Aku macam bukan aku

124 13 3
                                    

Imbas kembali semasa kwangsoo dan joongki berada didalam bilik jinwoo.

Kwangsoo: Joongki akhir akhir ni aku rasa tak sedap badanlah weh.

Kwangsoo memegang kepalanya yang seakan akan mula berasa sakit itu

Joongki: Asal? Kau banyak fikir kot. Kadang kadang kita sakit bukan sebab demam ke apa tapi sebab fikir macam macam sangat.

Kwangsoo merasa suhu dahi dia menggunakan belakang tapak tangan pula.

Joongki: Kau fikir apa kwangsoo? Fikir bila nak kahwin ke

Joongki mula berseloroh. Dia duduk dibangku sambil menyandarkan sepenuh badannya. Matanya memejam rapat. Dia cuba menenangkan fikiran yang asyik berfikir bagaimana ingin berjumpa dengan abangnya,daeul.

Kwangsoo: taklah fikir kahwin buat apa

Kwangsoo mula memicit kepala dia yang perlahan rasa mencengkam semakin kuat. Urat urat bewarna biru diwajah kwangsoo mula kelihatan. Kwangsoo tidak perasan akan perubahan itu. Dia berdiri berdekatan dengan pintu dan badannya bersandar dengan dinding.

Cermin tingkap dipandangnya lama. Kwangsoo terasa seperti ada yang memerhatikannya pada waktu itu.

Kwangsoo: weh kau percaya tak kalau aku cakap kadang² macam ada benda lain yang masuk dalam badan aku. Dan waktu tu aku tak dapat kawal badan aku sendiri?

Kwangsoo mula menanyakan soalan yang agak pelik untuk joongki.

Joongki:Percaya. Selalu aku kena time demam panas. Aku meracau..cakap benda benda pelik. Aku macam bukan aku.

Joongki masih lagi memejam matanya sambil berbicara. Soalan kwangsoo tidak difikirkan lama. Dia terus menjawab tanpa sebarang masalah.

Kwangsoo: Aku sekarang jadi cepat marah,aku tak ingat beberapa perkara yang jadi..tahu tahu je aku dah ada dekat tempat lain. Tu normal ke?

Joongki tidak menjawab. Dia seperti malas untuk mendengar soalan kwangsoo yang baginya kwangsoo memang suka bercakap banyak. Tiada yang pelik mengenai dia.

Kwangsoo: Kau dengar tak aku cakap ni joongki!

Kwangsoo meninggikan suaranya ke arah joongki. Berasa tidak puas hati dengan tingkah laku joongki yang melayannya hendak tak nak.

Joongki: Kau kenapa! Tinggi tinggi kan suara dekat aku.

Joongki mula membuka mata.  Dia memandang ke arah kwangsoo dengan wajah yang marah. Perasaan relaksnya tadi terus hilang disebabkan jeritan kwangsoo

Kwangsoo: Aku cakap dengan kau tapi kau buat biasa je. Tak nak dengar pun.

Kwangsoo membuat suara sedih. Sedih kenapa joongki tak nak hiraukan dia padahal dia punya lah risau apa yang telah terjadi pada dirinya

Joongki: Aku peninglah dengan masalah aku. Kau janganlah tambahkan masalah aku lagi.

Joongki kedengaran selfish membalas.

Pandangan dialihkan ke arah meja. Joongki malas melayan kwangsoo. Baginya dia telah pun mempunyai banyak masalah. Malas betul untuk mengetahui masalah orang lain.

Kwangsoo: Janganlah macam ni joongki..aku tengah takut ni..aku rasa lain weh..aku tak main main.

Kwangsoo seakan memujuk joongki untuk mendengar ceritanya.

Joongki masih lagi tidak mengalihkan pandangannya kearah meja.

Kwangsoo: Kau ingat tak first time datang sini? Sejak aku cakap dengan kau aku rasa kena gigit something dalam lif sejak tu aku...

Kwangsoo mendiamkan diri. Dia tidak menghabiskan ayatnya. Badannya tiba tiba berasa sejuk membeku. Dia yang pada mulanya berdiri kini jatuh terduduk. Lututnya kedengaran kuat menghempas lantai.

Joongki memandang kwangsoo semula apabila mendengar bunyi jatuh.

Joongki: Weh kwangsoo kau kenapa?

Joongki pantas berdiri.

Lampu tiba tiba terpadam. Joongki yang pada mulanya ingin bergerak ke arah kwangsoo mematikan langkah. Suasana gelap menyukarkan dia untuk melihat kwangsoo dan berjalan.

Joongki: Kwangsoo kau okay ke?

Joongki cuba memanggil.

Tiada jawapan yang diberikan oleh kwangsoo dan suasana menjadi sunyi sepi ibarat hanya joongki seorang saja yang berada didalam bilik itu. Bunyi hujan yang turun diluar turut sama kedengaran dari dalam bilik.

Joongki: Weh kwangsoo jangan main main

Joongki mula bergerak sedikit ke arah tempat yang dia yakin kwangsoo jatuh terduduk disitu pada awal tadi.

Tangannya mula meraba dalam gelap. Mencari kehadiran kwangsoo yang tiba tiba saja menyepikan diri.

Agak aneh bagaimana kwangsoo boleh beralih tempat pada masa yang singkat.

Joongki: Kwangsoo kau dekat mana?

Joongki mula mendiamkan langkah. Dia tidak lagi bergerak seperti tadi.

Bunyi seseorang sedang berjalan ke arahnya mengejutkan joongki.

Joongki: weh kwangsoo! Kau ke tu

Joongki memanggil kwangsoo dengan nada yang tinggi. Entah kenapa perasaan seram mulai menyelubungi dirinya. Mungkin kerana keadaan gelap berada dalam bilik itu.

“ kau tahu mana rantai tu? ”

Suara yang agak pelik mulai kedengaran. Jarak joongki dan suara itu hanya beberapa inci saja. Boleh dikatakan pemilik suara itu berada didepannya.

Joongki: rantai apa?

Joongki tidak faham. Dia mula bertanya kembali.Ditambah lagi dengan perasaan seram didalam dirinya yang agak sukar dikawal menyebabkan suaranya kedengaran agak terketar ketar

“ Rantai kang minah ”

Suara itu kedengaran lagi.

Joongki: entah, aku tak tahu.

Pantas saja dia menjawab tanpa berfikir panjang.

“ Jadi kau dah tak berguna!”

Joongki tiba tiba terasa badannya terangkat. Lehernya dicengkam kuat. Dia cuba untuk melawan tapi tidak boleh.

Joongki: Lepaskan aku lah!!!

Joongki menjerit kuat. Pada masa yang sama badannya terasa dihempas sesuatu. Dia dihumban dari dalam bilik keluar melalui tingkap. Joongki mengerang kesakitan sambil memandang ke arah tingkap. Dia dapat melihat seperti ada seseorang yang cuba ingin keluar dari bilik dan ingin mendekatinya. Imej orang itu masih kabur. Mungkin kerana hujan ataupun darah yang mula mengalir dari kepalanya.

Joongki berada dalam ketakutan.
Dengan lariannya yang tidak sempurna kerana kesakitan joongki gagahkan diri juga untuk melarikan diri. Dia memandang ke arah belakang.

Dahan pokok mati didepannya menyebabkan joongki jatuh terguling kehadapan. Dia mengerang kesakitan sebelum pengsan.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now