" Inspektor Yongguk. Saya perlukan bantuan inspektor "
Kai berjalan mendekati Yongguk lalu menundukkan badannya sebagai tanda hormat. " Tak payah panggil aku inspektor. Panggil Yongguk je " jawab Yongguk serious.
Kai menganggukkan kepalanya. " aku harap sangat kau dapat tolong adik aku. Aku tak kesah dia dikenakan hukuman penjara lagi. Janji aku nak dia sedar apa yang dia buat "
Yongguk tersenyum senget. Tangannya mula dihulurkan kepada Kai dihadapannya. " Kita bekerjasama? " kata Yongguk. Tanpa membuang masa Kai menyambut tangan Yongguk lalu mereka bersalaman.
" Yongguk!!!! "
" Yongguk!!! Mana kau!!! "
Yongguk membesarkan matanya apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia cukup kenal dengan suara itu. " Ailee.. " tangan Kai terus dilepaskan lalu berlari masuk kedalam pentas itu semula. Kai sudah pun terpinga-pinga.
Tanpa memikirkan apa yang akan terjadi Kai turut mengekori Yongguk dari belakang. Yongguk berlari kearah Ailee serta Amber duduk sebentar tadi. Dia ternampak tubuh Ailee dan Amber sudah pun terduduk diatas lantai. Yongguk berlari laju kearah mereka.
" Kenapa ni? "
Tanya Yongguk dengan penuh risau. " Jihoon.. D..dia pengsan. Tengok hidung dia pun berdarah. Macam mana ni Yongguk macam mana? " Kata Ailee sambil mengusap rambut Jihoon yang sudah pun terbaring lemah.
" bawa dia pergi hospital sekarang " Tiba-tiba suara Kai kedengaran dibelakang. Yongguk hanya mengangguk. Lantas tubuh badan Jihoon didukung lalu dibawa ke hospital.
✨
Dari tadi Eunice hanya berdiam sementara memandu keretanya. Mingyu yang berada disebelah hanya memerhati perlakuan perempuan itu yang berubah mendadak sejak kejadian sebentar tadi.
Dalam beberapa minit, mereka sudah sampai ke apartment mereka semula. Handbrake kereta itu ditarik kuat oleh Eunice seolah-olah mengambarkan kemarahannya. Eunice merengus kecil. Tanpa memandang kearah Mingyu, dia terus keluar dari perut kereta lalu naik keatas rumahnya.
Mingyu ketawa sinis. Pintu kereta milik Eunice ditutup dengan perlahan. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya lalu mengekori Eunice dari belakang. Setelah pintu itu dibuka, Eunice terus mencampakkan kunci itu keatas lantai lalu menghempaskan punggungnya diatas sofa.
Mingyu yang tidak berkata-kata daripada tadi hanya memerhatikan gerak geri Eunice. Dia tahu Eunice sedang marah. Mahu dipujuk? Tentulah ya. Perempuan.
Mingyu mengaturkan langkahnya duduk disebelah Eunice. Tapi malangnya Eunice langsung tidak berpaling kearahnya. Tangan Mingyu mula memegang pipi gebu Eunice lalu dipalingkan kearahnya. Tapi Eunice tetap berdegil. " Kenapa ni? Apa yang aku dah buat sampai kau macam ni erm? "
Soal Mingyu dengan suaranya dilembutkan. Sedikit sebanyak ia dapat melembutkan hati Eunice supaya memandang kearahnya semula. " puas kau malam ni kan? " kata Eunice dengan nada yang marah.
Mingyu mengerutkan dahinya. " puas apa ni? " soalnya kembali. Eunice menggulingkan matanya. " kau dah jumpa Aerri. Dan aku terpaksa tengok Aerri dan Wonwoo bercium depan mata aku sendiri. Apa aku dapat hari ni? Sakit hati kau tahu tak " Bahu Mingyu ditolak kebelakang dengan kasar.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt