" Aerri, aku cuma nak minta maaf pasal semalam. Aku tak ada niat nak buat kau kecil hati. Dan kau langsung tak bersalah. Aku yang salah. Jadi, aku harap kau dapat maafkan aku. Selamat datang ke sini. Dan chukahae sebab dipilih menjadi trainee di sini.-J.WW "
Surat kuning itu dilipat semula. Pintu dorm berhadapan dengannya dipandang seketika. Dia tersenyum tipis. " gomawoyo.. " Ucap Aerri sendirian. Beg baju yang diletakkan dilantai tadi diambil semula. Langkahnya diatur masuk kedalam.
Aerri terpena melihat dorm itu. Cantik walaupun cat putih bilik itu sudahpun lusuh. Lampu yang berwarna kuning serta berpenghawa dingin. Aerri menuju kesalah satu katil memandangkan hanya ada dua katil sahaja disitu.
Dia memilih katil yang berdekatan dengan tingkap. Senang dia mahu pandang keluar. Begnya diletak atas lantai. Dia mula menyarung sampul serta cadar katil. Baju-bajunya disusun di dalam almari yang disediakan. Barang berharganya diletakkan di dalam laci meja kecilnya.
Setelah siap berkemas akhirnya dia duduk diatas birai katil. Peluh yang merinik didahi dilap menggunakan lengan bajunya. Matanya dialihkan pada beg tangannya. Frame gambar yang sederhana saiznya dikeluarkan.
Gambar itu ditatap lama, makin lama dipandangnya makin sebak hatinya. Jikalau dahulu dia selalu memeluk anaknya walaupun sekali sehari, tapi kini tidak. " hai.. " Sapa seseorang yang tiba-tiba sahaja menyentuh bahu Aerri. Aerri terkejut lantas mengalihkan pandangannya kebelakang.
" Awak Aerri kan? " Tanya gadis itu. Aerri mengerutkan dahinya sedikit. " Hyejin? " Duga Aerri. " saya ingat awak tak ingat tadi.. " Hyejin tersenyum lantas dia memeluk tubuh Aerri. " Saya ingatlah.. " Jawab Aerri membalas pelukannya. " Congrats.. "
" you too Hyejin.. "
Hyejin meleraikan pelukkannya. " mulai harini saya roommate awak.. " Hyejin tersenyum. " Baguslah.. dari semalam saya terfikir siapalah roommate saya... nampaknya awak.. jadi saya tak payah risau.. sebab dah kenal kan? " jawab Aerri. " betul tu.. Aerri-ah.. lepas saya kemas baju ni.. boleh teman saya pergi makan tak? laparlah.. " Hyejin menjuih mulutnya.
Perutnya yang kempis digosok-gosok tanda lapar. " Kita tak ada kelas ke harini? " Tanya Aerri. Hyejin menggeleng. " mana ada.. harini kita rehat.. esok pula songsaenim kata nak kenalkan kita ke seluruh tempat ni.. so, lusa baru kita ada kelas.. " terang Hyejin dengan panjang lebar. Aerri mengangguk.
" tunggu kejap tau.. saya nak kemas barang saya.. "
" nae.. "
" btw, siapa budak dalam gambar tu? comelnyaaa "
" errr .. dia.. err dia anak.. anak saudara saya.. "
" Suka tak duduk dekat sini? " Tanya Yongguk kepada Jihoon. Tangannya sibuk mengacau bubur yang dimasak diatas dapur. Jihoon mengangguk. " suka.. papa baik.. macam eomma.. eomma suka masak bubur untuk Jihoon macam papa.. " Jawab Jihoon sambil tersengih melihat Yongguk.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt