Dia Memang Pelik

150 21 0
                                    

Jongup seperti berada di awang awangan. Badannya tidak mencecah tanah. Dia seakan berada di medan graviti. Cahaya terang yang bewarna putih kemerahan mula muncul dan menyilaukan matanya. Jongup menutup muka dengan tangannya. Selepas beberapa saat dia membuka kembali mata perlahan lahan.Dia memandang keadaan sekeliling. Ramai orang yang lalu lalang disekitar tapi tidak mempedulikan jongup. Cara pemakaian mereka juga agak aneh.Gaya fesyen mereka seakan dari gaya era 90 an dengan gaya ala eropah lama.

Jongup: aku dekat mana ni

Jongup memandang ke kiri dan kanan. Dia berada dipintu masuk hotel. Pintu masuk itu berkaca tetapi dihiasi dengan kilauan serbuk warna warni yang bersinar sinar seakan pintu ajaib di imaginasi kanak kanak. Berbeza betul dengan pintu masuk masa mula mula dia masuk dulu. Jongup masih sedar yang dia masih lagi di pulau itu tetapi yang anehnya keadaan sekitar hotel itu yang nampak baru ditambah pula dengan kunjungan tetamu yang ramai. Pasti pelik. Jongup dan mereka yang lain saja yang tinggal didalam hotel itu pada mulanya. Jadi siapakah mereka semua ini?

Jongup buntu. Dia cuba untuk mendekati seseorang

" maafkan saya"

Jongup cuba memegang bahu lelaki yang berada di hadapannya. Muka jongup bertukar cemas. Dia tidak dapat memegang badan lelaki itu. Tangannya ditembusi oleh jasad lelaki itu.

Jongup seakan cahaya yang menembusi objek.

" kenapa dengan aku ni "

Jongup berganjak ke belakang .

Dia begitu terkejut dengan kejadian tadi.

Badannya terasa dilalui oleh sesuatu dan menyebabkan jongup tergerak ke hadapan. Dia dapat rasakan seseorang melalui badannya

Jongup hampir terjatuh ke atas lantai

Setiap orang yang lalu lalang didalam hotel mula lalu menembusi jongup. Dan setiap itu juga keadaan badan jongup pasti akan berasa terhuyung hayang dan pening.

" Aku dah mati ke ni?!! Kenapa diorang boleh jalan tembusi badan aku! "

Jongup menjerit tetapi orang di sekitar masih lagi bergerak seperti biasa. Mereka sepertinya tidak mendengar langsung jeritan jongup.

Jongup mengambil keputusan dia perlu ke luar dari pulau itu.

" Aku kena keluar dari tempat ni"

Dia berlari ke luar hotel. Hujan lebat terus mencurah curah turun bersama bunyi guruh yang kuat tetapi jongup tidak dapat rasakan kebasahan dan kedinginan hujan itu. Hujan itu diibaratkan hanya melalui badannya . Jongup langsung tidak dapat merasa rasa sejuk dari air hujan tu. Kaki jongup berhenti berlari. Dia memandang tepat ke arah sekumpulan orang yang sedang menuju ke arahnya.

Sekumpulan orang yang terdiri daripada lelaki lingkungan 30-40 an serta wanita pertengahan umur,beberapa budak kecil bergerak bersama didalam hujan. Mereka memegang sepanduk yang berbunyi

" Keluar Dari Pulau Kami "

Walaupun dalam keadaan hujan lebat mereka masih lagi tindak berganjak. Jongup hanya berdiri kaku dan dia memandang mereka yang hanya seinci darinya. Pandangan muka mereka semua yang kelihatan marah sekali mengganggu fikiran dia.

" Keluar dari pulau kami!!"

Jerit seorang lelaki pertengahan umur di baris hadapan sekali. Jeritannya diikuti oleh mereka semua. Badan mereka habis basah lencun dihujani dengan air hujan.

Beberapa kali mereka melaungkan baris ayat yang sama.

" Kenapa dengan mereka semua ni "

Kata jongup sendirian.

Kisah Seram B.A.P 2 : Tersadai Di Private IslandWhere stories live. Discover now