Himchan

208 35 0
                                    

Himchan yang tadinya tidur kepenatan kini bangun setelah dia terdengar seseorang seperti memanggil namanya. Dengan keadaan yang masih lagi mamai himchan membuka pintu biliknya dan melihat keadaan sekeliling tetapi tiada siapa.

“ siapa yang main main ni ”

Saat dia ingin menutup kembali pintu itu dia terkejut kerana ternampak tangan yang menahan pintu itu muncul . Tangan itu bewarna hitam kelihatan  seperti terbakar.

Himchan yang terlalu terkejut berjalan mengundur sehingga terjatuh. Perlahan tangan itu menolak pintu bilik himchan hingga menampakkan dirinya. Lembaga itu berjalan perlahan ke arah himchan. Himchan  ingin menjerit tetapi tiada suara yang keluar..

“ kenapa aku tak boleh bercakap ni”

Kata himchan didalam hati. Mulutnya seakan dikunci untuk bercakap.

Semakin lembaga itu menghampiri diri dia semakin itu juga himchan cuba untuk berganjak kebelakang sehingga bucu katil menghalang dia untuk bergerak lagi.

“ kenapa..kenapa aku tidak boleh bernafas ni”

Himchan gelisah. Nafasnya seakan disekat pula kali ini. Dia cuba untuk memukul mukul dadanya berulang kali tetapi tidak berhasil. Himchan rebah ke atas lantai.

Lembaga itu hilang dan pintu dibiarkan terbuka begitu.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now