Kwangsoo mula berhenti berlari. Dadanya berasa sakit mungkin kerana terlalu takut ataupun kuat sangat berlari.
“ Ahh aku kat mana pulak ni”
Kwangsoo memandang sekeliling. Nampak gayanya kwangsoo telah tersesat jalan.
Dengan hujan lebat yang tidak berhenti mencurah curah kwangsoo gagah kan diri untuk berjalan. Dia berhenti dan berehat di bawah pokok besar. Badannya bersandar dekat dengan pokok itu. Perlahan matanya terasa berat sekali. Mungkin kerana dia berada dalam keadaan sejuk.
Tanpa kwangsoo sedar dia telah terlena.
Joongki berjalan mencari kwangsoo didalam hujan. Dia melalui jalan yang disediakan. Disebabkan hujan lebat joong ki sukar untuk melihat dengan lebih jelas.
Dia berjaya keluar dari hutan itu. Dia memandang sekitar tetapi kwangasoo masih tidak kelihatan.
Joong ki membuat keputusan untuk terus balik ke hotel kerana beranggapan yang kwangsoo telah pergi ke hotel semula.
Semasa ingin masuk ke dalam lif dia ternampak jin woo yang tiba tiba muncul dari belakang.
“ Kau pergi mana sampai basah sampai macam ni?”
Jinwoo menyoal.
Pintu lif terbuka. Mereka berdua segera masuk. Joong ki tidak membalas. Dia masih lagi berasa sejuk.
“ Kawan kau mana?”
Jin woo bertanya lagi.
“ Entah aku pun tak tau”
Joong ki tidak membalas panjang. Jin woo berada dibelakang joongki dan tanpa joong ki perasan jin woo asyik memandang joong ki .
“ Kau pergi dekat hutan tu ke?”
Soalan jin woo mengejutkan joongki.
“ macam mana dia tahu ni”
Joong ki kaget. Entah kenapa jin woo ni dah macam ahli sihir dah.
Sebaik pintu lif terbuka joong ki cepat cepat keluar dan tidak mengendahkan jin woo. Dia berpura pura tidak dengar.
Joong ki sempat memandang kebelakang nasib baik si jinwoo itu tidak muncul.
“ Pergh dia ni scary betul la ”
Joong ki berhenti berjalan. Dia berada dihadapan pintu bilik dia. Mata joong ki dibesarkan kerana terkejut
“ Kwangsoo ni asal boleh baring dekat sini?”
Kwangsoo terbaring dihadapan pintu. Dia sepertinya sedang tidur
Joong ki membongkok kan badannya dan mencuit bahu kwangsoo
“ Oi bangun la kwangsoo bangun”
Kwangsoo menunjukkan respon. Dia membuka matanya apabila namanya disebut beberapa kali.
“ Wah! Macam mana aku boleh ada dekat sini?!!”
Kwangsoo tiba tiba menjerit.
Joong ki menutup mulut kwangsoo sepantas kilat. Dia terkejut sebab kwangsoo tiba tiba menjerit.
“ Kau ni kwangsoo sebaik aku tak ada penyakit lemah jantung,kalau tak da lama aku mati kau tahu”
Kwangsoo melepaskan tangan joong ki yang sedang menutup mulutnya itu. Kwangsoo mula duduk.
“ Kau la!”
Dia menumbuk bahu joong ki.
“ Kau asal tumbuk aku?!”
YOU ARE READING
Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private Island
Mystery / ThrillerSekumpulan kawan dari group b.a.p telah bercuti disatu pulau private yang jarang dikunjungi. Percutian yang difikirkan menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri dan gangguan kepada mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran joongki dan kwangsoo yang m...