " Yongguk mula bersuara. " Tapi kenapa " tanya Mingyu lalu memandang tepat kearah anak mata Yongguk. " aku tak ada kuasa untuk lepaskan kau untuk sementara waktu. " jawab Yongguk. " tapi Jihoon.. Kau fikir aku nak keluar ke kalau bukan sebab Jihoon? " Dahi Mingyu berkerut.
Mereka bertiga terdiam. Hanya bunyi kipas yang berputar sahaja yang menemani kesunyian di situ. " aku minta maaf aku memang tak boleh keluarkan kau daripada sini "
" tapi kalau betul kau nak keluar disebabkan Jihoon "
" aku boleh bawa kau untuk merayu depan ketua aku "
Kata-kata Yongguk tadi membuatkan Kai dan Mingyu berasa lega sedikit walaupun belum mencuba untuk meminta kebenaran. Mingyu terus tersenyum. Kepalanya diangguk laju sebagai tanda setuju. " thanks Yongguk "
Yongguk senyum tipis kepada Mingyu. " kalau macam tu. "
" bawa aku ke ketua kau sekarang "
" baiklah "
✨
Mingyu duduk diatas sebuah kerusi berhadapan dengan ketua polis di Korea. Kai dan Yongguk terpaksa keluar atas perintah ketua polis tadi. Mingyu memejamkan matanya seketika lalu menarik nafas yang dalam sebelum dia mengeluarkan kata-katanya.
" apa awak nak jumpa saya sampai ke sini? " tanya Ketua polis itu ataupun lebih dikenali sebagai Tuan Jung. " saya nak minta tolong tuan " kata Mingyu menjawab kembali soalan yang diajukan sebentar tadi.
Tuan Jung tersenyum sinis. " tak sangka orang macam awak akan minta tolong kepada orang lain sekarang. " kata Tuan Jung. Mingyu hanya mendiamkan diri. Kedua belah tangan Tuan Jung itu diletakkan pada meja menghadap Mingyu dihadapannya.
" apa yang awak nak saya bantu? "
Kali ini Mingyu berani untuk mengangkat semula mukanya untuk berhadapan dengan Tuan Jung. " Tuan "
" saya merayu.. Tolong lepaskan saya untuk sehari " kata Mingyu. Kening Tuan Jung dikerutkan. " untuk apa? " soalannya kembali dengan nada suaranya yang agak tinggi dan garau. " Jihoon "
" siapa Jihoon? "
Terketar-ketar mata Mingyu pada waktu itu. Suaranya cuba dikawal agar tidak bergetar. " Jihoon tu anak saya bersama seorang yeoja yang saya permainkan dia dahulu " jawab Mingyu. Tuan Jung merengus kasar. " permintaan awak tidak diluluskan. Tiada alasan yang kukuh! " kata Tuan Jung.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Roman d'amour" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt