Jae jin berjalan sambil mencuri pandang ke arah sekeliling.Takut takut jika dia diikuti oleh sesiapa.
"Kau nak pergi mana?"
seunggi menahan jae jin.
Jae jin terberhenti.Seunggi yang lebih tinggi darinya cuba untuk menghalang laluan jae jin.Entah kenapa mereka sering bergaduh kalau berjumpa. Ada saja yang tidak kena dan boleh menjadi sebab kenapa mereka bergaduh.
"Tepi sikitlah aku nak lalu"
Jae jin memandang tajam ke arah seunggi.Pandangan mereka bertemu.
"Kalau kau nak gaduh bukan dekat sini"
Jae jin menambah.
"Aku dapat rasa ada sesuatu yang kau cuba sorokkan.Apa dia?"
Seunggi menolak jae jin kebelakang. Sekali tolakkan membuatkan jae jin kebelakang.
Jaejin bengang diperlakukan sedemikian.Dia memandang seunggi agak lama. Seunggi memegang lehernya yang terasa agak tercekik.Semakin lama dia sukar untuk bernafas.
"Aku dah cakap jangan kacau"
Seunggi mencuri kembali udara yang sesak.Jae jin pergi dengan langkah yang agak besar.
"Tak guna"
Seunggi memandang jaejin yang semakin jauh darinya.
"Aku tahu ada sesuatu.."
Seunggi menambah.
********
Jae jin mencari jinwoo disetiap pelosok tempat namun tidak dijumpai. Akhir sekali dia cuma mengikuti kata hatinya untuk menemui jinwoo dan akhirnya dia terdengar suara jinwoo.
"Jinwoo kau tengok ni"
jaejin memasuki bilik jinwoo tanpa mengetuk pintu.Jin woo yang seperti sedang menyelimutkan jin hwa membuat isyarat senyap supaya jaejin tidak mengganggu tidur jin hwa.
"Kenapa?"
Jin woo mendekati jaejin dan berbisik.Mukanya kelihatan mengantuk
"Ada benda penting aku nak cakap dengan kau"
Jaejin bersuara.
"Tak boleh tunggu esok pagi ke?"
Jin woo membuat muka tidak senang hati.Sebenarnya dia sangat mengantuk dan memerlukan rehat kerana sehari suntuk dia menggantikan ayahnya menguruskan hotel. Ayahnya pula menghilangkan diri sejak pagi tadi.
"Kau tahukan pagi ke malam suasana tu sama je bagi kami"
Jae jin bertegas.Dia tidak mahu melengahkan masa.Jika tidak penting pasti dia tidak akan mencari jin woo sehingga lewat begitu.
"kau pergi mana dari pagi hilang?"
Jae jin meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana penat betul hendak mencari jinwoo. Dari pagi hingga ke malam baru ketemu.Itu pula hampir satu hotel dirondanya.Paling menyakitkan hati dia asyik terjumpa jin hwa yang berpura pura menjadi jin woo dan jae jin percaya itu adalah jin woo sampailah jin hwa bercakap sorang sorang.
"Oh..aku ada hal..aku keluar dari pulau ni sekejap je tadi.Tak lebih 3 jam pun lepastu aku datang sini balik sebab ayah aku takde..kenapa?"
Jin woo malas untuk memberitahu jae jin bahawa dia dapat tawaran melanjutkan pengajian.

YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mistério / SuspenseSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...