Part 59

36 2 1
                                    

"Jihoon rindu appa, Jihoon harap Jihoon dapat kenal appa satu hari nanti"

"appa Jihoon sakit"

"Appa! Birthday Jihoon hari ini! Harap appa pun dapat datang sebab Jihoon rindu sangat dekat appa"

Semakin lama dia membaca buku nota tersebut, semakin sebak dan laju air matanya mengalir ke pipi. Buku nota itu diletakkan di dadanya. Dia menyesal. Sangat-sangat menyesal.

"Maafkan appa Jihoon, ini lah kali pertama dan terakhir appa boleh buat untuk kebaikan Jihoon sebelum appa pergi buat selamanya"


Matanya ditutup perlahan-lahan sambil memeluk buku nota yang diberikan oleh Jihoon kepadanya tadi. Doktor datang kepada Mingyu untuk menjalankan operasi mengabil darah Mingyu untuk didermakan kepada Jihoon. Sepanjang proses itu berlaku, Mingyu hanya berdiam diri dan memejamkan air matanya. Fikirannya pusing memikirkan keadaan Jihoon dan dirinya yang semakin lama semakin dekat dengan waktu pemberian hukuman kepadanya.

Dia mahu menjaga Jihoon dan Aerri sekarang ini, tapi malangnya masa silamnya telah menghantui hidupnya sehingga dia diberikan hukuman seberat ini. "Lagipun Aerri dah jumpa Wonwoo." Bisik hati Mingyu.


___________________________________________


Wonwoo duduk dihadapan pintu di mana Mingyu dimasukkan tadi. Fikirannya bercelaru dengan keadaan Aerri, Jihoon dan appa...

Dia mula bersandar ke kerusi dan mendongak kepalanya memandang ke atas. "Apa yang patut aku buat?" bisik dirinya sendiri.


"Bahagiakan Aerri dan Jihoon?"


Dia mula tersenyum nipis. Entah kenapa hatinya terasa gembira seketika. Dia sedar hidupnya selama ini mengajar dirinya untuk menerima orang yang tersayang pergi meninggalkan hidupnya. Tapi kali ini Tuhan telah menghadirkan seorang insan yang istimewa. Aerri.  Di dalam rasa kesedihan dan sulit dia tetap bahagia bersama Aerri. Sekali lagi dia tersenyum. 

Tiba-tiba pintu bilik rawatan itu dibuka dengan perlahan oleh Mingyu. Wonwoo memandang kearah Mingyu yang lemah. Entah dia lemah sebab mendermakan darah ataupun dia lemah disebabkan Jihoon? Mata Wonwoo pula menatap buku yang dipegang oleh Mingyu.

Mingyu bergerak kearah Wonwoo. "kau ada pen?" Soal Mingyu.

Wonwoo mengambil pen yang berada di jaketnya kemudian diberikan kepada Mingyu. Lantas MIngyu mengambil pen itu kemudian buku nota itu dibelek semula. Mingyu mula menulis nota yang panjang dan dilihat oleh Wonwoo daripada ekor matanya. "Bagi Jihoon nanti" Mingyu menghulurkan buku dan pen kepada Wonwoo.

"Kenapa kau tak bagi je dia sendiri? dia mesti gembira kalau dapat tahu kau appa kandung dia" Jawab Wonwoo yang masih teragak-agak untuk mengambil buku itu. "Aku dengan ajal dah nak dekat, aku taknak dia sedih. Kau faham kan?" Jawab Mingyu semula. Wonwoo terdiam. 

"urusan aku dekat sini dah selesai dan aku tak kan jumpa mereka semula sebab..."


Mingyu menundukkan wajahnya ke lantai air matanya deras mengalir lalu menitis ke atas lantai. Dadanya dipegang dan diketuk-ketuk."Sebab sakit nak jumpa mereka semua. Semuanya aku sayang tapi aku tak boleh miliki mereka, tak boleh jaga mereka aku tak guna."

Wonwoo mendengar kata-kata Mingyu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, hatinya juga sebak. " Jadi aku nak kau lah orang yang terakhir aku jumpa sebelum aku pergi selama-lamanya. Jaga semua orang yang aku sayang macam keluarga kau sendiri. " Pesan Mingyu. Wonwoo hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. "jangan risau aku akan jaga mereka dengan sepenuh hati aku selagi aku hidup atas muka bumi ni"

Love Made From HeavenWhere stories live. Discover now