Bilik Gelap ( DAEJAE)

79 3 0
                                    


Daehyun terjaga dalam keadaan yang tidak bermaya.Perlahan matanya kelopak matanya cuba untuk buka tetapi seperti berat sekali untuk diangkat.Dia melihat keadaan sekitar.Gelap dan suram. Suasana sejuk menyakitkan badannya.Sejuk seperti berada dalam peti ais.Walaupun sebelum ini hotel itu pernah bersuhu rendah tetapi kali ini suhunya menjadi jadi.Daehyun cuba untuk menggosok kedua belah tangannya tetapi tiada haba yang terhasil.Badan badannya seakan ditumbuk tumbuk.Sakitnya usah cakaplah.Lagi sakit daripada training yang kuat. Bibir Daehyun terasa kering sekali.Amat sukar untuk dia bersuara.

"Ada sesiapa tak?"

Daehyun masih tidak mampu berdiri.Badannya lesu.Otaknya cuba mencari semula memori lama.Seperti dia tidak ingat apa perkara terakhir yang dia buat sebelum dia pengsan.Tekaknya terasa sakit dan untuk mengeluarkan suara saja telah menghasilkan suara yang serak basah.

"Youngjae..Zelo..Jongup.."

Daehyun memanggil nama rakannya dengan harapan mereka berada berdekatan dan menyahut panggilannya.Sunyi..tiada tanda tanda ada orang yang berada disekitarnya.Daehyun makin risau.Dia tidak tahu langsung dia berada dimana pada waktu ini.

"Mana korang ni"

Dengan mengumpul segala kekuatan daehyun cuba untuk berdiri. Entah kenapa dia berasa lemah sekali seperti orang yang tiada tenaga.Berjalan seperti budak baru reti berjalan.Amat susah untuk Daehyun meneruskan langkah.Didalam keadaan gelap.Daehyun dapat rasakan permukaan jalan yang dijalaninya adalah lantai yang basah.Dia tidak memakai kasut dan hanya berkaki ayam.Berjalan dan berjalan.Daehyun berharap ada yang menemuinya atau ada rakan yang ditemui.Dia tidak larat.

Dia terhenti disatu tempat.Seperti ada penghadang. Daehyun meraba untuk mengenalpasti benda apakah itu.Dia dapat rasakan seperti ada pemegang dan benda yang berada dihadapannya adalah sebuah pintu.Daehyun cuba untuk membuka.Tidak berhasil.Pintu tersebut seperti telah dikunci.Daehyun cuba mengetuk pintu itu sekali dua. Dia terkejut kerana mendengari suara Himchan.

"Korang dengar tak?"

Himchan berkata.

"Himchan!! Hyung!! Saya dekat sini!!"

Daehyun menjerit kuat. Dia berharap sangat Himchan dapat mendengar suaranya.

"Dengar ..."

Suara Joongki pula kedengaran tetapi tidak sejelas Himchan.Nampak seperti Himchan yang berada dekat dengannya.

"Joongki! Joongki! Aku dekat sini" Daehyun teruskan mengetuk pintu tanpa henti. Dia berharap sangat mereka akan membuka pintu itu dan menjumpainya. Senyap.Suara mereka sudah tidak kedengaran lagi. Seperti tiada hasil.

Daehyun berasa sedih kerana mereka langsung tidak mendengari suaranya.

"Kenapa diorang tak dengar"

Perasaan hiba mula dirasai.

"Suara aku perlahan sangat ke"

Daehyun tertanya tanya kenapa mereka seakan dekat sekali dengannya tetapi kenapa tidak dapat mendengari suaranya.

Daehyun membongkokkan badan dan mencari sesuatu diatas lantai.Nasibnya baik.Terdapat kunci diatas lantai tersebut.Dengan pantas Daehyun membuka pintu itu.

Krikkkkk krikkkkkk kriiiiikkk

"Himchan! Joongki!"

Daehyun terus memanggil nama mereka sejurus selepas membuka pintu itu.Hampir tersadung dia diatas lantai kerana terlalu  terburu buru mencari mereka.Aneh tiada sesiapa disitu.Peliknya dia masih berada dihotel itu rupanya.Tetapi suasana hotel itu agak suram dari sebelumnya.Cahaya lampunya juga agak malap dan ada yang telah rosak.Daehyun melalui koridor dihotel itu dengan perasaan berdebar debar.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now