" kenapa kau buat aku macam ni Aerri.. "Wonwoo meramas rambutnya dengan kuat. Puan Jeon tersedar dari tidurnya. Matanya terus berpaling kearah Wonwoo. Wajahnya terkejut serta risau anaknya Wonwoo berpelakuan seperti itu.
" Wonu..? " panggil Puan Jeon dengan lembut. Wonwoo mengesat air matanya dengan laju. Mukanya dinaikkan sedikit tetapi bukan sepenuhnya. Dia tidak mahu eommanya perasan bahawa dia sedang nangis. " nae eomma? " jawab Wonwoo dengan suarannya yang bergetar.
" kamu nangis ke Wonu? " soal Puan Jeon dengan penuh risau. Wonwoo menggeleng perlahan. Dia bangun lalu berjalan mendekati eommanya. " Wonwoo dah buat keputusan.. " kata Wonwoo membuatkan Puan Jeon terpinga-pinga.
Wonwoo menghembuskan nafas beratnya. Semua ini kerana terpaksa. Dia kecewa. " Wonwoo buat dah buat keputusan untuk kahwin dengan Eunice untuk eomma.. " kata Wonwoo perlahan. Puan Jeon mengerutkan keningnya. Wajah anaknya dipegang lembut.
" kamu buat ni semata-mata untuk eomma? Bukan ke Wonu kata Wonu dah ada orang lain? Kenapa tak kahwin dengan dia? " bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puan Jeon. Wonwoo merengus lembut. " biarkan je lah dia.. Tapi Wonwoo dah setuju untuk kahwin dengan Eunice.. Lepasni eomma akan sembuh seperti biasa.. "
Puan Jeon tersenyum. Dia kenal dengan perangai anaknya. Dari riak wajah Wonwoo dia dapat meneka apa yang dirasakan oleh Wonwoo. " kamu terpaksa kan? Kamu terpaksa buat semua benda ni kan? " soal Puan Jeon lagi dan Wonwoo hanya mampu diam.
" Wonu.. Eomma dah tua wonu.. Entah bila bila je ajal eomma akan datang.. Kalau pembedahan eomma tu dijalankan juga tak semestinya eomma akan terus hidup bersama Wonu.. Tak semestinya pembedahan itu akan berjaya.. " lengan Wonwoo diusap lembut.
" tapi sebelum eomma pergi.. Eomma nak Wonu bahagia dengan pilihan hati Wonu.. Wonu dah cukup menderita daripada dulu.. Wonu tak nak ke bahagia? Kalau anak eomma ni bahagia.. Eommalah insan yang pertama yang akan bahagia buat Wonu bila eomma tak ada nanti.. " sambung Puan Jeon lagi. Wonwoo memejamkan matanya untuk menahan tangisannya.
Wonwoo berjalan kearah pintu keluar. " Wonu keluar sekejap.. Nanti Wonu datang lagi.." Kata Wonwoo lalu membuka pintu tersebut. " Wonu.. " panggil Puan Jeon lembut. Wonwoo mengalihkan pandangannya semula.
" Kamu tahu kan semua manusia dalam dunia ni tak ada yang sempurna? Semua manusia buat kesilapan Wonu.. Tapi kita tak tahu disebalik kesilapan itulah terletaknya hikmah untuk Wonu dan dia bahagia.. Eomma tak nak Wonu menyesal.. "
" jangan buat keputusan terburu-buru Wonu.."
Wonwoo meneguk air liurnya. Kata kata Puan Jeon langsung tidak dibalas lalu dia langsung keluar dari wad eommanya.
✨
Wonwoo melangkah masuk ke dalam pejabat appanya. Pintu pejabatnya dibuka tanpa memberi sebarang permintaan. Tuan Jeon berdiri sebaik sahaja nampak Wonwoo berdiri dihadapannya. Perempuan di atas riba Tuan Jeon juga bangun kerana terkejut akan kehadiran Wonwoo.
" You pergi dulu.. Nanti I panggil balik " kata Tuan Jeon kepada perempuan itu. Perempuan itu tersenyum lalu mencium pipi Tuan Jeon sebelum keluar daripada bilik itu. " kau nak apa lagi? " soal Tuan Jeon kasar.
Wonwoo terdiam pada mulanya. Fail-fail diatas meja Tuan Jeon dipandang sekilas. " Aku setuju untuk kahwin dengan Eunice.. " jawab Wonwoo sekian lama dia berdiam. Tuan Jeon tertawa sinis. Hatinya bersorak kemenangan. " baru kau tahu betapa susahnya hidup tanpa duit aku? Em? " perli Tuan Jeon.
Wonwoo mengeluh perlahan. Cuba menepis rasa perit yang terbuku di dalam hatinya. " tapi dengan satu syarat.. " kata Wonwoo itu membuatkan Tuan Jeon melihat Wonwoo dengan geram. " apa kau nak? Duit? Cakap cepat.. Aku boleh bagi segalanya yang kau nak "
" Aku nak pembedahan tu dijalankan sebelum aku kahwin dengan Eunice. " jawab Wonwoo lalu Tuan Jeon tertawa. " senangnya permintaan kau.. Tapi baiklah.. Aku akan call P.A aku untuk urusan eomma kau dan majlis perkahwinan kau yang akan berlangsung minggu depan "
Wonwoo mengetap bibirnya. Penumbuknya digenggam kuat. Dia langsung tidak tahu apakah yang perlu dia lakukan. Adakah perilakuan dia ini salah? Ataupun betul? " apa kau tunggu lagi? Keluar lah dari pejabat aku " halau Tuan Jeon. Wonwoo berdiri lalu mengatur langkahnya lemah keluar daripada pejabat tersebut.
Tuan Jeon menggapai telefonnya lalu didailkan kepada nombor seseorang. " Hello Eunice.. Papa ada berita gembira.. "
✨
Mingyu membuka pintu apartment-nya bersama Eunice tinggal. Hatinya sungguh tenang apabila dia dapat berjumpa Jihoon. Terasa masalah yang dihadapinya selama ini hilang buat seketika. Tiba-tiba dia ternampak Eunice yang baru keluar dari biliknya.
Eunice tersenyum pada Mingyu lalu tangannya ditempatkan pada leher Mingyu. " pergi mana sayang? " soal Eunice dan Mingyu hanya terdiam. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. Eunice pula baring di peha Mingyu lalu mengusap pipi Mingyu lembut.
Baju Mingyu ditarik agar muka mereka rapat. " aku dah selesaikan semuanya.. Esok Aerri akan jadi milik kau balik.. Aku nak kau buat lah apa yang kau nak buat dekat dia sebelum aku bunuh dia " bisik Eunice. Mata Mingyu mula membesar.
" Apa yang kau dah buat Eunice? "
" aku send video tu terus kepada Wonwoo.. Bijak kan? Kalau nak tunggu kau buat.. Mungkin perkara ni tak akan selesai lagi.. Silap-silap sampai bila-bila aku tak akan kahwin dengan Wonwoo " jawab Eunice. Mingyu bangun dari duduknya secara mengejut. " Kau nak bunuh Aerri? "
Eunice tersenyum penuh makna. " bukan ini ke motif kau? Dan semuanya akan tercapai tak lama lagi.. Aku akan miliki Wonwoo dan kau akan dapat balik Aerri.. Dan dendam kau selama ini akan berbalas "
" lepastu.. Aku cuba rampas semua harta milik appa Wonwoo.. Bila Wonwoo dah gilakan aku.. Aku akan tinggalkan dia.. "
" dan.. Kita akan hidup bahagia.. Inikan sebenarnya yang kita mahukan Mingyu? " Eunice merapatkan wajahnya pada wajah Mingyu sehingga hidung mereka bersentuhan. Mingyu rasa serba salah apa yang Eunice cuba lakukan.
Entah kenapa dia berasa begitu. Walaupun peluangnya sudah pun berada dihadapan mata. " Mingyu.. Kenapa diam je ni? " Soal Eunice sambil mengusap bibir Mingyu. Lalu Eunice melekapkan bibirnya pada bibir Mingyu.
Mingyu langsung tidak membalas ciumannya malah tubuh Eunice ditolak lembut membuatkan Eunice terpinga-pinga. " What's wrong? "
Mingyu menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum mukanya dialihkan untuk memandang Eunice.
" aku tak tahu yang aku boleh buat semua ini ataupun tidak.. "
Tbc
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt