Ghaib

79 8 3
                                    

Jongup dapat rasakan ada beberapa orang yang berada diruang makan tersebut.Bunyi tapak kaki yang kedengaran riuh diteliti jongup.

" mungkin lebih dari tiga orang"

Jongup berbisik.

Zelo dapat rasakan badannya dilanggar beberapa kali serta bunyi ramai orang sedang bersembang.Peluh dingin mulai dirasa dipipi. Hembusan nafas sejuk menguasai diri.

" Jongup kita nak buat apa ni?"

Zelo pula yang berbisik. Dia berdiri tanpa bergerak lebih dari sepuluh minit. Kakinya dah rasa kebas kerana berdiri terlalu lama.

"Shh..diam"

suara jongup menjadi kasar.

"Jongup kita kena kasitahu daehyun. Dia masih dekat dalam."

Zelo bertegas. Jongup tidak memberi jawapan.

" Boleh ke percaya jongup ni? Entah entah dia.."

Zelo mula fikirkan segala kemungkinan yang ada. Dia risau jika jongup sebenarnya bukanlah dirinya yang sebenar. Mungkin benda didalam badan jongup yang ingin mempermainkan dia.Perlahan dia membuat keputusan sendiri..

Zelo berjalan meninggalkan jongup. Dia mengikut kata hatinya seperti sebelum ini. Beberapa tapak dan semakin jauh berjalan. Zelo dapat rasa seperti dia telah melanggar sesuatu. Tangannya cuba digerakkan bagi mencari arah.

" ke hadapan ke..ke tepi ha "

Zelo buntu. Nampak gaya dia telah sesat jalan.

" Mana dapur ni"

Zelo makin gelisah. Nampak gayanya kakinya telah menerawang ke tempat lain.

Mukanya terasa sakit sebab telah melanggar sesuatu yang keras. Dia memegang mukanya. Rasa kebas dan kuat betul rasanya.

" sakit gila muka ni..apa yang aku langgar lagi"

Zelo dapat rasakan dia memegang pemegang pintu. Dia cuba membuka pintu tersebut dan masuk

" Hello? Ada sesiapa dekat sini?"

*sepi*

" Ada orang tak? Saya nak minta tolong"

*masih tiada sahutan*

" Tiada orang kot dekat sini"

Zelo cuba untuk menoleh kebelakang sebelum dia dapat rasa badannya disentuh seseorang.

" Siapa?"

Zelo cuba bertanya lagi. Mungkin ada seseorang yang turut sama berada disitu bersama dengannya.

" Kau nak apa?"

Pertanyaaan zelo dibalas dengan pertanyaan yang lain.

Zelo terdiam. Dia melihat wajah lelaki itu seperti ingin memarahinya.Keadaan yang gelap terus diterangi lampu neon yang bewarna warni.

"Kenapa?"

Sekali lagi zelo ditanya.

"Saya nak cari kawan saya dekat dalam dapur ni.

Zelo memberitahu sebab.

"Dekat dapur ni cuma ada pekerja hotel ni je. Kawan awak takkanlah menyorok dekat sini"

Lelaki itu memakai topi yang dikeluarkan dari begnya dan diletakkan diatas kepala.

Zelo terdiam. Dia memandang sekitar. Zelo sedar keadaan sekelilingnya berubah rubah. Ramai orang yang berada dalam restoran atau tempat makan itu. Mereka sepertinya sedang sibuk makan makanan yang disediakan.

"Siapa mereka ni?"

zelo mula rasa tidak sedap hati. Dia berjalan perlahan disatu penjuru dan disitu ruang untuk membaca disediakan. Zelo duduk disitu sambil meraup mukanya beberapa kali.

"Kali ni apa pula.."

Zelo buntu. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Keadaan dihotel itu sedikit sebanyak boleh membuat dia menjadi gila akhirnya.

Zelo dapat rasakan seseorang sedang berdiri dihadapannya.

"Kau..kau siapa?"

Zelo terkejut melihat lelaki yang tidak dikenalinya itu berada dihadapannya.

"Nama aku lee seunggi..aku yang  panggil kau dekat sini"

Zelo terdiam. Panggil? Kenapa lelaki tidak dikenalinya itu memanggilnya ketempat yang menakutkan itu.

Seunggi bergerak tanpa memanggil zelo.

"Kejap..kau nak pergi mana?"

Zelo cuba untuk mengejar dari belakang. Dia tahu ada sesuatu yang cuba disampaikan seunggi padanya.

"Ikut aku kalau kau nak tahu"


Seunggi menjawab biasa.



Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now