" Wonwoo kenal Aerri noona ke? "Bisik hati Jungkook yang berada tidak jauh dari mereka berdua. Berkerut dahi Jungkook melihat perlakuan Wonwoo. Adakah mereka sudah saling mengenali? Mengapa mereka begitu rapat?
Mulalah pelbagai persoalan yang bermain dimindannya.
" Peserta terakhir adalah ... "
Aerri memejamkan matanya. Semakin erat tangan Wonwoo dipegangnya.
" Yeon Aerri.. "
Mata Aerri dibuka secara mengejut. Adakah dia tersalah dengar ataupun ia sememangnya realiti? Mulutnya ditekup menggunakan tangannya. Air matanya jatuh ke pipi. Bukan kerana sedih. Tetapi hatinya terlampau gembira.
Wajah Wonwoo dipandang lalu lantas dia memeluk tubuh Wonwoo buat kali keduanya. Wonwoo terpaku. Dia melihat Aerri sedang menangis di dakapannya. Terukir senyuman tipis dibibir Wonwoo. Perlahan-lahan tangan Wonwoo diangkat dan membalas semula pelukkan Aerri.
Seluruh peserta serta juri yang berada di dalam dewan tersebut menepukkan tangan bagi peserta yang layak menjadi trainee baharu.
" Tahniah kepada semua peserta yang terpilih.. kami harap anda akan membuat yang terbaik untuk syarikat ini. Dan kepada yang tidak berjaya. Jangan putus asa. Kamu semua berbakat. Mungkin bakat kamu bukan disini. Teruskan usaha anda kamsahamnida.. "
Satu tepukan gemuruh bergema di dalam dewan tersebut. Rata-rata peserta di situ menangis. Ada yang menangis kerana sedih, dan ada juga yang menangis kerana gembira. Mereka semua saling berpelukan antara satu sama lain.
Jungkook menghela nafas berat. Hatinya berasa gembira kerana Aerri telah terpilih dalam ujibakat ini, tetapi pada masa yang sama dia cemburu. Cemburu? Cemburu kerana Aerri memeluk Wonwoo.
Rambutnya dikuak kebelakang. Lantas dia berjalan menuju ke arah Wonwoo. " ehem.. " Jungkook berdehem agak kuat. Aerri membuka matanya. Wajahnya dialihkan pada Wonwoo. " ah.. mianhae.. " Cepat-cepat Aerri meleraikan pelukkanya.
Jungkook tersenyum paksa. " chukahae noona! " kali ini Jungkook mendepakan tangannya lalu memeluk tubuh Aerri. Aerri terkesima. " G..gomawo.. " jawab Aerri sambil membalas pelukkan Jungkook. Wonwoo hanya melihat dengan pandangan yang kosong.
Wonwoo merengus kecil. Bukan dia tidak tahu Jungkook cemburu melihatnya. Dia cukup masak dengan perangai Jungkook. Wonwoo berpaling kearah lain.
"drttt drrttt drttt "
Telifon Wonwoo mula bergetar didalam poket seluarnya. Tangannya dimasukkan untuk mengeluarkan telifonnya. " Appa? " Berkerut dahi Wonwoo apabila melihat appanya yang sedang menelifon. Wonwoo menarik nafas dalam.
" tit "
" hello.. appa"
" Wonwoo.. aku nak kau balik rumah sekarang juga.. ada perkara penting yang nak dibincangkan.. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Made From Heaven
Storie d'amore" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt