Kusut

176 21 0
                                    

Joongki mencari sesuatu dipoket seluarnya tetapi ternyata poket seluarnya itu kosong

Joongki: Aku letak kat mana ni aih time ni la hilang.

Joongki merungut kasar. Nampak gayanya rancangannya tergendala.

Dia berjalan ke arah lif. Dia terdengar bunyi jeritan meminta tolong yang kuat sekali dan hampir saja menggugurkan jantungnya. Keadaan sekitar yang sunyi disusuli jeritan yang kuat sungguh mengejutkan. Joongki cepat cepat memasuki lif dan butang lif ditekan kuat supaya pintu lif cepat tertutup tetapi tidak berhasil. Dia ternampak ada kepulan asap bewarna hitam yang mula terbentuk . Joongki yang cemas mengambil keputusan untuk keluar dari lif dan menaiki tangga kecemasan. Dia berlari sekuat yang boleh. Bunyi menjerit meminta tolong itu semakin nyaring. Dia cuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan takutnya. Joongki akhirnya berjaya meninggalkan ruang tingkat empat dan berlari menuruni tangga kecemasan dari tingkat empat ke tingkat dua.

Dengan termengah mengah dia duduk bersandar di dinding diantara koridor. Tidak sampai beberapa minit dia ternampak kwangsoo berlari melalui dia. Dia turut nampak ada sesuatu yang terbang sedang mengejar kwangsoo. Joongki tidak sempat untuk memanggil kwangsoo kerana keadaan itu berlaku terlalu cepat.

Joongki: apa benda yang kejar kwangsoo tu.

Joongki memberanikan diri cuba untuk mencari kwangsoo. Anak tangga dinaiknya satu persatu menggunakan tenaga dan kekuatan yang ada.

Tiada sebarang bunyi yang kedengaran saat dia menaiki tangga. Tetapi apabila dia ingin naik lebih tinggi kedengaran bunyi seseorang turut menaiki anak tangga. Jeritan kwangsoo mengejutkan joongki

" Kenapa dengan kwangsoo?"

Joongki segera menaiki anak tangga sepantas yang boleh.

Dia menemui kwangsoo dalam keadaan terbaring ditangga dengan tidak sedarkan diri.

Joongki: kwangsoo ..

Joongki mendekati kwangsoo. Beberapa tamparan perlahan dipipi kwangsoo nampak gaya tidak dapat membangunkan dia. Joongki mendekatkan telinganya didada kwangsoo.Ternyata jantung kwangsoo masih berdegup.

Nafas lega dilepaskan.

Kali ini joongki mengeledah badan kwangsoo seperti polis.

Tangannya berhenti mengeledah dan giginya digetap marah. Dia memberi satu tumbukkan pada kwangsoo kerana perasaan marahnya yang membuak buak.

Kalau diikutkan hati mahu saja joongki menghumban kwangsoo dari tingkat atas

Joongki: sebaiklah kau ni kawan aku.

Kwangsoo dipapah joongki sampai ke bilik dia.

Kwangsoo diletakkan diatas katil.

Joongki pergi ke bilik yongguk
dengan harapan dia ada disitu.

Joongki: yongguk? Awak ada dekat bilik ke ?

Joongki berhenti mengetuk apabila tiada jawapan yang diberi.

Dia beralih kepada bilik zelo,jongup dan youngjae tetapi masih tiada jawapan.

Joongki: mana semua orang?

Joongki berasa aneh.

Dia mengambil keputusan untuk kembali ke biliknya.

" mana kertas jampi tu "

Katil menjadi tempat joongki duduk berehat. Badannya betul betul penat dan perlahan badannya turut memainkan peranan. Matanya berat dan perlahan lahan tutup.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now