Jongup tersedar disebuah bilik. Dia meraup mukanya beberapa kali. Dia melihat keadaan sekitarnya untuk memastikan dimanakah keberadaan dia untuk kali ini.
“ Aku dekat mana ni”
Kepala jongup terasa berdenyut denyut. Pintu bilik dibuka dari luar.
“ Takkanlah lagi sekali.”
Jongup mengeluh.
Seseorang sedang masuk ke dalam bilik itu. Kelihatannya seperti seorang lelaki.Wajah dia masih lagi samar samar. Susah untuk jongup lihat. Dia masih terduduk diatas lantai manakala lelaki tersebut duduk diatas katil.
“ Siapa kau?”
Jongup cuba memulakan perbualan. Dia dapat rasa lain macam dalam bilik itu. Perasaan yang sukar ditafsir. Badannya tiba tiba terasa sejuk yang mencucuk cucuk seperti semasa dia didalam hotel tersebut. Wajah lelaki itu semakin kelihatan.
“ Aku rasa kau tahu aku siapa”
Jongup tidak membalas.
Dia masih tidak dapat mengecam siapakah lelaki itu sebenarnya
Bila dilihat berkali sekali pun dia tidak dapat ingat tapi jongup dapat rasakan yang dia memang pernah nampak lelaki itu sebelum ini.Dia cuba untuk bangun. Badannya terasa lemah sekali. Apabila dia terbangun. Muka jongup berubah. Dia dapat melihat seseorang sedang terbaring diatas katil disebelah lelaki tersebut
“ Itu..”
Ketawa kecil keluar dari lelaki tersebut. Dia gelakkan jongup kerana air muka jongup yang ketara sangat berbeza. Lagipun dia sengaja ingin menyindir.
“ Kau buat apa ha dengan aku! Kau siapa??!!”
Perasaan marah mula menular.
Jongup cuba untuk memukul lelaki itu tetapi tidak dapat. Lelaki itu sepertinya mempunyai kuasa untuk mengelak“ Kenapa jasad aku terbaring atas katil..aku dah mati ke”
Dada jongup terasa sebak. Dia rasa sangat sedih dan terkilan jika dia sebenarnya telah mati. Banyak benda yang dia ingin lakukan untuk keluarga dan rakan rakan. Wajah ibu dan ayah jongup mula bermain di minda separa sedar.
“ Waktu kau lemas..kau nampak aku kan? Waktu kau nak tunggu lif..kau nampak aku juga dan sejak mula kau masuk ke hotel ni aku sedang perhatikan kau. ”
Lelaki itu terus berkata sambil ketawa.
Jongup memandang jasadnya terbaring disebelah lelaki itu.
“ Apa kau nak dari aku?”
Suara jongup tegas
Jongup tidak berdaya lagi. Apa yang cuba dilakukannya hanya berserah. Semua yang berlaku padanya dari tadi berada diluar pemahaman dia. Semuanya tidak dapat diterima akal.
“ Aku nak kau tolong kawan kau keluar dari sini”
Jongup menggelengkan kepala.
“ Kenapa? Kau tak setuju?”
Wajah lelaki itu dipandang tajam
“ Aku tak faham. Kenapa..dari mula semua benda ni seakan menghalau kami dari tempat ni.”
Jongup cuba imbas kembali malam pertama mereka berada disini.“ Kadang kadang tak semua benda kau kena faham”
Suara lelaki tadi kedengaran sedih
“ Aku dah jelaskan pada kawan kau pada mulanya,aku dah suruh dia tolong korang keluar..tapi dia jenis yang mungkiri janji. Aku juga telah gunakan kawan kau yang lagi satu untuk sampaikan mesej tapi masih lagi tidak berhasil.”
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...