Mari Selamatkan Mereka

194 24 7
                                    

Walau sekuat mana pun yongguk menjerit zelo tidak dapat bergerak. Perlahan makhluk yang menyerupai kwangsoo itu berubah wajah menjadi makhluk yang menakutkan. Dia keluar dari cermin perlahan lahan. Kwangsoo terjatuh kebelakang. Yongguk menarik jongup ditangan dengan harapan dia bangun. Zelo berdiri kaku. Dia tidak mampu lagi kebelakang. Kakinya telah dipaku dilantai oleh ketakutannya sendiri. Makhluk itu berada hanya seinci saja dari dia. Mata merah menyala disebalik helaian rambut yang menutupi mukanya. Zelo menutup matanya serapat yang boleh dengan harapan makhluk itu hilang saat dia membuka mata.

" Zelo.." panggil yongguk. Dia juga ketakutan sama seperti zelo.
Kwangsoo yang nampak peluang untuk melarikan diri bingkas bangun dan lari keluar dari bilik. Makhluk tadi yang pada mulanya target zelo kini berubah target. Dia terbang mengejar kwangsoo dari belakang. Kwangsoo menoleh ke belakang sambil berlari laju. Dia seakan tidak percaya kenapa dia pula menjadi target makhluk itu kali ini.

" Apa salah aku!"

Kwangsoo menjerit berang.

Pintu lif terbuka dan kwangsoo melihat jinwoo disitu menyebabkan dia tiada pilihan tapi kena ambil jalan pintas iaitu menggunakan tangga kecemasan. Kwangsoo menaiki anak tangga menggunakan seluruh tenaga yang ada. Nafasnya tercungap cungap dan badannya dibasahi dengan peluh. Dia berhenti menaiki anak tangga apabila yakin dia tidak dikejar oleh makhluk itu lagi.

Kwangsoo: ha..penatnye aku..penatnye..rasa macam nak mati..

Dia duduk diatas tangga untuk melepaskan penat.

Bunyi seseorang menaiki anak tangga menuju ke arahnya menyebabkan kwangsoo cepat cepat bangun. Dia dapat rasakan orang yang sedang naik tangga itu adalah jinwoo. Baginya sama ada jinwoo ataupun makhluk menakutkan itu tiada beza langsung. Apabila kwangsoo cuba pusing menaiki anak tangga lain dia terhenti. Makhluk yang ditakutinya berada didepan mata. Makhluk itu terbang melepasi kwangsoo dan tanpa keseimbangan yang betul kwangsoo terjatuh ditangga.

Pandangan matanya kabur. Dia dapat rasakan tangan kanannya berdenyut denyut sakit, dia dapat rasakan kesakitan yang amat sangat dikepala sebelum keadaan sekitar menjadi gelap.

******

Yongguk dan zelo memandang satu sama lain. Mereka tergamam saat melihat makhluk itu terbang mengejar kwangsoo.

Zelo: hyung,macam mana dengan dia?

Yongguk tidak membalas dan dia hanya memandang ke bawah. Dia seperti memikirkan sesuatu.

Selepas beberapa minit..

Yongguk: zelo jom kita cari mereka yang lain.

Yongguk menyuarakan pendapatnya.

Zelo: jongup? Takkan kita nak tinggalkan dia dekat sini.

Yongguk terdiam. Jongup dilihatnya lama.Ada betul juga dengan apa yang zelo katakan takkan nak tinggalkan jongup sendirian.

Yongguk: macam ni..apa kata kita bawa dia sekali?

Zelo: maksud hyung?

Zelo keliru

Yongguk: bawa dia sekali..kalau kamu penat angkat dia bagi dekat hyung pulak. Hyung rasa da lama mereka hilang..hyung rasa xsedap hati.

Zelo: um..boleh janji jangan tinggalkan dia. Saya pun sama..rasa tak sedap hati.

Zelo mengangguk faham.

Yongguk: hyung tak faham kenapa yongnam suggestkan tempat ni..

Yongguk bercakap dengan nada yang sedih. Zelo meletakkan tangannya diatas bahu yongguk.

Zelo: mungkin..semua ni bukan salah dia.

Senyuman tawar dilemparkan zelo bagi menyedapkan hati yongguk.

Yongguk: okay jomla kita pergi.

Yongguk tidak ingin menunggu lama.

Zelo bersedia mengangkat jongup dibelakangnya

Mereka berdua berjalan rapat kerana perasaan takut yang masih bersarang.

Yongguk: kita pergi tingkat empat

Mereka memasuki lif. Belum sempat pintu lif ditutup mereka dikejutkan dengan kehadiran jinwoo.

Jinwoo: korang masih berdegil nak pergi tingkat empat?

Jinwoo melihat butang lif yang ditekan dan dia turut sama masuk ke dalam lif

Yongguk: kami nak selamatkan kawan kawan kami

Pandangan garang ditujukan pada jinwoo.

Jinwoo: awal awal lagi korang memang dah buat salah.

Sinis saja dia berkata.

Zelo dan yongguk terdiam.

Jinwoo: salah sebab korang main cakap lepas.kedua, korang guna cermin,ketiga korang pergi ke tingkat empat dan keempat salah seorang dari kamu yang seru mereka datang. Semua tu sebenarnya aku da cakap awal awal

Zelo: kalau pertama itu jongup,kedua tu kwangsoo dan ketiga mungkin dae atau jae tapi yang keempat?

Zelo menduga dengan jawapan yang ligat bermain difikirannya.

Yongguk: kita tak boleh dengar cakap dia..

Yongguk memarahi zelo

Jinwoo: memang hotel ni berhantu tapi diorang tak kacau orang.

Yongguk: tak kacau apa kalau sampai jadi begini?!

Kolar baju jinwoo dicekak yongguk. Jinwoo terhentak didinding lif.Tangan yongguk erat digenggam ingin menumbuk muka jinwoo kerana marah. Paling sakit hati reaksi wajah jinwoo langsung tidak berubah. Reaksinya kosong seperti tiada emosi.

Zelo: hyung sudah la kita kan nak cari mereka semua.

Jinwoo: korang ikut aku, aku boleh tolong korang.

Jinwoo tiba tiba menyuarakan bantuan

Lif terbuka ditingkat
empat.

Yongguk: jangan dengar cakap dia jom.

Yongguk menoleh ke belakang. Zelo tidak berganjak. Dia masih lagi didalam lif mendukung jongup. Lantai menjadi tempat zelo termenung.

Yongguk: zelo?

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now