Terima Kasih

83 6 0
                                    


"Jinwoo kau kena tolong himchan hyung.."

Termengah mengah Jongup mengucapkan ayatnya yang seperti tersekat dianak tekak sebab penat berlari. Nasiblah dia dapat jumpa dengan jinwoo disini. Selepas dia bercakap. Jongup memandang kebelakang sebelum dia berlari anak mendekati Jinwoo.  Perlahan himchan jalan mengundur seperti diikuti oleh seseorang.

"Him..chan..hyung!"

Jongup menjerit bagi menyedarkan Himchan yang seperti tidak sedar itu.

"Kenapa kau ada dalam badan Himchan!"

Jongup seperti memarahi seseorang dan terus memegang tangan Himchan.

"Macam mana dia tahu"

Jinwoo berbisik sendirian. Himchan meronta ronta seperti kesakitan. Dia menjerit,meracau dan menangis seperti perempuan.

"Lepaskan aku la!!Sakit tangan aku!"

Bunyi tangisan itu semakin kuat dan menyeramkan.

"Aku takkan lepaskan kau. Kau kena keluar dari badan ni. "

Riak wajah Jongup menjadi amat serius pada waktu ini. Dia seperti sedang menahan marah yang amat lama.

" Diam la! Dae ul aku punya"

Benda di dalam badan himchan memarahi Jongup. Agak sukar untuk benda itu keluar semula.

"Kalau dia keluar,dia akan cari badan baru"

Tiba tiba jinwoo berkata. Perlahan langkahnya disusun mendekati Jongup. Jongup melepaskan pegangan tangan Himchan.

"Hahahahahahahahaha"

Benda itu ketawa mengilai selepas melihat muka Jongup berubah.

"Kenapa kau kacau budak ni. Kau tahukan dia bukan Dae ul kau. "

Jinwoo terus bertanya.Dia memandang wajah himchan dengan teliti. Muka mereka ada iras tapi bukanlah sama 100 peratus.

"Ini Dae ul aku!"

Benda itu marah sekali lagi.

" Kau dah buat silap dengan dia kan. Jadi kau protes sebab kau tak dapat minta maaf dengan dia"

Jinwoo mengagak. Himchan mendiamkan diri.

"Kau cakap macam kau tahu semua benda kan. Semua ni salah dari ayah kau juga! Kalaulah kami tak datang ke sini."

Jongup sedar apa yang perempuan itu cuba katakan. Dia pernah melihat perempuan itu membunuh diri dan perkara yang lain juga. Dalam banyak banyak orang dia tak tahu kenapa dia yang dipilih untuk menyaksikan benda menggerunkan itu.

"Salah dia. Aku tahu tu tapi aku pun tak dapat betulkan salah dia"

Jinwoo tersenyum pahit. Dia memandang ke bawah seperti mengingat semula benda buruk yang telah terjadi.

Memang pahit kalau masa lalu kita asyik menghantui kita. Lagi sakit kalau dipersalahkan atas sebab orang lain bukannya diri sendiri.

" Jongup"

Suara seseorang dari arah belakang memanggil mereka semua untuk melihat.

"Joongki?"

Jongup menyebut nama joongki yang terang terang berada dihadapannya. Tapi siapa yang berada disebelahnya. Pandangan Jongup seakan kabur. Dia mengusap matanya perlahan dengan tangan.

Jongup memandang ke arah himchan dan selepas itu memandang ke arah joongki kembali. Dia seperti bermimpi dengan situasi yang jadi.

"Kau lah dae ul!"

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now