Baik atau jahat

69 4 5
                                    

Zelo berdiri disatu sudut bilik jinwoo. Dia melihat lama suasana lama bilik itu.Banyak yang tidak berubah pun.Boleh dikatakan hampir semua sama. Zelo melihat loket diatas meja. Dia tidak dapat mengambil loket itu kerana dia hanyalah bayang bayang.

"Ni loket yang aku beri dekat Jinwoo"

Zelo berbisik. Dia teringat.Loket itulah yang menyebabkan kwangsoo menjadi aneh dan wujud benda benda yang lain.

"Loket tu milik mak Jinwoo.Dulu waktu ayah jinwoo tinggalkan pulau ayah dia berikan loket tu pada emak dia. Lama sangat menunggu ayah dia yang tak kunjung tiba emak jinwoo buang loket itu ke dalam laut . Tak sangka pula loket akan kembali pada tuannya."

Bersungguh sungguh Seunggi bercerita pada Zelo yang masih memandang lama ke arah loket tersebut.

"Aku tak nak tahu pun pasal asal usul loket ni.Apa yang aku nak tahu ialah kenapa semua orang berebut sangat nakkan loket ni"

Dia mengingati semula bagaimana Kwangsoo boleh menjadi jahat sehingga mengabaikan mereka semua.

"Loket ni dikatakan boleh tunaikan apa yang kau nak.Sebab batu dia adalah mutiara yang berada didalam laut yang paling dalam."

Seunggi menambah.

"Patutlah semua orang berubah"

zelo ketawa kecil mendengar jawapan yang diberikan dari Seunggi.

"Tapi tak semua orang boleh buat permintaan tu"

Kali ini wajah seunggi menjadi tempat zelo melihat.

"Hanya orang tertentu saja.Kau berminat?"

Zelo menggelengkan kepala.

"Adakah kau berdendam?"

Seunggi tersenyum sinis memandang zelo.Keadaan sekitar masih seperti didalam waktu era 90an. Orang berjalan keluar dan masuk ke dalam bilik mereka.Zelo pelik kenapa seunggi tiba tiba menukar soalan.

"Kalau aku berdendam sekali pun hal ini tak de kaitan dengan kau"

Zelo membalas marah.Pandangannya tajam sekali melihat Seunggi.Dia semakin lama seperti menampakkan perwatakannya yang sebenar.Wajah yang penuh dendam yang terukir di reaksi zelo mengingatkan seunggi kepada jaejin.Pandangan yang bahaya.

"Zelo..aku tahu kau sama dengan aku"

Seunggi tidak mahu berdalih lagi.Semakin lama mereka semakin terjebak sama didalam hotel itu.Rupa rupanya mereka ada agenda masing masing tanpa disedari.

"Kalau kau tahu apa yang kau nak daripada aku"

Zelo hanya tersenyum sinis.

"Maksud aku,aku tahu kau asal dari pulau ni"

Perangai Zelo makin berubah.Dia mendekati seunggi dan melebarkan lagi senyuman.Matanya turut sama mengecil semasa dia senyum.

"Jadi kau nak aku buat apa?"

"Batalkan niat kau."

Seunggi membalas tegas.

"Takkan"

Selamba jawapan diberi.

"Kau semakin bahayakan kawan kau"

Seunggi memujuk.Dengan harapan zelo sanggup berubah.

"Inilah saat aku tunggu tunggukan.Aku nak hancurkan hotel ni.Aku nak hancurkan semua yang berkaitan dengan hotel ni.Aku benci mereka semua.Sebab hotel ni lah penduduk pulau ni tidak mampu hidup ditanah sendiri.Setiap hari mereka diganggu sampai kena keluar dari pulau ni. Kau tahukan orang pulau ni tak dapat keluar lama dari pulau,Kalau tidak mereka akan mati."

Nada sedih makin lama makin didengari.Nampak gayanya sudah lama zelo menahan perasaan marah itu.

"Kau tahukan dendam tu takkan bawa kemana."

Zelo tidak membalas,

"Zelo,kau cuma balas dendam dekat orang yang tiada.Sia sia je semua ni"

Seunggi memberitahu.

"Apa maksud kau?"

Zelo bertanya aneh.

"Semua yang berada dihotel ni semua dah tak wujud zelo."

Seunggi menambah lagi.Zelo segera memegang tangan seunggi.Sejuk.

"Aku tahu kebanyakkan disini ada yang tak wujud.Tapi aku nak balas dendam dekat pengurus hotel ni.Dialah punca utama kenapa penduduk pulau ni sengsara."

"Siapa?"

Seunggi bertanya biasa.

"Jinwoo..aku nak balas dendam dekat dia."

Seunggi turut mendekati Zelo.Dia melihat riak wajah zelo segera berubah menjadi resah.

"Jinwoo mangsa keadaan.Pada masa yang sama kau membahayakan nyawa kawan kawan kau sendiri.Banyak benda yang kau tak tahu sebab kau tak berada disini dulu zelo."

Seunggi tidak penat memujuk zelo untuk berpatah balik.Dia tahu jauh disudut hati zelo dia seorang yang baik.

"Lepas habis semua ni aku akan selamatkan mereka"

Zelo berkeyakinan tinggi dengan pemikiran dan niatnya.

"Kau tak buat apa apa dekat mereka. Tapi "mereka?". "Mereka" takkan sentuh kau sebab kau antara golongan "mereka" tapi kau pasti kawan kawan kau mereka takkan kacau?Zelo mereka masih berdendam seperti kau malah lebih teruk lagi.Mereka akan menghancurkan apa yang berada dalam hotel ni.Aku pasti kau pernah tahu yang sesiapa saja yang memasuki hotel ni peluang untuk mereka balik amat tipis"

Zelo terdiam.Dia mula memikirkan rakan rakannya yang lain.Dia teringat waktu Himchan hilang. Zelo sebenarnya nampak benda benda yang lain tapi dia tidak mengendahkannya dan berpura pura tidak nampak. Tompokkan hitam didinding bilik himchan. Bau bauan yang wangi dikoridor. Zelo ternampak ada budak yang asyik melihat jongup semasa mandi manda dan tidak sangka jongup ditarik. Paling kritikal semasa kes Daehyun. Zelo cuba untuk menyelamatkan daehyun dan membuatkan "penduduk" disana marah dan menyerang Zelo sekali sehingga nyawanya hampir hilang .

"Apa kau buat ni" Perlahan hati kecil zelo berbisik.

Dia berasa sebak saat mengingati wajah yongguk yang protective, himchan yang prihatin, daehyun dan youngjae yang periang dan Jongup yang selalu menemani dia .

"Kau keluar cepat dari tempat ni"

Seunggi berbicara jelas. Dia tahu itu adalah jalan terbaik.

"Dah terlambat.Aku kena teruskan niat aku"

Zelo masih berdegil.

"Zelo,kalau kau nak tahu.Kawan kawan kau. Dua daripada mereka sudah berada dalam keadaan bahaya sangat sekarang.Jika kau melengahkan masa.Mereka takkan selamat dan mungkin masa kita tengah berbual sekarang ni mereka dah tiada "




Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now