Part 58

40 4 1
                                    

" tapi kau seorang bapa yang hebat. Sanggup berkorban demi anak. " jawab Wonwoo. Hati Mingyu terasa terharu mendengar kata-kata yang diberikan. Tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi.

" gomawo.. "








Mingyu berjalan mengikuti jejak langkah Wonwoo yang mendahuluinya. Kepalanya ditundukkan kebawah sepanjang perjalanannya. Banyak wad-wad pesakit kritikal yang dilaluinya. Semua orang yang menunggu ahli keluarganya yang sakit di dalam dengan penuh rasa sedih dan mengharapkan kegembiraan datang semula kembali kepada mereka.

Daripada wad pesakit kritikal warga emas sehinggalah ke wad pesakit kritikal di mana semua kanak kanak kecil ditempatkan. Mingyu memandang pada cermin lut sinar dimana ramai kanak kanak sakit kritikal itu ditempatkan. Kemudian,  wajahnya dialihkan kepada ibu bapa mereka yang sedia menunggu mereka.

Jelas, air mata seorang ibu bapa menunggu anak anak mereka. Dia mengeluh. Terbayang wajah Jihoon yang pernah dia kenali sebagai kanak kanak asing. Dan akhirnya,  Jihoon merupakan anak kandungnya. Perjalanannya terhenti seketika setelah matanya ternampak wad di mana Jihoon diletakkan. Jantungnya berdegup kencang. Matanya bergetar. Dia menekan perit air liurnya.

Dia mahu berjumpa dengan Jihoon dan dalam masa yang sama dia tidak mahu. Dia takut. Dia takut rasa kehilangan. Kerana inilah kali terahirnya dia akan dapat berjumpa dengan Jihoon. Dan dia akan hilang dan pergi buat selamanya. " Masuklah " kata Wonwoo yang sedang memerhatikannya.

Hujung mata Mingyu memandang kearah Wonwoo.  " aku tak nak " jawabnya sepatah. " tapi kenapa?  "

" sebab aku tak nak rasa kehilangan yang sebenar "

Perlahan lahan air mata Mingyu mengalir jatuh ke pipi. " setiap perjumpaan ada perpisahan "

" setiap yang gembira mesti ada yang sedih "

Mingyu terdiam. Hanya air matanya sahaja dapat menggambarkannya sekarang ini. Wajah Jihoon yang terlantar sakit itu dipandang lama. Dia tersenyum apabila dia teringat semula gelagat comel Jihoon bersamanya. Perlahan lahan kakinya digerakkan lalu tangannya memulas tombol pintu wad tersebut.

Selangkah demi selangkah Mingyu berjalan mendekati Jihoon. Semakin dia dekat, semakin deras air matanya mengalir. Tangannya terketar-ketar bergerak untuk menyentuh ubun ubun Jihoon lalu diusap dengan lembut. Dia cuba untuk senyum.

Dia tidak dapat gambarkan betapa gembiranya dia pada itu. Dia sedang memandang wajah anaknya sendiri. " Kenapa pucat sangat muka ni? " Mingyu berbisik pada telinga kecil Jihoon. " Appa sakit tengok anak appa macam ni.. "

" cepatlah sembuh Jihoon "

" Appa tak dapat pergi dengan tenang kalau Jihoon tak sembuh sepenuhnya "

Tangan kecil Jihoon dicium buat beberapa kali. Kalau lah dia tidak dihukum sebegini. Pasti dia sudah hidup gembira dengan Jihoon. Cecair jernih dimatanya semakin deras mengalir. " tapi appa tak kesah dihukum macam ni "

" sebab... "

" ianya setimpal dengan apa yang appa dah buat selama ini "

" kalau tak disebabkan appa.. Jihoon tak jadi macam ni "

Mukanya ditekup pada bahu Jihoon yang masih memejamkan matanya. Entah kenapa dia berasa tenang bila dia bercakap dengan Jihoon. Terasa semua masalahnya hilang seketika.  Mata Jihoon terbuka secara perlahan lahan. Mulutnya cuba dibuka untuk bercakap.  " m.. Maksudnya.. "

Suara kecil Jihoon menerpa di telinga Mingyu. Lantas kepalanya dinaikkan. " maksudnya ajushi ni...  "

" appa Jihoon? "

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now