( kalau nak feeling sila la dengar lagu ni ~ )" berani kau tunjuk muka kau dekat sini Mingyu "
Mingyu tertawa sinis. Pistol yang dipegang Yongguk ditepis ketepi. " buat apa aku nak takut? Berani kau nak bunuh aku dalan hospital ni? " kata Mingyu. Yongguk merengus kasar lalu mengangkat kembali pistol itu kearah muka Mingyu.
" pergi kau dari sini sebelum ak- " kata-kata Yongguk terhenti apabila melihat Mingyu tertawa. Mukanya mula dikerutkan. Apakah sebenarnya rancangan Mingyu selepas ini? Mingyu mengeluarkan buku diari milik Jihoon daripada jaketnya lalu ditunjukan dihadapan muka Yongguk.
" jadi kau lah yang ambil diari Jihoon??! " soal Yongguk dengan kasar. Mingyu menganggukan kepalanya. " ye memang aku yang ambil.. Salah ke aku nak baca buku diari anak aku sendiri? " soal Mingyu kembali membuatkan Yongguk terkesima.
" aku tak nak buat kecoh dekat sini.. Aku cuma nak tengok keadaan anak aku.. " kata Mingyu lagi. Matanya dialihkan pada Jihoon yang terbaring lemah di atas katil. Nafasnya dihembuskan dengan perlahan. " baru sekarang kau nak cari anak kau? Bodoh " jawab Yongguk.
" kalau ikutkan hati aku.. Memang aku nak bunuh Jihoon.. Tapi bila aku fikir balik dia anak aku.. " kata kata Mingyu terhenti sebaik sahaja matanya mula berair. Yongguk menyimpan semula pistolnya kedalam jaketnya. Jaraknya diantara Mingyu dijauhkan.
" sekejam mana pun aku Yongguk.. Aku kalah dengan budak yang bernama Kim Jihoon.. Bila aku baca diari dia.. Segala niat jahat aku terhadap dia semua hilang.. "
" dan kau nak tahu? Aku paling terkejut bila aku tahu Jihoon sebenarnya adalah anak aku.. "
" hahaha.. Dia jauh beza dengan aku.. Tapi tu bukan bermakna aku akan berhenti cari Aerri.. " wajah Yongguk dipandang sekilas. " Aku sayang anak aku Kim Jihoon.. Dan aku nak kau tahu.. " sambung Mingyu lagi lalu ditundukan mukanya.
Yongguk terdiam seribu bahasa. Wajahnya juga ditundukan kebawah. Dia juga tidak menyangka bahawa Mingyu akan berubah seperti ini. " Min..mingyu ajusshi? " kedengaran sayu-sayu suara Jihoon disebalik alat pernafasan di mulutnya.
Lantas muka Mingyu diangkat semula untuk memandang Jihoon. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Jihoon sudah pun sedar. " Ajusshi.. Jihoon rindu ajusshi.. " kata Jihoon lagi. Mingyu mengatur langkahnya kepada Jihoon.
Yongguk yang memerhatikan pergerakan Mingyu itu hanya terdiam. Langkahnya mula diaturkan keluar dari bilik itu meninggalkan mereka berdua bersendirian. " Aku pun rindu kau.. Sebab tu aku datang sini.. " jawab Mingyu lalu dibuka secara perlahan alat pernafasan di mulut Jihoon.
Jihoon tersenyum lemah. Tangannya cuba diangkat tetapi pergerakannya dihalang oleh Mingyu. " jangan banyak gerak.. Kau tu sakit.. " kata Mingyu. Jihoon mencebik. " Jihoon sedihlah ajusshi.. "
Tangan Mingyu mula diletakkan pada ubun-ubun Jihoon lalu digosok dengan perlahan. " kenapa kau sedih? " soal Mingyu. " eomma tak pernah lawat Jihoon lagi lepas dia balik dekat sana.. Lepastu kan ajusshi, diari Jihoon hilang.. Dalam tu ada gambar eomma dengan appa.. Bila Jihoon rindu eomma dengan appa, mesti Jihoon tengok gambar tu.. Tapi sekarang diari tu dah hilang.. Macam mana Jihoon nak hilangkan rasa rindu ni ajusshi? "
Hampir sahaja Mingyu mengalirkan air matanya mendengar kata-kata Jihoon tadi. Tangan kecil Jihoon digosok perlahan. " nanti aku carikan diari kau nae? Jangan sedih.. Nanti kau sakit.. " jawab Mingyu. Jihoon tersenyum. " ajusshi ni baiklah.. Walaupun bahasa ajusshi ni kasar tapi Jihoon rasa selesa dengan ajusshi.. "
" ajusshi nak tahu tak apa Jihoon mimpi semalam? "
Mingyu mengerutkan keningnya. Hatinya mula tertanya-tanya apakah yang mahu diceritakan oleh Jihoon. " apa kau mimpi? "
" Jihoon mimpi eomma dengan appa.. Dan appa Jihoon tu sama muka macam ajusshi.. Dalam mimpi tu Jihoon, eomma dengan appa gembira sangat.. Lepastu Jihoon tersedar, Jihoon terus ternampak ajusshi dekat sini " kata Jihoon bersungguh-sungguh. Mingyu terkejut mendengar cerita yang diceritakan oleh Jihoon tadi.
Kalau Jihoon tahu bahawa aku ni appa kandung dia? Boleh ke dia terima aku? Sedangkan aku cuba bunuh eomma dia? Mingyu mengeluh panjang. " kalau muka dia sama macam aku.. Kau anggaplah aku ni sebagai appa kau nae? "
Jihoon tersenyum penuh girang. Gembira dia mendengar Mingyu berkata begitu. " Ajusshi nak jadi appa Jihoon? " soal Jihoon lagi lalu kepala Mingyu diangguk. Setitis demi setitis air mata Jihoon keluar dari tubir matanya. " Jihoon.. Kenapa kau nangis? "
" Jihoon gembira sebab ajusshi jadi appa Jihoon.. Sebab Jihoon tak pernah jumpa appa Jihoon yang sebenar.. Ajusshi.. Boleh tak Jihoon panggil ajusshi appa? " soal Jihoon lagi. " boleh Jihoon.." Jawab Mingyu sebak. Pada hari itu Mingyu melihat senyuman penuh makna daripada Jihoon.
Dia tidak pernah membahagiakan orang lain seperti mana dia buat kepada Jihoon. Hatinya terasa begitu tenang kerana dapat melihat Jihoon tersenyum. " Appa.. Jangan tinggalkan Jihoon nae? Nanti eomma balik kita boleh la hidup bahagia macam mimpi Jihoon tu.. "
Mingyu menekan perit air liurnya. Senyumannya mula diukir secara paksa. " appa tak boleh sebab appa ada kerja.. Lepas kerja semua tu selesai, baru kita boleh hidup bahagia.. Appa janji " kata Mingyu yang cuba memujuk Jihoon.
Senyuman Jihoon mula pudar sedikit demi sedikit. Kepalanya diangguk faham. Mingyu baring mengiring kearah Jihoon. " Minggu depan birthday Jihoon kan? Jihoon nak hadiah apa? " soal Mingyu. Jihoon tersenyum girang.
" Jihoon nak appa dengan eomma kahwin.. Lepastu boleh lah Jihoon hidup bahagia dengan appa dan eomma.. Boleh kan? "
Mata Mingyu membesar sedikit. Mampukah dia menunaikan janji anaknya itu? Dia mengeluh pendek. Dahi Jihoon dicium lembut. " appa cuba.. "
✨
Eunice menyerabutkan rambutnya lalu merebahkan dirinya keatas sofa. " Mingyu ni memang tak guna! Buat kerja senang pun tak boleh! " jeritnya sekuat hatinya. Gelas yang diisi wine itu ditogok laju. Telefon pintarnya dipandang lama.
Dia mula tersenyum seperti dapat memikirkan sesuatu idea yang bernas. Video yang diberikan oleh Mingyu itu dibuka. " kalau aku send video ni dengan Wonu.. "
" POOF! dalam sekelip mata sahaja hubungan dia dengan Aerri akan musnah.. Ahahahahaha " Eunice mencari nombor telefon Wonwoo lalu dihantar video itu kepada Wonwoo.
" Send! Ahahahahaha puas hati aku! "
✨
Wonwoo pandang kewajah eommanya yang masih lagi terlantar sakit dihospital. Entah kenapa dia berasa begitu tertekan dengan semua masalah yang dihadapinya. Fikirannya mula memikirkan kejadiannya bersama Aerri semalam.
Risau dihatinya masih belum lagi tenang selagi Aerri belum mengatakan apa-apa kata persetujuan. Cincin yang dipakainya dilihat lalu disenyum. " mungkin apa yang aku buat ni betul.. " gumam hatinya.
Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan mesej masuk. Lantas dia membuka mesej itu. " Eunice.. " keningnya mula dikerutkan apabila Eunice menghantar sebuah video kepadanya. Butang play itu ditekan lalu video itu mula dimainkan.
" Aerri.. " Wonwoo terkejut melihat Aerri di dalam video tersebut bersama-sama dengan seorang lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini. Butang berhenti ditekan serta merta. Tidak sanggup dia melihatnya lagi. Telefonnya dicampakan kebawah lantai.
Mukanya ditekup. Laju air matanya mengalir ke pipi. Dalam sekelip mata sahaja semua masalah yang amat berat timbul. Wonwoo menangis tanpa bersuara.
" kenapa kau buat aku macam ni Aerri.. "
Tbc.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt