Ego

125 15 4
                                    

Jinwoo menutup pintu bilik dan menguncinya dengan serta merta. Zelo dan daehyun pula berpandangan antara satu sama lain. Mereka berasa curiga dengan perangai jinwoo yang secara tiba tiba bertindak mengunci pintu.

Daehyun: okay..kau buat apa ni?

Zelo cuba mencapai sesuatu untuk dibaling ke arah jinwoo jika dia dirasuk. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Zelo mengangguk ke arah daehyun.

Daehyun segera mendekati jinwoo dari arah belakang. Jinwoo yang memusingkan badannya tanpa signal menyebabkan daehyun hampir terjatuh kebelakang kerana terkejut. Zelo yang masih lagi duduk dilantai segera menyambut daehyun dengan kedua belah tangannya. Daehyun mempamerkan muka terkejut. Pucat lesi dapat dilihat dari wajah dae dan ditambah lagi dengan jantungnya yang berdegup pantas.

Jinwoo: tengok. Aku dah cakap kau ni lemah semangat

Biasa saja ayat yang diungkapkan jinwoo kepada daehyun. Dengan reaksinya yang biasa biasa seperti seseorang yang tiada perasaan.

Cukup saja ayat yang dilemparkannya itu menyakitkan hati daehyun.

Daehyun cuba untuk berdiri kembali dengan bantuan zelo yang menolaknya dari belakang badannya.

Terdengar suara zelo yang merungut marah.

Zelo: hyung ni berat betul lah. Rasa nak patah je tangan tangan ni.

Kata zelo sambil memegang lengannya dan dipicit perlahan

Daehyun mencebik mendengar luahan perasaan zelo yang mengguris perasaannya itu.

Daehyun: How could you zelo.

Daehyun rasa zelo sebenarnya ingin cakapkan yang dia gemuk.

Zelo: what?

Zelo masih lagi merungut marah

Daehyun : hyung yang selamatkan kau tadi

Daehyun menjeling zelo. Zelo yang teringat kembali detik menakutkan itu hanya mampu tersengih.

“ Hati tisu”

Zelo bercakap sendirian.

Pintu bilik kedengaran diketuk oleh seseorang diluar. Jinwoo menunjukkan isyarat senyap.

Daehyun dan zelo segera mengikuti apa yang diisyaratkan jinwoo kepada mereka.

Jinwoo yang berada berdekatan pintu masih lagi tidak membuka pintu. Nampak seperti ada sesuatu yang difikirkan jinwoo.

Daehyun: Kau buat apa ni? Mana tahu kalau tu youngjae ke himchan hyung..

Daehyun mula bersikap ragu ragu dengan jinwoo.

Zelo pula memikirkan sesuatu
Daehyun cuba untuk membuka pintu bilik tapi dihalang jinwoo dengan kuat.

Jinwoo: Kau tolong dengar cakap aku kali ni

Jin woo berbisik ke arah daehyun.

Daehyun menolak jinwoo.

Daehyun: kenapa pula aku kena dengar cakap kau?

Balas daehyun marah.

Zelo pula memegang tangan daehyun.

Daehyun: takkan la kau juga

Daehyun rasa sedih kenapa zelo tidak memihak kepada dia.

Zelo: Jangan buka pintu hyung.

Zelo memberikan amaran

" hello ada sesiapa tak dekat dalam "

Suara kwangsoo mula kedengaran.

Daehyun : itu kwangsoo la

Hampir seinci daehyun boleh membuka pintu. Jinwoo terus menarik tangan daehyun dan zelo entah mengapa menolong jinwoo untuk cuba mendiamkan daehyun.

Mulut daehyun ditutup dengan tangan zelo. Badan daehyun dikunci dengan badan jinwoo. Sesak nafas daehyun diperlakukan sedemikian.

" weh korang "

Kwangsoo memanggil lagi sekali.

Daehyun tidak dapat membalas kerana dikawal ketat oleh zelo dan jinwoo.

Yongguk pula lena dibuai mimpi. Dia tidak sedar langsung dengan kekecohan yang berlaku dalam bilik itu

Bunyi seseorang ketawa beberapa saat selepas kwangsoo memanggil menaikkan bulu roma mereka berdua tidak termasuk jinwoo kerana dia telah biasa.

Zelo: bunyi apa tu?

Zelo membesarkan matanya. Dia segera menutup mukanya menggunakan badan daehyun. Daehyun melihat jinwoo. Riak wajah jinwoo masih lagi sama. Dia seperti tidak seram mendengar ketawa tersebut

“ Dia ni..pelik ”

Daehyun menyimpan pemikiran tersebut didalam hatinya.

Mereka bertiga masih lagi kaku dengan posisi masing masing.

Entah berapa lama mereka bertiga berada dalam keadaan sedemikian. Selepas yakin kwangsoo telah beredar mereka bergerak dengan bebas semula.

Daehyun: woi! Sakitlah korang ni nak bunuh aku ke apa!

Daehyun menjerit tetapi dihujung ayat dia bercakap dengan nada perlahan kerana jinwoo sekali lagi menunjukkan isyarat senyap.

Jinwoo: diam sikit,mana tahu dia masih ada disini.

Zelo mengelap dahinya yang mula berpeluh dingin. Daehyun menarik rambut zelo kerana geram.

Zelo: ahhh! Apa ni hyung!

Daehyun tergelak.

Jinwoo mula menunjukkan isyarat senyap lagi kepada mereka berdua.

Mereka berdua terdiam dan memandang satu sama lain.

Daehyun memberikan pandangan garang ke arah zelo. Entah apa yang difikirkan dia pada masa itu.

Selepas beberapa minit...

Jinwoo : Kau ni bahaya betul la

Kata jinwoo sambil menunjukkan jarinya ke arah daehyun. Daehyun membuat muka terkejut.

Dae: asal aku pulak? Aku tak buat apa apa pun.

Balas daehyun marah.

Jinwoo: Kalau kau buka pintu tu atau buat bunyi tadi mesti keadaan akan jadi lebih teruk.

Zelo memandang ke luar tingkap.

Zelo: Hujan masih lagi lebat. Macam mana kalau ada litar pintas lagi?

Jinwoo: Kali ini takkan ada litar pintas lagi

Daehyun: Macam mana kau pasti sangat?

Jinwoo: sebab aku dah “jaga” tempat tu.

Daehyun dan zelo berpandangan antara satu sama lain.

Daehyun: Jaga? Maksud kau?

Jinwoo: aku dah kunci pintu bilik tu. Kau jangan risau.

Zelo: Tadi blackout bukan sebab petir ke?

Jinwoo: bukan.

Jinwoo membalas dengan yakin.

Daehyun: Habis sebab apa?

Jinwoo tidak membalas pertanyaan itu

Daehyun: Aku tak faham. Kenapa tadi kwangsoo ketuk pintu bilik kitaorang kau tak kasi buka? Padahal jelas sekali tu suara kwangsoo

Daehyun mula membangkitkan soalan yang asyik bermain difikirannya tadi

Jinwoo memandang daehyun.
Dia menceritakan apa yang berlaku semasa dibawah tadi kepada mereka berdua. Bezanya dia tidak memberitahu mereka youngjae turut berada disana.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now