Berjumpa Dengan Seseorang

188 35 0
                                    

Himchan memegang kepalanya yang pening. Dia melihat di  sekeliling. Bau bauan yang wangi menusuk hidungnya. Bau yang sungguh harum sekali dan semestinya dari bahan organik. Kepalanya dipicit picit. Kertas dinding,pasu bunga,pintu bilik,lampu semuanya berkaca. Keadaan sekitarnya bewarna putih dengan cahaya yang terang sekali .Dia seakan tidak percaya. Dia berada dimana. Baru tadi dia pengsan kerana didekati oeh makhluk yang menakutkan.Himchan cuba untuk bangun. Tiba tiba dia dapat rasakan seseorang sedang memegang lembut tangannya dan membantunya untuk bangun. Keadaannya yang masih lagi pening dengan keadaan yang sungguh bercahaya membuatkan dia tidak nampak siapa gadis itu.

“ Awak siapa?”

Himchan bertanya perlahan. Matanya bersilau

“ Min Ah ”

Manis betul gadis itu mengukirkan senyuman. Lama lama dia dapat menangkap wajah gadis itu yang seperti bidadari. Jantung himchan berdegup kencang.

Gadis bernama min ah itu memakai pakaian bewarna hitam bersama make up tebal. Namun begitu jelas terserlah kecantikan min ah. Mata himchan tidak berkelip melihat min ah sampailah  dia mula berasa panas.

“ Saya rasa panas”

Jawab himchan sambil mengibas ngibas jaketnya. Sudahla dia memakai jaket bertambah panas la jadinya. Badan himchan mula berpeluh peluh.

“ panas?”

Muka min ah berubah. Dia cuba  membukakan jaket untuk himchan.

“ Awak tanggal la jaket ni”

Min ah berkata sambil meletakkan jaket himchan ditangannya

“ Awak tak rasa panas?” tanya himchan sambil membuat gaya menahan panas.

Min ah menggelengkan kepalanya

“ Saya dah biasa”

Jawab Min ah.

“ Jom ikut saya”

Minah menarik himchan memasuki bilik dia.

Bilik itu lebih besar berbanding bilik hotelnya. Potret besar yang berada diatas dinding bilik menarik perhatian himchan.

“ Ini awak?” Himchan menghampiri potret yang sama tinggi dengannya.

Min ah hanya membalas dengan senyuman. Jaket himchan dimasukkan ke dalam almari.

“ Cantik.” Himchan menambah. Tangannya memegang lukisan itu. Setiap inci lukisan itu diperhatikannya dengan perasaan kagum. Terperinci benar lukisan itu dihasilkan. Dia asyik mengungkapkan ungkapan memuji lukisan itu.

“ Kejap..baju yang awak pakai ni sama la dengan baju...dalam potret ni”

Himchan menambah lagi. Dia mula berasa pelik.

“ Sebab saya suka baju ni..” Min ah mendekati himchan.

Himchan tidak perasan dengan pergerakan min ah.

“ 1996? Jangan cakap ini tarikh awak dapat potret ni”

Himchan tergelak sendiri.

Min ah mendiamkan diri. Dia duduk diatas katil. Himchan yang pada mulanya berdiri kini menghampiri min ah. Dia sudah tersilap cakap ke sampai min ah mendiamkan diri.

“ Awak okay ke min ah?”

Himchan memegang kepala min ah membuatkan min ah mendongakkan kepalanya memandang himchan. Tangan himchan masih lagi memegang kepala min ah. Mata mereka bertaut. Ada sesuatu yang berlaku dan himchan dapat merasakannya. Perasaan yang dia pernah rasakan dulu. Mata min ah bertakung. Sepantas kilat dia bangun dan memeluk badan himchan erat. Himchan terkedu.

Dia tidak tahu ingin bertindak balas bagaimana.

“ Dae-ul...”

Min ah menyebut nama yang himchan tidak pernah dengar.

“ Dae-ul?”

Himchan bersuara didalam hati.

“ Kenapa awak tinggalkan saya? Saya tunggu awak lama”

Minah bersuara serak. Himchan tidak dapat melihat wajah minah tapi dia dapat rasakan yang bajunya basah. Mungkin basah disebabkan air mata min ah. Dia sedang menangis dan sebagai lelaki sejati himchan cuba untuk memujuk min ah.

“ Min ah..jangan sedih,saya ada kat sini”

Jawab himchan sambil mengusap kepala min ah.

“ janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya lagi”

Min ah mendongakkan mukanya memandang himchan. Jelas wajahnya basah dengan air mata. Make upnya juga rosak disebabkan menangis. Himchan tanpa berfikir panjang mengangguk dan senyum. Min ah turut sama membalas senyum. Mereka kembali berpelukan.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now