" jumpa kejap lagi baby.. "Kata Mingyu sambil tersenyum manis pada Eunice. Eunice mengangguk kepalanya. Mingyu membuka pintu kereta lalu keluar masuk ke dalam kedai semula untuk menyambung kerjanya.
Eunice menguak rambutnya kebelakang. Telifon di dalam handbagnya dibawa keluar. Dia membuka gallery serta melihat gambar - gambar lamanya dengan seseorang. Dia tersenyum tipis. " Saya rindu awak yang dulu Kai.. " Kata Eunice sendirian.
Dia tekun melihat gambarnya yang sedang berpelukan erat bersama Kai. Adakalanya hatinya sebak. Rindu ingin seperti dulu. Tapi masa tidak boleh diulang lagi. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Dan orang yang disayangi juga pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.
Eunice menutup gallery . Dia membuka aplikasi Line nya. Dia melihat semua chat yang pernah diberi kepada Jeon Wonwoo. Satu pun tidak pernah dibalasnya kecuali perkara penting sahaja.
Dia faham apa yang dirasakan oleh Wonwoo. Dia terpaksa bercinta dengan orang yang langsung dia tidak cintai atas paksaan appa nya sendiri. Kalau dia, dia juga tidak mahu. Tetapi semuanya berlaku disebabkan harta. Ya, harta yang lebih penting segala-galanya baginya sekarang.
Eunice menaip sesuatu untuk dihantarkan kepada Wonwoo.
" Good night Jeon Wonwoo. Rest well. Kalau ada masa kita jumpa? I love you "
Eunice mengeluh, semua yang ditaipnya tipu semata-mata. " demi duit, aku sanggup "
Send.
✨
" Arghhh penatnyaa " Jimin mengangkat tangannya keudara. Matanya memandang kearah Mingyu yang sedang tergesa-gesa. " Kau dah nak balik ke? " tanya Jimin. Mingyu menyarung jaket hitamnya sambil mengangguk. " esok aku shift pagi kan? " tanya Mingyu kembali.
" yup, jangan lupa datang " Jawab Jimin. Lagi sekali Mingyu mengangguk lalu berlalu keluar menuju ke arah kereta milik Eunice. " lama tunggu? " soal Mingyu sebaik sahaja pintu kereta ditutup. " takde la lama sangat " jawab Eunice sambil menekan minyak keretanya menuju ke apartment miliknya.
Setelah 10 minit, kereta Eunice dipakir menunjukkan mereka sudah pun sampai. " rumah siapa ni? " soal Mingyu. " rumah aku " Eunice menaikkan handbrake kereta kebelakang.
" aku duduk mana? "
" duduk serumah dengan aku lah "
" sekatil? "
" kalau kau nak "
Jawab Eunice lalu keluar dari perut keretanya. Mingyu tersenyum sinis, not bad Eunice ni. Boleh jadi mangsa. Mingyu mengekori Eunice dari belakang. Sebaik sahaja Eunice membuka pintu apartmentnya, terus mereka berdua masuk.
Mingyu terpegun melihat rumah Eunice yang begitu mewah dan besar, sudah lama dia tidak dapat merasakan suasana sebegini selepas dia dipenjarakan. " Minum? " tanya Eunice membuatkan Mingyu sedar dari lamunannya.
" Apa-apa je "
" Wine? "
Mingyu mengangguk perlahan. " kau duduk dulu, aku ada perkara nak bincangkan " arah Eunice sebelum ke dapur. Mingyu akur, dia berjalan ke arah meja makan berdekatan. Eunice keluar membawa sebotol wine dan dua buah gelas bersamanya. Wine itu dituang sebelum dia duduk berhadapan dengan Mingyu.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Любовные романы" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt