" walaupun Mingyu ajusshi pernah marah Jihoon haritu.. "
Mingyu terdiam seketika. Wajah Jihoon ditatap lama olehnya. Tidak sangka masih ada orang menganggapnya baik selepas apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Mungkin hati budak kecil ini lebih bersih dan lebih memahaminya.Mingyu mengalihkan pandangannya. " nak main tak? " tanya Mingyu dengan lembut. Lantas Jihoon mengangguk laju kepalanya tanda setuju. " nak main apa dul- " belum sempat Mingyu menghabiskan kata-katanya tangannya ditarik lembut oleh Jihoon.
" Jihoon nak main buai.. Ajusshi tolong tolak boleh? " pinta Jihoon. Entah kenapa Mingyu terasa seperti mahu senyum sahaja bila mendengar kata-kata Jihoon. Mungkin sudah lama tiada orang yang berkata lembut dengannya seperti ini.
" naiklah aku tolak.. "
" ajusshi tak nak main sekali? Best tau! Tak nak cuba? " Lagi sekali Jihoon Jihoon mempelawa Mingyu untuk bermain bersama. Mingyu merengus perlahan. " ok.. Tapi kali ni je "
" nae! Kajja! "
✨
" kamu bertiga akan didenda kerana keluar tanpa kebenaran pihak atasan.. Kamu tahu tak keluar tanpa kebenaran telah melanggar peraturan di sini? Kamu bertiga nak saya buang kamu bertiga dari trainee disini ke? "
Marah pengurus syarikat itu. Atau dikenali sebagai Tuan Lim. Mereka bertiga tertunduk memandang ke arah lantai. Wonwoo, Aerri serta Jungkook hanya mendiamkan diri. " Ke memang nak saya buang kamu bertiga dari syarikat ni? " tanya Tuan Lim dengan nada suara yang tegas.
Lantas Aerri mengangkat mukanya. Kepalanya digeleng laju. " maafkan saya Tuan, saya hari tu memang terdesak sangat.. Eomma saya sakit.. Saya kena lawat dia, Wonwoo dan Jungkook temankan saya.. " jawab Aerri. Tuan Lim mengerutkan dahinya.
" sampai dua orang? " soal Tuan Lim. Wonwoo dan Jungkook berpandangan sesama sendiri. Suasana menjadi hening seketika. " mi..mianhae tuan.. " Kata Aerri terketar ketar.
" Aerri.. Saya terpaksa buang awak dari syarikat ini.. Kerana awak telah melanggar peraturan.. "
Aerri membesarkan matanya akibat terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Adakah benar apa yang didengarinya sebentar tadi? " Tak.. Tuan tak boleh buang dia.. " Bidas Wonwoo secara tiba-tiba. Jungkook hanya memerhatikan perbuatan Wonwoo.
Tuan Lim mengalihkan pandangannya ke arah Wonwoo. " kenapa saya tak boleh buang dia? " tanya Tuan Lim sambil menyilangkan tangannya ke dada. " sebab ini adalah sebahagian daripada impian dia.. " jawab Wonwoo.
" tu cuma alasa- "
" tak tuan.. Ini bukan alasan.. Impian bukanlah satu alasan.. Saya tahu dia simpan impian ni sejak dia kecil lagi.. Dan sekarang dia ada peluang.. Tapi kenapa tuan mesti buat dia macam ni? Dia terdesak. Sebab tu dia keluar tanpa kebenaran. Eomma dia sakit.. Dan dia dah hilang eomma dia.. Orang yang paling berharga dalam dunia ini. Dan harapan dia cuma ada untuk merialisasikan impian ni. Tuan fikir kalau tuan buang dia dari trainee di sini semua akan selesai? Tak, tuan akan rugi seorang pelatih yang banyak bakat terpendamnya. Saya harap tuan faham. Tuan tak ada ditempat dia sekarang. Tuan tak rasa macam mana rasanya kehilangan seseorang dan impian tuan ditolak macam tu je? Saya pun tak tahu keadaan saya kalau ada di tempat dia sekarang ini.. "
Tuan Lim terdiam seribu bahasa. Jungkook dan Aerri hanya berpaling kearah Wonwoo. Terkaku melihat Wonwoo berkata seperti itu. " Wonwoo.. " panggil Aerri dengan perlahan. Jungkook ligat mencari idea untuk memperkukuhkan alasan.
YOU ARE READING
Love Made From Heaven
Romance" kau minat muzik? " " minat.. " " sebab tu aku suka kau.. " " tapi saya dah ada anak.. Sanggup ke awak terima saya? " Cast : Mingu&Wonwoo | svt