Zelo mengikuti seunggi hingga sampai ke satu bilik.
"Ni bilik jinwoo"
Zelo berbisik apabila dia sedar jalan yang dia lalui tadi sama seperti jalan hendak ke bilik jinwoo.Suasananya lain.Kelihatan lebih cantik dan baru berbanding sebelum ini.Mereka berdua berdiri dihadapan pintu yang terbuka luas.
"Kenapa encik pergunakan atuk saya?"
Lelaki itu memarahi bosnya yang sedang duduk diatas bangku.
" Saya tak pergunakan. Saya cuma mengambil manfaat dari perjanjian yang telah kita buat."
Sinis jawapan yang diberikan lelaki tua itu.
Tangannya digenggamnya kuat. Amarah menguasai diri.
"Orang yang berbuat jahat akan dapat balasan yang buruk ingat itu"
Warna mukanya bertukar menjadi kemerahan mungkin kerana terlalu marah.
" Saya tengah lalui balasan tu sekarang. Awak jangan risau"
Jawapan yang tidak dijangka diberikan lelaki tua membuatkan lelaki dihadapannya itu terdiam.
"Suka hati enciklah"
Lelaki itu berjalan menembusi badan zelo sambil berjalan keluar dari bilik tersebut.
Lelaki yang sudah dimakan usia itu mencari sesuatu didalam laci. Dia mengambil bungkusan plastik yang bewarna kemerahan itu dan mengeluarkan beberapa pil sebelum menelannya perlahan.
"Selalunya sikap angkuh sukar untuk dipadam dalam diri seseorang jika diri sendiri tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri"
Seunggi berkata sambil menoleh ke arah zelo.
"Tak guna punya orang tua" zelo membentak geram.Geram dengan perangai orang tua yang baginya tidak sedarkan diri itu.
Zelo tidak perasan reaksinya dilihat oleh Seunggi.
"Jom"
Seunggi mengejutkan zelo dari lamunan.
Zelo terdiam apabila melihat seorang lelaki yang kelihatan seperti himchan sedang duduk diatas kerusi. Hanya lampu tidur yang menampakkan mukanya. Lelaki itu kelihatan sedang menangis dan memeluk sekeping gambar.
Beberapa minit kemudian lelaki itu tertidur dalam keadaan duduk. Gambar dalam pelukan lelaki itu terlepas. Zelo memegang gambar tersebut. Dia melihat gambar 2 pasang suami isteri, gambar lelaki itu dan seorang budak berumur 3 tahun.
"Benda yang paling tak patut berada dalam hotel ni adalah dia. Dia berada pada waktu dan tempat yang salah"
Zelo membuat reaksi sebagai tanda tidak setuju dengan kenyataan Seunggi.
"Bukan.Benda yang paling tak patut ada dalam hotel ini adalah hotel ni sendiri.Ianya telah banyak membawa keburukkan pada penduduk pulau ini."
Seunggi mengangguk bersetuju.
"Hotel yang telah membawa kemusnahan pada penduduk pulau"
Zelo mengangguk bersungguh.Seunggi tersenyum sinis.Mereka berjalan ke arah lif.Zelo nampak lelaki yang berkot labuh namun membiarkan saja.Seunggi tidak lekang memerhatikan tindak balas zelo.
"Nampak dia?"
Zelo mengangguk.
"Kenal?"
Zelo mengangguk.
"Dia yang rasuk kawan aku dulu"
Zelo menjawab biasa.Dia cuma melihat lelaki itu sekilas pandang dan terus memandang ketempat lain.Seperti sudah jemu.
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...