Himchan,jongup dan yongguk masih lagi didalam bilik zelo bersama daehyun dan youngjae yg tidak sedarkan diri. Mereka semua berada dalam keadaan yang tidak bermaya dan ketakutan. Bunyi seseorang sedang menapak berjalan mendekati bilik mereka membuatkan mereka menumpukan perhatian lebih.
Bunyi seseorang sedang berhenti berjalan melegakan mereka sedikit sebanyak.At least bunyi itu tidaklah kedengaran sampai ke dalam bilik.
" Siapa?"
Himchan memberanikan diri untuk menyoal. Dia cuba untuk berdiri sebelum tangannya dipegang jongup.
" Jangan risau hyung ada dekat depan je"
Pegangan tangan dilepaskan. Setiap langkah himchan diperhatikan mereka berdua. Takut takut ada perkara buruk pula yang akan menimpa himchan. Sudahlah mereka semua senang terpisah.
Zelo kini hilang entah ke mana..
Himchan kini melangkah keluar dari bilik sebelum mereka berdua mendengar bunyi himchan menjerit kuat.
" Himchan!"
Yongguk bersuara dan mereka berdua terus berlari keluar mendapatkan himchan. Himchan terduduk diatas lantai bersama dengan kwangsoo. Kwangsoo turut sama berada diatas lantai sambil memegang cermin dengan erat.
" Kwangsoo kenapa kau takutkan aku!!"
Himchan memarahi kwangsoo yang tidak mengeluarkan bunyi pun semasa himchan sedang keluar dari bilik. Himchan cuba untuk mencari semangatnya balik.
"Aku..aku nak tunjuk something dekat korang"
Kwangsoo seperti ketakutan berdiri dan menunjukkan cermin yang dipegangnya dari tadi.Dia melihat keadaan sekitar dari tadi.Badannya juga kelihatan agak menggigil padahal cuaca tidaklah sesejuk mana.a
" Kawan korang ade dekat sini"
Ayat yang mampu saja menarik mereka bertiga mendengar apa yg ingin disampaikan kwangsoo.
"Kawan?"
Jongup bertanya pada kwangsoo. Seperti inginkan penjelasan. Walaupun dia tahu apa yg kwangsoo ingin cakapkan.
" Diorang. Youngjae dan dae gun"
Himchan mencelah
" Daehyun bukan dae gun"
Kwangsoo mengangguk dan meminta maaf. Dia mula gugup dan melihat sekitar. Risau jika lelaki dalam lif tu menampakkan dirinya pada waktu ini.
" Boleh ke kitaorang percayakan kau kwangsoo"
Yongguk bertanya dengan nada yang suram. Mungkin dia teringat apa yg kwangsoo dah lakukan dekat dia semasa dibilik jinwoo membuatkan dia berbelah bagi dengan kwangsoo. Risau kalau kwangsoo masih lagi mempunyai niat jahat.
" Kalau kau fikir aku kawan kau. Kau akan percayakan aku"
Yongguk dan yang lain mendiamkan diri. Kwangsoo nampak bersungguh sungguh kali ni.
" Hyung!"
Suara daehyun kedengaran. Mereka semua melihat ke arah cermin yang dipegang kwangsoo. Kelihatan youngjae dan daehyun disitu.
" Apa ni"
Jongup memandang ke arah bilik semula.
" Kenapa mereka ada dua"
Jongup sedar mereka berdua ada dicermin dan juga dibilik. Bezanya dicermin mereka bergerak dan didalam bilik mereka terbujur kaku.
" hyung. Tolong kami. Kami terperangkap dekat hotel ni. Tapi takde sape kat sini kecuali hantu"
Youngjae bercakap sepantas yg boleh.Muka mereka berdua kelihatan pucat lesi.
"Macam mana kami nak percaya yang kamu ni betul"
Himchan menambah. Dia sudah penat ditipu benda yang berada dihotel ni.Didalam hati himchan dia berharap yang itu adalah mereka.
"Hyung patut berhenti makan dan jaga badan.Makin lama makin gemuk"
Daehyun membalas dengan selamba.
"Tak guna dae! siaplah kamu nanti "
Himchan sedar yang itu memang betul mereka berdua.Hantu mana boleh memperlekehkan dia.
"Betullah tu daehyun.Dia je yang bermulut puaka macam tu"
Himchan mencuit yongguk dengan siku. Yongguk seperti masih berfikir.Dia asyik memandang cermin.
"Aku pernah ada dekat situ."
Yongguk bercakap didalam hati.
"Banyak kali aku diselamatkan mereka"
Yongguk berbisik sendirian.Dia teringat saat dia bermimpikan dia lemas tetapi ditarik keatas oleh himchan, diselamatkan youngjae dan daehyun semasa disana.
"Kita nak buat macam mana ni?"
Jongup menambah pula. Masing masing gembira dapat berjumpa dengan daehyun dan youngjae tapi mereka takut untuk memikirkan bagaimanakah cara untuk menolong .Semua buntu dan tidak mempunyai idea.
"Kita kena dapatkan loket yang jinwoo pegang"
Kwangsoo bersuara.
"Loket apa?"
Yongguk pula mula menyoal setelah lama mendiamkan diri.Kata kata kwangsoo menarik minatnya.
"Loket tu ajaib.Ramai yang cari loket tu dipulau ni termasuk aku sebab dengar kata dia boleh menunaikan hajat tapi sekali je lah."
Kwangsoo memberitahu sekali lagi.
"Kalau macam tu kita kena cari Jinwoo"
Himchan pula mecelah.Mereka memandang satu sama lain sebelum membuat keputusan siapa yang perlu mencari jinwoo. Jongup dan Himchan menawarkan diri untuk berjumpa dengan jinwoo dan membiarkan kwangsoo tinggal dengan yongguk sebab yongguk masih belum sihat lagi.
"Kau jaga yongguk baik baik kwangsoo.Kalau apa apa jadi dekat dia siap kau"
Himchan memberi warning pada kwangsoo dengan riak muka yang serious.Jujur,himchan masih tidak percayakan kwangsoo dan joongki.
"Kau ingat aku jahat sangat ke nak tipu korang lagi?"
Kwangsoo memandang kebawah sambil membuat muka sedih.
"Taklah"
Jongup cuba untuk melegakan kwangsoo.Dia tidak mahu kwangsoo berkecil hati.
*semasa di dalam lif*
Himchan: Aku takutlah nak tinggalkan kwangsoo dengan yongguk.
Himchan menggaru garu kepalanya yang tidak gatal tu berulangkali.
Jongup:Kita takde pilihan.Ni je cara nak selamatkan mereka berdua.
Jongup cuba menenangkan himchan.Lama mereka tunggu tetapi lif itu seakan perlahan pula ingin turun ke bawah.
Himchan: Kenapa dengan lif ni?
Himchan menekan butang berkali kali.Jongup memandang himchan dengan muka terkejut.
Himchan: Kau kenapa?
Himchan perasan muka jongup kelihatan terkejut dan cuak.Jongup menunjuk ke arah belakang himchan.Perlahan dia cuba untuk memandang kebelakang sebelum mendengar suara "seseorang" yang memang dia kenali.
"Daeul?"
Gadis berbaju merah menyala itu tiba tiba munculkan diri didalam lif.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mistério / SuspenseSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...