Kwangsoo yang bising! ╰_╯

203 38 0
                                    

Jongup dan yang lain menaiki lif bersama. Daehyun dan youngjae dari tadi bergaduh kerana berebutkan nugget yang terakhir.

“ Kamu berdua boleh tak senyap dah macam suami isteri dah saya tengok” kwangsoo berang.

“ Kamu suruh youngjae jangan menuduh saya boleh tak?” daehyun menolak badan youngjae dengan kuat

Youngjae yang berang dengan tindakkan daehyun turut menolak daehyun sehingga menyebabkan siku daehyun tertekan butang lif.

Lif yang mereka naiki terhenti dan bergegar. Kwangsoo dan jongup yang dari tadi diam terjatuh kerana effect gegaran tersebut. Mereka memandang satu sama lain. Jongup mula bangun manakala kwangsoo masih lagi terbaring. Tiba tiba pintu lif terbuka. Kepulan asap bewarna putih muncul menghalang penglihatan mereka. Bau bauan lavender dan bunyi lagu klasik mulai menarik perhatian. Daehyun terlebih dahulu keluar daripada lif. Dia tersenyum .

Daehyun: seriously..sini la tempat aku pergi tadi!

Youngjae dan jongup yang mengikut dia dari belakang hanya senyap. Kwangsoo yang baru keluar menoleh ke belakang

Kwangsoo:  tingkat empat?!!

Kwangsoo menjerit macam orang terkena histeria

Daehyun: kya!! Kwangsoo! Kau gila ke menjerit? Macam mana kalau diorang marah?

Daehyun bengang.

Kwangsoo: apa maksud kamu diorang?

Kwangsoo berjalan ke arah daehyun.

Daehyun:  ye la orang duduk dekat tingkat empat ni la kau bodoh ke?

Daehyun mulai bercakap kasar

Kwangsoo: bodoh? Kamu tahu tak kamu cakap dengan siapa sekarang? Saya lagi tua dari kamu tau?

Kwangsoo membalas dengan menengking

Youngjae: kamu berdua boleh tak senyap?

Youngjae marah 

Jongup berjalan ke sekeliling. Ditingkat empat ni ada tangga kecemasan. Bilik dia pula kelihatan lebih besar dari bilik mereka. Dia lihat melalui design pintu yang lebih besar. Ada cermin besar yang  diletakkan didinding menarik perhatian jongup.

“ 1996?”

Jongup bercakap apabila dia nampak ukiran nombor dirangka cermin itu.

Bunyi jeritan dari arah belakang menyebabkan jongup tersentak.  Dia menoleh ke belakang. Kelihatan daehyun,youngjae dan kwangsoo melihat dia dengan wajah pucat.

Kwangsoo: Jangan pandang sebelah kanan!

Jongup secara automatik memandang ke arah kanannya.

Kwangsoo: tak lagi sebelah.

Jongup memandang ke arah kirinya 

Dia menjerit. Daehyun,Himchan dan kwangsoo turut menjerit. Lima lembaga yang mukanya pucat lesi dengan pakaian yang tidak terurus dan diwarnai darah mendekati jongup. Dia berlari ke arah mereka yang lain. Mereka menekan nekan  butang lif dengan harapan mereka dapat lari tetapi tidak.  Lif itu tidak bergerak langsung.

Kwangsoo:  ini semua salah kamu! Salah kamu!!

Kwangsoo memukul daehyun berkali kali dibahu. Walaupun pukulannya itu tidaklah menyakitkan.

Kwangsoo: haaa!! Saya terlalu kacak untuk dikacau hantu

Kwangsoo terduduk diatas lantai.

Mereka memandang kwangsoo dengan muka menyampah

Lembaga lembaga itu semakin menghampiri mereka berempat.

Jongup: pintu kecemasan ada dibelakang mereka.

Jongup memberitahu

Kwangsoo: maksud kamu? Kita kena melalui mereka? Saya lagi rela tunggu lif ni terbuka.

Kwangsoo memberitahu. Mukanya cemas.

Daehyun tanpa berkata apa apa segera lari melalui lembaga itu diikuti youngjae. Jongup yang ingin pergi dihalang kwangsoo.

Kwangsoo: kamu tak boleh pergi!!

Kwangsoo menarik narik tangan jongup. Jongup berjaya lepas dari kwangsoo dan berlari ingin melepasi lembaga itu.

Disebabkan seluarnya yang menggelebeh jongup terjatuh dekat dengan lembaga itu. Dia ditarik. Daehyun dan youngjae seperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Mereka berdua memberanikan diri menarik jongup bersama.

Kwangsoo: dah cakap jangan pergi kau degil.

Pintu lif terbuka. Kwangsoo cepat cepat masuk.

Youngjae: kwangsoo!! Tunggu kami!

Kata youngjae sambil cuba menarik jongup.

Kwangsoo: saya minta maaf.  Sayonara.

Kata kwangsoo sebelum menutup pintu lif

Youngjae: kwangsoo!!!!

Youngjae menjerit sekuat hati. Mereka bertiga memandang satu sama lain dan pengsan.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now