Kenapa tak tolong aku?

139 13 0
                                    

Yongguk berjalan ke arah lif apabila lampu terpasang. Dia melihat seorang lelaki yang berpakaian pelik dihadapan pintu lif sama. Disebabkan lelaki itu menunduk dan rendah menyukarkan yongguk melihat wajahnya

*Pintu lif terbuka

Yongguk memasuki lif dan diikuti lelaki itu. Sengaja yongguk berada dibelakang lelaki itu kerana dia berasa tidak selesa.

Tiba tiba dia berasa bunyi pelik didalam lif itu. Bunyi seperti sesuatu mencakar dinding lif itu.

" Ah..bunyi apa ni"

Yongguk berkata sendiri sambil menutup telinganya dengan kedua dua belah tangannya.

Bunyi dinding dicakar diselangi dengan bunyi menjerit orang meminta tolong.

Yongguk memandang kearah nombor lif yang sepertinya statik dan tidak bergerak.

" Lif ni rosak ke apa?! "

Yongguk mula cemas. Dia menekan nekan butang nombor 2 tetapi masih lagi begitu.

" Rosak ke lif ni? Kalau aku tahu da lama aku naik tangga je tadi"

Yongguk merungut marah.

Bunyi cakar dan jeritan meminta tolong itu sudah berhenti

Namun lif masih lagi tidak bergerak

" Tadi..awak dengar something tak?" yongguk cuba memberanikan diri bertanya kepada lelaki itu.

Badan lelaki tua itu dicuit apabila dia tidak membalas pertanyaan yongguk.

" Bunyi apa?"

Suara lelaki itu perlahan bertanya kepada yongguk namun dia masih lagi tidak mendongakkan mukanya. Dia masih lagi dalam keadaan menunduk.

" Bunyi macam orang minta tolong dan cakar "

Yongguk berterus terang. Rambut dibahagian depannya ditarik tarik

" Kalau macam tu kenapa diorang tak tolong?"

Lelaki itu menjawab .

" Tak tolong?"

Yongguk bertanya kembali. Pelik betul apa yang diungkapkan lelaki itu kepadanya.

" Apa maksud awak tak tolong? Siapa yang tak tolong? Dan..siapa yang kena ditolong?"

Jawapan tidak diberi

Yongguk mengalah. Nampak gayanya lelaki ini bukan seorang yang ramah dah berat mulut untuk berkata.

Yongguk menyandarkan badannya dekat dengan dinding.
Yongguk mengeluh panjang sambil mendongak memandang ke atas. Dia menutup matanya seketika. Kepalanya berdenyut denyut memikirkan apa yang berlaku tadi

" Kenapa..."

Suara lelaki itu menarik perhatian yongguk. Dia membuka matanya kembali.

Lelaki itu kelihatan melutut diatas lantai. Tidak sampai seminit terdengar bunyi seperti dia sedang teresak esak menangis sambil mengulangi ayat kenapa.

" Eh encik..jangan la menangis dekat sini. Jangan risau lif ni akan elok nanti"

Yongguk cuba untuk menenangkan lelaki itu. Difikiran yongguk mungkin lelaki itu berasa takut dan cuak apabila lif tiba tiba berhenti.

" Kenapa.."

Lelaki itu kembali menyoal.

" Kenapa apa?"

Yongguk memegang bahu lelaki itu dan badannya membongkok sedikit. Lelaki itu memandang kebawah.

Perlahan dia mendongakkan wajahnya memandang yongguk.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now