Dia dekat belakang kau

137 15 1
                                    

Disebabkan terlalu mengantuk yongguk kembali tidur. Sebelum tidur dia menyuruh daehyun dan zelo mengawasi keadaan dan jangan gatal merayap ke mana mana.

Zelo: Hyung! Mana himchan dengan youngjae ha? Lama sangat ni diorang hilang..saya risau dah ni

Zelo mula bersuara apabila lama sangat bilik itu sunyi tanpa sebarang bunyi.

Daehyun duduk diatas lantai sambil menyandarkan badannya pada dinding. Kepalanya turut disandarkan ke dinding. Sejuk betul suasana bilik itu. Suara zelo pun dia dengar samar samar je.

Daehyun: Zelo kalau tanya soalan biar cerdik sikit boleh tak? Mana lah hyung tahu..

Daehyun menggerakkan kedua dua belah kakinya ke atas dan kebawah seperti gerakkan senam robik

Daehyun rasa menyampah pula dengan perangai zelo ni. Boleh pula dia bertanyakan perkara yang dia sendiri tidak tahu.

Zelo: Saya tanya je la tu pun nak marah

Zelo membuat muka kasihan.

Zelo baring disebelah yongguk.Bantal disebelah yongguk cuba ditarik zelo.Daehyun segera bangun dan menarik zelo hingga dia terguling jatuh dari katil sampai ke lantai.

“ Ahhh sakitnya badan saya..oh my god ”

Zelo mengerang kesakitan tetapi
Daehyun pula ketawa melihat zelo merana seperti itu.

Zelo: hyung! Asal tarik saya sampai jatuh katil.

Daehyun menghabiskan ketawanya lalu berkata

Daehyun: atas tu biarlah yongguk hyung tidur. Biar dia selesa sikit. Kau tu dah tidur dari tadikan? Mengalah sikit.

Zelo memegang tempurung lututnya yang berbunyi kuat semasa jatuh dari katil tadi.

Zelo: kalau kaki saya tak boleh gerak. Siap lah hyung

Daehyun menggeleng gelengkan kepalanya. Tidak kisah dengan ancaman maut yang diberikan zelo kepadanya.

Zelo: tapi tadi yongguk pun tidur jugaaa

Zelo tidak mahu mengalah

Daehyun: dia tertidur atas kerusi lah zelo. Kesian dekat hyung kita. Bagilah dia baring sekejap.

Daehyun mencuri pandang ke arah yongguk yang terlena diatas katil.

“ hyung ”

Zelo memanggil daehyun tetapi daehyun masih lagi dengan pandangannya terhadap yongguk.

“ hyung ”

Zelo sekali lagi memanggil daehyun namun kali ini suaranya perlahan. Daehyun memandang zelo yang kelihatan mendongak memandang dia tetapi wajah zelo kelihatan pucat.

Daehyun: kenapa?

Zelo menelan air liurnya. Dia seperti agak sukar untuk berbicara

“ Kenapa aku tak leh gerak ni”

Zelo tiba tiba dapat rasakan badannya gagal berfungsi apabila dia lihat makhluk yang berada dicermin tingkap. Betul betul dibelakang daehyun.Makhluk itu berambut panjang dan seakan melekat  memandang ke arah mereka berdua dengan mata yang kelihatan terjojol keluar.

Daehyun: Kau kenapa ?

Daehyun mendekati zelo. Jinwoo yang tiba tiba datang mengejutkan daehyun. Kakinya automatik berganjak kebelakang. Jinwoo perasan akan makhluk yang masih lagi berada dibelakang daehyun.

Jinwoo: Jangan bergerak!

Dia katakan amaran itu kepada daehyun menyebabkan daehyun berhenti.

Muka daehyun nampak sangat confuse dengan jinwoo dan zelo.

“ ada ..apa ni”

Daehyun rasa pelik.
Jinwoo menutup matanya sebelum berkata sesuatu tetapi daehyun tidak dapat membaca isi perkataan jinwoo kerana suaranya yang perlahan.

Selepas beberapa minit zelo tiba tiba bernafas seperti orang yang baru sedar dari lemas. Dia memegang dadanya dan bernafas dengan kuat. Tangannya yang sebelah lagi memegang lantai.

Daehyun: weh zelo kau okay tak ni?

Daehyun membongkokkan badannya. Dia duduk disebelah zelo sambil mengurut belakang badan zelo. Muka zelo berubah warna menjadi warna merah.

Jinwoo: Ada benda yang ada dekat belakang kau tadi.

Kata jinwoo. Dia berjalan mendekati tingkap. Tangan kanannya memegang tingkap dan dia pejamkan matanya.

Daehyun : benda apa? Apa maksud kau?

Daehyun tidak faham.

Zelo: betul kata jinwoo tadi ada makhluk yang menakutkan ada kat belakang hyung. Dia pandang dekat arah kita berdua. Bila saya panggil hyung saya tiba tiba tak dapat gerakkan badan dan nafas pun makin pendek.

Jawab zelo. Dia bercerita dengan bersungguh sungguh dengan harapan dae percaya akan ceritanya.

Daehyun : Makhluk tu nak apa dekat kita.

Wajah daehyun kelihatan bercampur aduk dengan emosi sedih dan takut.

Jinwoo: bukan dengan kita tapi dengan kau

Jawab jinwoo yang mula membuka matanya dan memberikan pandangan serius ke arah daehyun.

Daehyun : kenapa aku pula? Apa salah aku?

Daehyun memberikan pandangan yang dua kali ganda lebih terkejut dari sebelum ini.

Jinwoo: makhluk tu nak rasuk kau.

Zelo : kenapa dia nak rasuk daehyun pula?

Kali ni zelo pula yang bertanya. Nampak sngat dia ingin tahu.

Jinwoo: mungkin sebab sebelum ni dia pernah kena rasuk?

“ tak mungkin..”

Daehyun seperti tidak percayakan jawapan yang diberikan jinwoo.

Jinwoo: kau pernah kena rasuk sebelum ni. Erti katanya semangat kau lemah dan senang kena rasuk. Kau tak pernah dengar ke yang orang yang pernah kena rasuk ni bahaya? Diaorang akan experience kena rasuk banyak kali sampailah semangat dalam diri mereka tu kuat atau elakkan tempat tempat dark spot.

Daehyun : zelo ni penakut juga asal dia tak kena?

Daehyun masih tidak puas hati.

Jinwoo: nak kata takut. Semua orang takut kalau nampak hantu. Ni terserah dekat diri orang tu bagaimana diorang nak handle perasaan takut tu.

Jinwoo bercerita panjang lagi. Daehyun mendekatkan dirinya dengan zelo. Entah kenapa perasaan seram sejuk itu mula hadir lepas dia mendengar penjelasan jinwoo.

Zelo: hyung jangan risau. Saya ada.

Daehyun menumbuk perlahan bahu zelo sambil berkata.

“ i hold that promise ”

Senyuman lebar hadir dimuka daehyun. Zelo membalas tanpa ragu ragu

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now