Berubah

120 9 2
                                    

Joong ki sampai didalam hotel. Dia perasan jaejin berada dihadapannya. Ini merupakan peluang untuk joong ki mengorek rahsia bagaimana jaejin mengenali abang dia. Dia segera berjalan laju disebelah jaejin.

“ Jae jin tunggu kejap aku nak cakap”

Laju saja ungkapan itu dilontarkan joongki

Jawapan tidak diterima. Dia memandang disebelah kanannya. Kosong. Jaejin tidak lagi berada disitu.

“ Tak guna. Berani dia lari macam tu je ”

Joong ki menahan marah. Dia terus memasuki lif. Joong ki dapat rasakan seperti ada seseorang yang turut memasuki lif bersama dia. Dia memandang sekitar. Masih tiada sesiapa disitu.

Nafas lega dihelakan.

“ Chill joongki dia cuba nak test kau”

Joong ki bercakap dengan diri sendiri.

Lif tiba tiba berhenti. Nombor lif juga tidak bergerak.

“ Kenapa dengan aku hari ni”

Joong ki menepuk mukanya beberapa kali.Cuba untuk menyegarkan kembali diri.

“ kenapa dengan aku hari ni...”

Suara yang bernada perlahan kedengaran dari belakang joongki.

“ Bukan aku seorang je ke dalam lif ni tadi”

Agak sukar untuk joong ki berfikir. Dia memandang perlahan kebelakang. Joong ki dapat rasa udara sejuk dari arah belakangnya.

Lidah joong ki menjadi beku.

“ kenapa dengan aku hari ni..”

SESUATU” yang berada betul betul dihadapan joong ki meniru suara dan ungkapan yang diungkapnya tadi.

Malah bukan suara saja yang ditirunya

Dia turut meniru muka joong ki

Joongki seperti melihat sebuah cermin dihadapannya. Bezanya “kembar” joong ki berwajah pucat lesi.

Joong ki segera menekan butang lif beberapa kali. Dia cemas dengan situasi yang sedang berlaku

Bunyi seseorang sedang ketawa menakutkan joong ki lagi. Dia tidak memandang ke belakang. Dia tidak mahu memandang benda itu sekali lagi. Matanya cuma memandang ke atas berharap yang nombor akan berubah 

“ Kau tengok apa?”

Benda tersebut kini beralih tempat. Dia kini berada diatas joongki. Benda itu seakan melekat diatas permukaan atas lif sambil memandang tepat ke arah joong ki. Joong ki betul betul dapat memandang benda itu tanpa dapat menggerakkan badannya.

Bunyi pintu lif terbuka mengejutkan joong ki. Dengan tenaga yang masih berbaki dia berjalan keluar dari lif. Nafas joong ki turun naik dan kedengaran termengah mengah.

Selepas dirinya dapat dipulihkan semula semangat. Joongki cuba untuk berjalan. Selepas beberapa tapak joong ki terhnti. Dia menolehkan kepalanya melihat ke arah belakang.

“ Tingkat lima?”

     
                    *********

Zelo dan yongguk turun ke bawah. Puas mereka cari himchan tapi tak berhasil. Himchan tiada disitu.

“ Macam mana ni hyung”

Tanya zelo sambil mengesat peluh didahinya. Yongguk berjalan menghampiri seorang pekerja lelaki yang sedang mengelap meja makan.

“ Saya minta maaf ...awak pernah tak..”

Belum sempat yongguk menghabiskan pertanyaannya lelaki yang berpakaian seperti pelayan hotel itu meninggalkan yongguk. Dia terpinga pinga dengan keadaan tadi. Belum pernah dia kena macam tu.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now