Song Joongki

61 5 0
                                    

Joongki berjalan disegenap hotel mencari kwangsoo.Lama juga dia mencari tapi langsung tidak nampak pun kwangsoo.Kakinya dah jadi letih dan sakit.

"Takkanlah tingkat .."

Joongki mula mengandaikan kwangsoo pergi ke tingkat atas.Walaupun tempat itu diwarning jinwoo supaya tidak naik. Kwangsoo bukan seorang yang mengikut peraturan kalau difikirkan.

"Nasib"

Joongki terdengar seseorang menyebut ayat itu.Bila ditoleh tiada siapa pula dekat situ.

"Peliklah.."

Dia membiarkan saja benda yang mengganggunya tadi.Paling penting sekarang dia kena mencari kwangsoo.Macam mana nak balik kalau tiada kwangsoo.Takkanlah dia kena tinggalkan kwangsoo.Walaupun kadang kadang joongki menyampah dengan kwangsoo tapi dia masih sayangkan kwangsoo macam kawan baiknya sendiri.Joongki berada betul betul dihadapan hotel.Dia cuba untuk keluar tetapi pintu hotel dikunci.

"Siapa yang kunci pintu ni"

Joongki berkata sendirian.Pelik sebab selalunya pintu akan selalu dibiarkan buka.Joongki dapat rasakan belakang badannya terasa sejuk. Dia mahu menoleh tetapi firasatnya seperti bagi hint jangan toleh dan teruskan memandang hadapan.

"Diorang pasang air cond ke?"

Joongki masih lagi tidak memandang ke arah belakang. Dia berbisik sendiri dan pintu utama hotel itu yang sememangnya berkaca dapat melihat dari luar.

"Kenapa gelap sangat luar tu"

Joongki mencuba lebih kuat untuk membuka pintu itu tetapi masih tidak boleh.

"Menyampah ar camni"

Barannya mula hadir. Kalaulah dia sesado kim jongkook mesti dia senang je boleh pecahkan pintu kaca didepannya itu. Keadaan luar yang gelap sangat membuatkan joongki termenung dan terleka. Kehadiran kepulan asap putih tiba tiba kelihatan dengan bunyi seperti seseorang sedang menangis. Dia melihat tiba tiba nampak pula seorang wanita yang seperti sedang mengandung berjalan perlahan dihadapan joongki.Mukanya tidak dapat dilihat sebab dia memandang ke bawah. Makin lama semakin dekat. Jantung joongki mengepam dengan lebih pantas.

" Se...la..."

Suara wanita itu pula kedengaran.

" SELAMATKAN ANAK AKU!"

Wajah wanita itu tiba tiba begitu dekat dengan joongki. Kedua dua belah tangannya memegang pintu kaca itu dan berdarah. Matanya dijegilkan. Hanya kaca yang memisahkan jarak mereka berdua.

" Siapa anak kau"

Tanpa sedar joongki tiba tiba bertanyakan soalan.

Beberapa saat kemudian, penampakan benda itu menghilangkan diri. Wanita itu lesap begitu saja.

"Siapa dia?"

Joongki mengurut dadanya dengan perlahan.Entah kenapa dia selalu dikacau padahal dia sudah tidak berbuat jahat. Dia masih memandang keluar. Mana tahu kalau kwangsoo berada diluar. Kesian dia tidak dapat masuk sebab pintu kunci.

"Manalah kau kwangsoo. Kata nak balik"

Joongki terus memusingkan badannya kebelakang.Dia tersentak melihat Himchan yang berdiri dari arah belakang . Sejak bila entah dia berada disitu Joongki pun tidak pasti.

"Kau nak apa berdiri dekat belakang aku macam tu"

Joongki teringatkan ayat himchan yang seakan "warning" dia mengenai kwangsoo dan joongki.Sekarang dia ada dekat belakang joongki pula macam stalker.

"Aku memang nak keluar dari hotel ni tapi aku tengah cari kwangsoo"

Joongki memberitahu jelas akan niatnya.Dari tadi dia mencari kwangsoo tapi tidak jumpa.

"Kwangsoo?"

Akhirnya "himchan" bersuara tetapi suaranya seakan lain.

"Yelah kwangsoo. Kau jumpa dia tak?"

Joongki memandang himchan lama.Dia perasan penampilan himchan agak lain.

"Siapa kwangsoo?"

Soalan daripada himchan memelikkan lagi joongki.

"Kau benci sangat kwangsoo sampai tak ingat nama lee kwangsoo ke?"

Jawapan tidak terima.Tidak sangka pula himchan berperangai macam tu.Muka himchan kelihatan runsing. Mukanya nampak manis dan tidak lah garang seperti selalu.

"Kau buat apa dekat sini?"

Joongki masih nak tahu kenapa himchan ikut dia dan sorang sorang pulak tu dekat tempat ni.

"Aku pun tak tau kenapa aku dekat sini"

Joongki mula rasa seram sejuk dengan jawapan himchan.Sudahlah tadi dia dikacau.Belum beberapa minit himchan pula menjadi pelik. Joongki risau himchan mungkin dirasuk.

"Dah la kau.Malas aku layan.Baik aku cari kwangsoo."

Himchan seperti seseorang yang lain. Nada suaranya. Bau dia pun wangi. Takkanlah dia sempat pakai perfume dalam masa darurat begini. Joongki ingin cepat pergi tapi pada masa sama hatinya juga berbolak balik.

"Saya..awak nampak saya?"

Langkah kaki joongki terhenti.Dia menoleh ke arah himchan. Muka himchan memang lain kalau dilihat dekat begitu.

"Nam..pak"

Tiba tiba joongki dapat rasakan sesuatu.

"Saya nak jumpa adik saya. "

Joongki terdiam dengan kata kata himchan.

"Takkanlah.."

Dia berbisik.

Mata Joongki berkaca. Dia seperti dapat menjangkakan siapa sebenarnya yang berada dihadapannya.

"Siapa adik awak?"

Joongki memberanikan diri untuk bertanya. Joongki berharap tekaannya betul.

" Song Joongki"

Betul tekaan joongki.

"Dae ul!"

Joongki memeluk lelaki dihadapannya itu dengan erat serta merta.Joongki tidak kisah jika yang berada dihadapannya itu mimpi pun. Dia sangat rindukan abangnya.Rindu dia dah dipenuhi.

" awak.. joongki ke?"

Joongki tidak mampu bercakap. Perasaannya asyik bermain. Sudah lama dia ingin berjumpa dengan abangnya.Jika ini mimpi pun joongki memang tak kisah sebab dia rindukan abangnya.



Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now